malam itu...


malam tadi..
cadangnya ingin bermain-main bola di nadi nil.
tetapi perancangan kami tidak selari dengan perancangan Allah untuk kami.
lalu kata sepakat diambil untuk menaiki boat di sungai nil.
bersama tetamu-tetamu istimewa yang sangat dekat di hati. ;)

ice breaking serta sesi "ijlis bina nukmin sa'ah" bermula.
ditemani kelembutan desiran angin malam nil.
sangat-sangat mendamaikan dan meresap ke kalbu.

nil yang dahulu merajuk. sering kontang, tidak mahu menunaikan baktinya pada manusia.
kini, melimpah tanpa pernah surut.

"Nil, jika engkau mengalir kerana Allah, maka teruslah mengalir."
itu tazkirah sang khalifah Umar kepada sungai nil.

maka sejak itu, nil mengalir tidak henti-henti.
jika perbuatan itu kerna Allah, maka dilakukannya bersungguh-sungguh!
bukan sekadar termampu, tetapi sehabis mampu!
ihsannya nil dengan Tuhannya...

aku mahu jadi seihsan sungai nil...malah lebih ihsan lagi.

jazakumullah atas tazkirah antunna., secara direct atau tidak.
iylia, malam terakhir kamu di cairo sungguh special bukan? =)

keluarlah dan berjalan, melihat bumi yang telah dihamparkan Allah untukmu..


No comments: