Kalau doktor hanya duduk bersembunyi di dalam rumahnya , tidak mahu berjumpa pesakit kerana takut berjangkit. Maka apa akan jadi?
Kalau sang polis hanya duduk di balai. Tidak mahu menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai kerana takut keselamatan dirinya terancam. Maka apa akan jadi?
Kalau pensyarah dan cikgu hanya menyibukkan diri di perpustakaan. Terus-menerus membaca dan menambah ilmu. Tidak mahu mengajar kerana takut kebodohan sang murid terlampias pada dirinya. Maka apa akan jadi?
Kalau seorang islam, hanya memikirkan tentang memperbaiki dirinya, tidak mahu bercampur dengan masyarakat. Beruzlah (mengasingkan diri) dan memenuhi hari demi hari dengan ibadah seorang diri. Maka , apa akan jadi pada masyarakat?
Teguran abdullah ibn mubarak yang baru sahaja pulang dari medan peperangan, tanpa sempat debu-debu hilang dari tubuhnya kepada sahabatnya fudhail bin iyadh, yang terkenal dengan gelaran "abid 2 tanah haram".
(kedua-dua mereka adalah dari golongan tabien, dan ahli hadith yang tsiqah.)
"Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,
nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.
Orang yang membasahi lehernya dengan air mata,
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia,
sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,
Kamu berbau harum dengan minyak wangi,
sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,
Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala”
Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta.
-muntalaq bab 5, ahli ibadah yang bermain-main -
Jika seberat ini teguran golongan yang senantiasa mengejar cinta akhirat, maka bagaimana pula agaknya teguran untuk kita yang lebih selesa mengejar dunia, terkadang teringin mengejar akhirat?.
No comments:
Post a Comment