"mesir sekarang dalam keadaan antara TERUK dan PALING TERUK.
dan rakyat terpaksa memilih, sama ada mahu memilih yang
BURUK
atau
PALING BURUK.."
apa-apa pun, saya akan undi Morsi.
kalau Syafiq yang menang,
pasti akan ada "tsaurah" yang lebih besar daripada 25 jan."
cerita ustaz ahmad.
*************************************************
"memilih ahmad syafiq adalah seperti memilih untuk mengkhianati revolusi.
apa bezanya sang bekas presiden dengan anak murid didikannya?
maka sia-sialah segala usaha dan pengorbanan mereka selama ini."
ustaz terus bercerita.
"kebanyakan kroni - kroni kerajaan lepas bebas kerana tidak cukup bukti.
itu kerja syafiq.
dia yang bertanggungjawab membakar bangunan wizara' dakhili yang mengandungi bukti-bukti tersebut.
dan sudah pasti, apabila kerajaan jatuh, mereka telah melenyapkan semua bukti agar mereka terlepas dari tuduhan-tuduhan terhadap perbuatan jahat mereka."
"malah, pada waktu tsaurah dahulu, syafiq menjanjikan keamanan kepada mereka yang menyertai perhimpunan, namun dia memberi peluang untuk pihak tertentu mencederakan pendemonstrasi sehingga ramai yang terbunuh."
kata-katanya langsung tidak boleh dipercayai.
الأفعال . ليس الكلام
mungkin sangat sesuai bagi dirinya,
kerana perbuatannya bertentangan sungguh dengan kata-katanya.
Kredibiliti memerintah
ustaz adalah antara golongan yang dahulu menyokong Ikhwanul Muslimeen dalam pilihanraya parlimen.
namun, pilihannya berubah apabila melihat tiada perubahan yang berlaku selepas IM menjadi golongan majoriti dalam parlimen.
"IM sangat berkemahiran dalam kerja amal jamaie, dan ketaatan kepada pemimpin. Tetapi kebolehan dan kredibilitinya dalam pemerintahan masih belum dibuktikan."
malah terlihat juga kekecewaan terhadap IM kerana masih tidak mampu membuat perubahan.
menyebabkan segelintir golongan lebih mudah memilih syafiq.
***********************************************
memegang tampuk pemerintahan bukan perkara mudah.
bagaimana dengan perancangan sekiranya menang?
sudah cukup bersedia dan berpengalamankah memerintah negara?
apabila kita lihat serata dunia, amat sukar untuk mendengar wujudnya kerajaan yang disayangi penduduk.
kerajaan mana yang tidak dijadikan bahan herdikan rakyat?
dari satu sudut, daulah islam yang ditadbir nabi s.a.w dahulu tidak sekompleks kerajaan sekarang.
dengan sistem cukainya, hubungan luar negara, sistem ekonominya, sistem pendidikannya etc.
dan kita, sudah punya cukup tenaga dan kemahirankah di situ?
walaupun semuanya nampak sukar, namun tak bermakna kita perlu berputus asa menuju ke situ.
kemenangan dalam pilihanraya itu hanya kunci untuk membuka pintu.
di sebalik pintu, sangat banyak sampah-sarap yang perlu dibersihkan. bertimbun-timbun.
dan akan ada orang yang senantiasa menambahkan timbunan sampah tersebut.
maka kerja akan semakin bertambah banyak setelah berjaya naik tangga daulah.
2020 = NIC (new industrial country + new islamic country )
yang kita ingin lahirkan, bukan negara yang maju namun tiada "isi".
jasad yang moden namun ruhaninya hilang. bukan seperti amerika sekarang. tidak.
dan bukan juga sebaliknya.
kita kejar kedua-duanya. kemajuan duniawi dan kejayaan ukhrawi..
persoalannya, APA PERSEDIAAN KITA ?
di mana posisi kita?
********************************************
التربية أساس كل شيء
" Tarbiyah asas kepada segala-galanya "
kata-kata yang menyedarkan.
bukan pertama kali dengar, tetapi pertama kali melihat orang yang benar-benar menghidupkannya.
tarbiyah asas segala-galanya.
proses berterusan sehingga mati.
namun masih ada ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam perkara lain yang perlu digilap.
jangan kecilkan skop.
* kelas nahu bersama ust ahmad.
*take hold of your future - Nouman Ali Khan
* perkongsian pengalaman bersama aktivis dari gaza.
* sembang-sembang bersama akhawat di La Tansa.
*jazakillah husna afifah! :)
p/s : i'm talking while others working. T___T
down gak tengok orang ramai dah laju ke hadapan.
it's never too late, though. ^.^ setiap nafas adalah nyawa yang baru.
2 comments:
superb!
love it, tulis lagi tulis lagi
ana dah kena tegur dengan cik emhoho selalu sangat update blog.
huhu~ ^.^
Post a Comment