Darjah 3 gigih.
ni kawan-kawan baik saya,
1)Tineshwaran
= sangat pandai terutamanya english, terkenal dengan gelaran bola tenis and waran tangkap
2) Ragunath
= banyak dan pandai cakap.pengawas, sesuai jadi lawyer.
(pernah dicili oleh cikgu sebab suka balas cakap)
3) Kuganathan
= budak atlet, agak perlahan dalam pelajaran, seringkali dipanggil coconut.
4)Tae kwan yu (betul ke ejaan ni)
=sangat pandai jugak terutamanya math. nerd type.
5) Prasath
= dia istimewa, metally retarded, dia akan buat apa sahaja yang disuruh termasuk makan kapur dan lipas. kadang-kadang saya pertahankan dia bila dibuli. sampai jadi gosip, -.-"
(manusia sekolah rendah memang sengal)
saya?budak separa atlet, separa pandai, suka berkawan dengan mereka >.<
dengan mereka saya selalu berbual dan berdebat.
dengan mereka juga saya lawan siapa dapat markah lagi tinggi dalam exam.
suatu hari, saya dan mereka berbual-bual. topik perbualannya,
"siapa ada dulu, nabi adam ke dinasour?"
being the only muslim in that group, saya sorang jerla cakap nabi adam,
yang lain semua cakap dinasour.
(sedangkan masa tuh saya confuse sorang-sorang, kalau nabi adam ada dulu,
bila pulak ada dinasour? etc)
pastu kitorang gaduh-gaduh dan akhirnya minta tolong cikgu kegemaran saya (dan mereka)
untuk bagi jawapan, cikgu azimah.
-malangnya, saya tak ingat jawapan cikgu-sob3
Darjah 4.
kami diasingkan kelas. tiga kelas pertama adalah sama level.
tetapi kelas pertama semua melayu. kelas kedua dan ketiga campur-campur.
sangat sedih bila tengok mereka berkawan dengan orang lain.
bila tak boleh lagi bergaduh, berdebat dan bersaing dengan mereka.
hanya bertegur-sapa dan berbalas senyuman dari jauh sahaja, jarang-jarang dapat peluang berbual.
selepas itu, saya tiada peluang berkawan dengan kawan-kawan berlainan bangsa.
sewaktu form 4, saya chatting sebentar dengan Tae Kwan Yu, dia baru tukar course dari biologi menjadi akaun. sewaktu itu saya rasa itu tindakan kurang pandai, tapi kini baru saya faham kenapa. ^.^
p/s : saya kurang memori sekolah rendah tapi saya sangat ingat pada mereka.kenangan manis.
walaupun saya tahu, mereka pasti dah tak ingat saya.
Tapi, Tolong jangan pisahkan kami lagi,boleh tak?
(sebagai seorang islam, saya dan kamu punya tanggungjawab untuk menyampaikan islam kepada SEMUA , tanpa kira agama dan bangsa kan?islam kita kan mungkin datang dari ARAB, INDIA atau CINA, maka bila mahu pulangkan semula kebaikan itu pada mereka jika isu bangsa asyik-asyik diutarakan?
-maaf, saya budak baru belajar, kalau salah tolong sangat-sangat tunjukkan.
2 comments:
jangan pisahkan kami. nice :) dalam maksudnya tu
thanx to emhoho
the gadis puitis.
Post a Comment