ikhlas

Sungguh, Kesabaran itu tak pernah berbatas..
Yakinkan dirimu bahwa tak akan ada kata “Kesabaranku sudah habis”
Karena ikhlas itu tak pernah boleh berakhir…
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada kata “Aku sudah tak sanggup lagi”
Karena tugasmu sebagai Abdi Rabbmu..tak akan pernah selesai

Yakinkan dirimu bahwa Rabb-Mu Maha Adil
Yakinkan dirimu bahwa engkau mencintai-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa engkau mati hanya untuk-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada sesuatu dan seseorang dalam hatimu kecuali DIA.
Dan akhirnya…keikhlasan itu pun hadir….

Ketika kehendakmu tak sejalan dengan kehendak-Nya…
Biarkan kehendak-Nya yang berjalan atas hidupmu
Karena kehendak-Nya adalah kebaikan untukmu
Ketika inginmu tak sesuai dengan ingin-Nya
Biarkan ingin-Nya menjadi skenario terbaik bagi hidupmu
Karena Dia Mahatahu segala hal tentang dirimu..

Biarkan tangisan mengobati kekecewaanmu
Bukan kecewa pada Robb-Mu..
Tapi kekecewaan pada dirimu sendiri
Karena tak mampu berdiri diatas ingin-Nya..

Hidup harus terus dijalani, Sholehah terkasih…
Sesakitkan manapun
Siap ataupun tidak

Karena Rabb-Mu tidak pernah perlukan persetujuanmu atas setiap kehendak-Nya.

Life , the endless learning process


"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak mampu lagi bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan,
dan berpeganglah kepada Allah, walau DIA tidak kelihatan.


Jadilah Pribadi yang Seimbang



Tawakal,
tapi tak lupa ikhtiar.

Bisa marah,
tapi tetap Sabar.

Hormat saat memberi,
Ikhlas saat menerima.

Tak buruk sangka,
tapi tetap berwaspada.

Cerdik,
tapi tidak licik.

penuh belas kasihan,
tapi tetap adil.

itsar ,
namun iffah.

sensitif,
namun pandai mengawal emosi.

:)

siapakah pemilik akhlak yang baik itu?

-Dr Khalid Ad-Dasuqi-


penilaian


kita tak dinilai secara teliti.
kita dinaikkan dan terus dinaikkan.
kita tak mungkin diturunkan buat masa sekarang.
tiada siapa tahu kita layak atau tak.

muhasabah.
muhasabah.
muhasabah.

semuanya bergantung pada kita.
atas kita hanya ada langit yang tinggi.
dan matahari yang tidak jemu memancarkan cahayanya.

layakkah kita berada di tempat tertinggi menikmati pencahayaan agung?
atau sebenarnya kulit kita sedang terbakar tanpa kita sedari?

zalimkah kita pada diri-sendiri?
tidak meningkatkan diri sehingga berada pada tempat yang sepatutnya?

masa masih ada. jika kita pandai menghargainya.
bercakap kencang tentang revolusi, jom sama-sama beramal dengan revolusi!
=)

malaysia

entry ni kurang bermanfaat.hanya rindu malaysia.

babak 1

"abah,kenapa abah nak anak-anak perempuan abah ambil medic?

"mana ada abah yang nak,korang yang nak sangat amik"

"eeeerrrkkk"
(abah!!!!!!!!<--jerit dlm hati )

dan perbualan bersambung.........

babak 2

ketika memandu bersama akhawat,

"awak,nak gi rumah awak, belok kiri ke terus ni??cepat2!"

"haaa, belok kiri....................eh,tak3, terus....eh2...tak3..eh, tak ingat......"

-.-"
adakah kebanyakan perempuan menghadapi masalah ini?

dan kalau kita nampak pemandu yang macam tak cekap,selalu tak keluar ayat ini?

"hum, patutla,perempuan yang drive" ;P

babak 3

me : "acheen (8 tahun), sedapnya Tic Tac acheen tu!!"

acheen : "eh mane ade acik nisah, makanan kat syurga lagi sedap!" =D

pandai jugak budak ni.

babak 4

sebaik sahaja keluar dari surau, sambil menuju ke arah bas di RnR temerloh barat,

eh...bas dah tutup pintu, dan gerak tinggalkan kita. terblur kejap. apa sudah berlaku?
rupa-rupanya dah kena tinggal bas dengan cik dila idrus.
(sorry sis, awak yang selalu je naik bas tak pernah tertinggal, bila naik ngan akak, haru jadinya.huhu~)

nasib baik ada pakwe hensem sudi bawak balik rumah. boleh main dengan auni yang comel lagi-lagi bila sebut "daddy".

adakah ini tulah dari yanna kerana membuatkan dia sengsara kesakitan tahan gelak sewaktu di hospital?

babak 5

semua orang duduk dihadapan laptop sambil tergelak-gelak melihat kesengalan video-video matluthfi90.


babak 6

nak jadi muda, bertaubat. sebab bila bertaubat betul-betul, dosa kita diampunkan.
maka jadilah kita suci, muda macam baru lahir.

-ust azhar idrus-

kalau tahun lepas abah suka ust kazim, tahun ni abah suka ustaz azhar idrus. layan~ ;)

bersambung....


sDDU

Kerana beda antara kau dan aku, sering jadi sengketa,
kerana kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran,
kerana satu kesalahanmu padaku,
seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu,
wasiat Sang Nabi rasanya berat sekali :
"jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."

mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak sahaja
menjadi kepompong dan menyendiri,
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati,
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia.

lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhuwah,
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi,
dengan persaudaraan suci ; sebening prasangka, selembut nurani,
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekukuh janji

:)

-sinopsis Dalam Dakapan Ukhuwah-
Salim A. Fillah

suci dalam debu

Suci dalam debu
(sucinya hidayah dan iman dalam manusia yang berdosa)

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta yang kekal abadi
Pasti akan kugagahi jua

iklim- suci dalam debu (diubah sedikit)
-brain-mapping session by Dr kamari kasan-
S.P.I.E.S
-lagu yang kita minati dan nyanyi selalu akan diprogramkan dalam D.N.A kita-
^.^

jangan pisahkan kami lagi! <- em cakap

Darjah 3 gigih.

ni kawan-kawan baik saya,

1)Tineshwaran
= sangat pandai terutamanya english, terkenal dengan gelaran bola tenis and waran tangkap
2) Ragunath
= banyak dan pandai cakap.pengawas, sesuai jadi lawyer.
(pernah dicili oleh cikgu sebab suka balas cakap)
3) Kuganathan
= budak atlet, agak perlahan dalam pelajaran, seringkali dipanggil coconut.
4)Tae kwan yu (betul ke ejaan ni)
=sangat pandai jugak terutamanya math. nerd type.
5) Prasath
= dia istimewa, metally retarded, dia akan buat apa sahaja yang disuruh termasuk makan kapur dan lipas. kadang-kadang saya pertahankan dia bila dibuli. sampai jadi gosip, -.-"
(manusia sekolah rendah memang sengal)

saya?budak separa atlet, separa pandai, suka berkawan dengan mereka >.<

dengan mereka saya selalu berbual dan berdebat.
dengan mereka juga saya lawan siapa dapat markah lagi tinggi dalam exam.

suatu hari, saya dan mereka berbual-bual. topik perbualannya,

"siapa ada dulu, nabi adam ke dinasour?"
being the only muslim in that group, saya sorang jerla cakap nabi adam,
yang lain semua cakap dinasour.
(sedangkan masa tuh saya confuse sorang-sorang, kalau nabi adam ada dulu,
bila pulak ada dinasour? etc)

pastu kitorang gaduh-gaduh dan akhirnya minta tolong cikgu kegemaran saya (dan mereka)
untuk bagi jawapan, cikgu azimah.
-malangnya, saya tak ingat jawapan cikgu-sob3

Darjah 4.
kami diasingkan kelas. tiga kelas pertama adalah sama level.
tetapi kelas pertama semua melayu. kelas kedua dan ketiga campur-campur.
sangat sedih bila tengok mereka berkawan dengan orang lain.
bila tak boleh lagi bergaduh, berdebat dan bersaing dengan mereka.
hanya bertegur-sapa dan berbalas senyuman dari jauh sahaja, jarang-jarang dapat peluang berbual.

selepas itu, saya tiada peluang berkawan dengan kawan-kawan berlainan bangsa.

sewaktu form 4, saya chatting sebentar dengan Tae Kwan Yu, dia baru tukar course dari biologi menjadi akaun. sewaktu itu saya rasa itu tindakan kurang pandai, tapi kini baru saya faham kenapa. ^.^

p/s : saya kurang memori sekolah rendah tapi saya sangat ingat pada mereka.kenangan manis.
walaupun saya tahu, mereka pasti dah tak ingat saya.

Tapi, Tolong jangan pisahkan kami lagi,boleh tak?

(sebagai seorang islam, saya dan kamu punya tanggungjawab untuk menyampaikan islam kepada SEMUA , tanpa kira agama dan bangsa kan?islam kita kan mungkin datang dari ARAB, INDIA atau CINA, maka bila mahu pulangkan semula kebaikan itu pada mereka jika isu bangsa asyik-asyik diutarakan?

-maaf, saya budak baru belajar, kalau salah tolong sangat-sangat tunjukkan.

S.P.I.E.S

refresh nota.

mula-mulanya sangat tidak bersemangat untuk pergi. sebab? saya ada benda penting.
tetapi ada juga sedikit excitement kerana dari dahulu saya memang teringin nak kembali ikut kem.

sangat sukar untuk mentajdid dan mengikhlaskan niat.
sangat-sangat-sangat-sangat susah nak ikhlas. huhu~

maka saya letakkan AIMs.ok, AIMs saya datang S.P.I.E.S adalah
1) kembali mencari siapa saya dan di mana cinta Allah dalam diri saya.
2) meng"hold" kan sebentar hidup saya yang agak hectic dan ambil masa muhasabah diri.
3) berukhuwah.
4) yang paling penting, saya ingin kembali mengejar cinta DIA dan menjadikan cinta Allah, teras saya dalam mengatur hidup.

dan saya ingin ambil the +ve things dari program ini.

******************************************************************************

apa saya belajar?

1- siapa pun kita. kita bukan siapa-siapa. kita hanya hamba.jangan pernah rasa diri hebat.
2-when we have time to comment about others, then , we already stop looking into our own mistakes.
3-lapangkan hati, buka minda. parachute yang tertutup akan menyebabkan si pemakainya jatuh mati.
4- ilmu ibarat air dalam gelas. bila dapat, minum (baca :amalkan) dia supaya boleh diisi dengan ilmu yang baru.
4-Allah beri kita kuasa memilih, tetapi kesan selepas pilihan dibuat itu bergantung pada Allah. dan Allah boleh tarik kuasa memilih itu bila-bila masa.
5-selalu muhasabah diri dan hati. amalkan fikir dan zikir Allah senantiasa.
6- apa-apa pun dalam hidup, Alhamdulillah. sama ada hidup tolak kita ke kanan atau ke kiri. asalkan kita tidak menjauhi redha Allah.
7- dont take things for granted.bersyukur atas setiap perkara.

erm..kita sambung nantilah! ;)