Kenapa mencintai?

Cinta dia kerana apa?

Kerana rupanya?
Kerana hartanya?
Kerana ilmunya?
Kerana pangkatnya?
Kerana akhlak dan peribadinya?

Maka, kamu mencintainya , kerana dia,
kerana apa yang ada pada dia.

Atau, kamu cinta dia.....

Kerana dia baik kepadamu?
Kerana dia sering beri kamu hadiah?
Kerana dia sering bersamamu di kala senang dan susah?
Kerana dia sering mengajarmu tentang hidup?
Kerana dia mencintaimu?
Kerana dia sentiasa mendengarkan dan memahami bebelanmu, kerianganmu, suka duka hidupmu?

Maka, jika begitu, kamu mencintainya kerana segala kebaikan yang dia buat untuk kamu.


.
.
.
.


Tahukah kamu?
Jika kamu mencintai dia kerana apa yang ada pada dirinya,
Maka Allah itu lebih layak kamu cintai dahulu, kerana ternyata Allah punya segalanya yang lebih baik dari dia.

Dan jika kamu mencintainya kerana dia sering berbuat baik padamu,
Maka Allah juga yang lebih layak kamu cintai Dahulu sebelum dia, kerana Allah menjagamu seawal penciptaanmu, malah dia yang menciptakanmu, dan berterusan menjagamu hatta sejak kamu lemah dalam rahim ibumu.

Cuma, mungkin cinta itu sukar berputik, apatah lagi tumbuh mekar segar,
Kerana kamu dan aku, kita, belum cuba mengenali dan mencari siapa itu sebenarnya Allah.

Carilah DIA, DIA akan senang membantu kita mencariNya.

Dan di saat kita menjumpai - NYA,
ku yakin, kita akan berjumpa segala kebahagiaan yang ada di dunia.

Dan ketika itu, kita akan mudah menjadi hamba-NYA,
Dan kita akan sentiasa segar, mengajak serata dunia, untuk bersamamu mencintai-NYA.



-brainstorm ibadah-khalifah-

No comments: