Maka apa akan jadi?

Kalau doktor hanya duduk bersembunyi di dalam rumahnya , tidak mahu berjumpa pesakit kerana takut berjangkit. Maka apa akan jadi?

Kalau sang polis hanya duduk di balai. Tidak mahu menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai kerana takut keselamatan dirinya terancam. Maka apa akan jadi?

Kalau pensyarah dan cikgu hanya menyibukkan diri di perpustakaan. Terus-menerus membaca dan menambah ilmu. Tidak mahu mengajar kerana takut kebodohan sang murid terlampias pada dirinya. Maka apa akan jadi?

Kalau seorang islam, hanya memikirkan tentang memperbaiki dirinya, tidak mahu bercampur dengan masyarakat. Beruzlah (mengasingkan diri) dan memenuhi hari demi hari dengan ibadah seorang diri. Maka , apa akan jadi pada masyarakat?

Teguran abdullah ibn mubarak yang baru sahaja pulang dari medan peperangan, tanpa sempat debu-debu hilang dari tubuhnya kepada sahabatnya fudhail bin iyadh, yang terkenal dengan gelaran "abid 2 tanah haram".
(kedua-dua mereka adalah dari golongan tabien, dan ahli hadith yang tsiqah.)

"Wahai abid dua tanah haram, jika kamu melihat kami,
nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

Orang yang membasahi lehernya dengan air mata,
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah,

Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia,
sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan,

Kamu berbau harum dengan minyak wangi,
sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan,

Telah datang sabda Nabi kita kepada kita, kata yang benar, tepat dan bukan dusta,
“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala”

Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa, “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta.

-muntalaq bab 5, ahli ibadah yang bermain-main -

Jika seberat ini teguran golongan yang senantiasa mengejar cinta akhirat, maka bagaimana pula agaknya teguran untuk kita yang lebih selesa mengejar dunia, terkadang teringin mengejar akhirat?.


Welcome back

Hari pertama sekolah.
Seperti biasa, kekucar-kaciran berlaku.

Calling-calling malaysia di pagi hari.
Sebak. Rindu. Mengimbau malaysia.

Ternyata emak abah sudah semakin tua, sudah semakin lelah bekerja.

Walaupun abah punya keinginan dan cita-cita yang besar. Kemahuan untuk terus dan terus maju, ternyata kudratnya terbatas. Sangat berbeza kudratnya dulu dan kini.

Sedang emak. Itulah ibu yang wajib dihormati dan disayangi. Walau bagaimanapun dia. Besarnya pengorbanan beliau dari dahulu tiada bandingan.noktah.

anak yang seorang ini, bilakah akan jernih hatinya melihat dunia dengan kaca mata yang lebih berbeza? Bilakah akan matang fikiran, perbuatan dan emosinya?

"Bukan kekurangan yang perlu dicari, tetapi pengorbanan yang wajib dihargai."
Pandanglah manusia dengan pandangan kasih sayang, dengan harapan Tuhan manusia akan melihatmu dengan pandangan yang lebih sarat dengan cinta.

Tahun terakhir di Mesir, insyaAllah, semoga permulaan bagi sesuatu yang baru.

Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahi tawakkaltu 3ala Allah.




Yang bercampur-baur perasaan,

Anisah Shamilah MS
@Villa badar 313,
Syarie' helwan, muniera,
Qaherah, mesir.

9.40malam, 29 syawal 1433 hijrah.