12.30 malam, 2009
satu kediaman di benua eropah.
"ok.siapa nak cerita dulu keadaan diri dia minggu ni?" sayup-sayup suara kecil itu kedengaran. mukanya ceria menghadap skrin laptop. meskipun kini sudah hampir 4 jam berlalu.
4359 km dari tempat tersebut.
beberapa orang pemudi berpandangan sesama sendiri.
wajah-wajah ceria mereka diselubungi ketepuan dan kepenatan.
"awaklah cerita dulu. kita dah cerita minggu lepas." tersengih melihat usrahmatenya. ithar katanya.
seorang demi seorang bercerita.
kadang tergelak ketawa.
kadang berkongsi duka lara.
ada yang seronok meluahkan segalanya.
ada juga yang malu-malu kucing, malu tapi mahu.
tak kurang juga yang pabila tiba saat itu, dirinya sudah hanyut ke alam mimpi.
meskipun tiada hadiah menarik daripada naqibah.
atau makanan sedap-sedap dihidang setiap kali usrah.
dan jarang sekali nak dapat sms "sweet-sweet" atau sms bertanya khabar.
tapi kerinduan itu sentiasa memuncak. ingatan sentiasa terpatri. dan masa usrah itu, adalah masa paling menggembirakan untuk minggu itu.
tiada siapa yang tahu dari mana datang perasaan indah itu.
mudah saja kata sang naqibah,
"LOVE IS MAGIC.
BECAUSE IT COMES FROM ALLAH."
=)
100% setuju.
dan akal , terlalu cetek untuk memahami perihal hati.
kisah hampir 4 tahun dahulu.
di situ segalanya bermula bagiku. (mereka yang lain lebih awal)
di situ kami merangkak berkenalan dengan erti dakwah dan tarbiyah.
dan di situ juga, secara tidak langsung,
hati kami berikrar untuk setia bersama tarbiyah.
2 Jun 2012
sudah 4 orang bertanya dan memberi hint,
"akak, bila nak buat usrah?"
terpana.biar betul dorang ni. tersalah sangka rupanya. ingatkan semua nak minta stop usrah untuk memberi laluan kepada exam final.
muhasabah. benar-benar muhasabah.
di suatu tempat di atas bumi, mereka sedang sibuk berprogram. mengisi jiwa-jiwa yang memerlukan panduan dan pantauan.
di suatu kawasan lain, sang naqibah sedang bermukim di hospital. tekun menjaga anak usrahnya yang di ambil sebentar nikmat kesihatannya. perilakunya tak ubah persis risau dan sayangnya seorang ibu melihat anaknya terlantar ketika peperiksaan semakin menghampiri.
belum dilihat si dia yang telefonnya berdering seawal lepas subuh sehingga lewat malam. ada sahaja kerjanya. ada sahaja orang memerlukan pertolongan dan panduan darinya.
di satu sudut meja study pula, si dia yang sedang struggle membaca buku. bertimbun buku-buku medic di hadapannya. tekun dan cukup fokus. tahu dia tidak boleh bermain-main kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.
PRIORITI dan FOKUS.
waktu belajar, belajar sungguh-sungguh.
waktu berusrah,berdaurah sediakan hati dan akal yang benar-benar bersedia.
waktu bersama keluarga, maka pastikan mereka rasa kehadiran kita.
waktu bersenam, basah-lencunkan diri dengan peluh.
waktu berukhuwah, maka berukhuwahlah sehingga tiada jarak antara hati-hati kita.
setiap seseorang dan sesuatu punya hak. dan akan meminta hak mereka ditunaikan.
dan untuk melaksanakan setiap satu itu perlukan mujahadah berterusan. T__T
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan."
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),
tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
(94 : 5-8)
panjangkan angan-anganmu,
setelah kau panjangkan langkahmu.
p/s : perkara yang kita jarang tak bersungguh, makan, main, tengok movie dan tidur. =D / -.-"