One Big Family
the "I" day.
saya nampak apa yang selalu bermain dalaman fikiran syabab-syabab setiap negara.
saya nampak apa dilema kehidupan mereka, dan perkara paling penting yang mereka mahu orang tahu tentang mereka.
saya nampak, bila kita suka sesuatu, kita akan usaha sehabis baik untuk perkenalkan kesukaan kita pada orang lain.
saya suka tengok tarian syabab palestine. kenapa?
sebab kaki mereka kuat.sangat. kebanyakan mereka tough dan fit.
saya suka tengok silat.
sebab dalam kelembutan, dia tidak mudah dipijak dan diinjak.
saya suka hamasatussyabab. (semangat pemuda).
teringat mafhum pembacaan saya dari sebuah buku bertajuk Wahai Pemuda.
pemuda ada 2 golongan.
1- golongan yang dilahirkan dalam masyarakat yang aman harmoni. maka mereka hanya memikirkan tentang kepentingan diri mereka. kerana tiada masalah lain yang lebih besar dari itu.
2- golongan yang dilahirkan dalam keadaan darurat. mereka diperlekeh dan ditindas. perkara yang bermain dalam fikiran pemudanya adalah ummah nya. masyarakatnya. dia tiada masa untuk memikirkan kepentingan dirinya sedang masyarakatnya sedang ditindas penuh kehinaan.
dan Alhamdulillah, Allah lahirkan kita dalam golongan kedua.
***********
serius tertembak bila baca. kenapa penulis berkata begitu? rasa macam, errmm...nisah, bukan kau lahir dalam golongan ke-2 ke? tapi kenapa berperangai seperti golongan pemuda pertama?
T.T
**********
hipokrit dalam kebaikan.
terima kasih kak fathiyyah yang comel.
hipokritlah, asalkan semuanya kerana Allah.
sisterhood poem.
did i tell you before, that i love you? ^.^
terima kasih jadi hujan dan pelangi hidup saya.
tanpa kamu, kanvas hidup saya cacat.
3,2,1.
duduk sorang-sorang.
orang lain semua sudah pulang.
memastikan setiap masa bermanfaat, memulakan hari yang insyaAllah lebih baik dari semalam.
malam tadi kemengantukan. kecewa.
sayup-sayup mendengar pengisian. kadang dapat, kadang terlena.
ada seorang murid kepada tabi'en.
dia ditanya oleh gurunya,
"sudah 30 tahun engkau belajar denganku.apa yang kau peroleh?"
anak murid itu menyimpulkan kepada 8 perkara. (i wish that i remember all those 8 things)
hanya satu yang benar2 menyentak.
1- setiap orang ada benda / manusia yang dia sayang. dan kesayangannya itu pasti akan meninggalkan dia.sama ada ketika dia masih di dunia, atau ketika dia di dalam kubur. yang akan tinggal bersamanya hanyalah amal kebaikannya.maka aku mengambil amal kebaikan sebagai perkara yang paling kucintai.
^.^
doesn't matter how much you love him / her, at the end, she or he will leaves you, vice versa.
sayang mana kita kat orang, dalam kubur kita tetap seorang.
yang akan jawab soalan ni, kita sorang-sorang.
siapa tuhanmu?
apa agamamu?
siapa yang diutuskan kepadamu?
sama ada kita berjaya jawab atau hanya
"aku tidak tahu"
semuanya bergantung pada kepercayaan dan amalan kita.
3soalan bocor.3 jawapan mudah.
tetapi jawapan tidak boleh dihafal
jawapannya perlu diimani dan dipraktik.
*****
2 pintu dibuka.
syurga dan neraka.
"inilah neraka tempat kau akan dicampak jika kau kufur.dan ini pula syurga, tempat kembalimu kerana kau beriman"
ya Allah, percepatkanlah hari pembalasan itu.
kata sang mukmin.
vice versa. terbalik kisahnya bagi sang kufur.
penyesalan adalah satu penyiksaan.
kadang kita lebih rela tubuh kita diseksa, dari perasaan kita terseksa.
itu baru permulaan.
****
3soalan.
2pintu.
seorang diri.
ramai mana pun kawan kita sekarang, dalam kubur kita tetap sorang.
jangan merasa cukup dengan berada dalam kelompok yang baik. kerana Allah tak balas amalan ikut kelompok, Allah hitung amalan setiap orang sendiri.
duduk sorang-sorang, anfaal, syarie ismail sirry, muniera-
Double C
khamis :
kenapa ada bintik-bintik merah kat muka ni?sebab musim panas kot.
jalan-jalan kat sekolah,
"ein, mata kita gatalla. tolong tengokkan, ada apa-apa tak?rasa macam kena gigit semutla. "
malam : pah, rasa-rasa macam ada vesicles je. macam makin banyaaaak je.ntah-ntah.....
tanya Dr Google....demam, tak sihat, then timbul vesicle.
erm...
TAHNIAH!! AWAK DAPAT CHICKENPOX! ;)
"akak ni pelikla, pompuan biasanya risau tinggal parut, tapi akak lak risau gatal badan"
=D
Subhanallah...
Allah bagi peluang gugurkan dosa.
Allah bagi cuti. mungkin saya perlukan rehat.
atau mungkin ada orang lain yang perlukan rehat daripada keberadaan saya di uni. haha~
Alhamdulillah.
walaupun katil dan bantal jadi teman baik, tapi Allah anugerahkan rasa bahagia dalam hati.
sentiasa terfikir ibu-ibu yang bersalin dengan sangat horror sakit.apalah sangat sakit saya.
bila terfikir ada orang yang lebih sakit, ada orang yang nampak sihat, tapi dalaman sakit, ada orang yang chronic diseases, saya rasa penyakit saya gedik-gedik sahaja. =D
Allahu Akbar!
saya akui, saya gedik, cepat lemah bila sakit.
jarang-jarang jatuh sakit, tapi bila sekali sakit, konon longlai. (tanyalah nurse saya 5 hari pertama bagaimana)
pandai lak tuh, jatuh sakit biasanya masa-masa nak dekat exam.
lalu kali ini cuba strategi lain.
teringat kata-kata Dr Har, minta banyak orang doakan kita. beritahu mereka.
haha~
lalu penuh fesbuk-fesbuk dengan permintaan doa.
malah tak terkecuali fesbuk ustaz mahmoud. (my bestest ustaz arab merangkap rakan gaduh mulut saya)
dengan satu misi, supaya lebih ramai orang (yang doanya jauh lebih mustajab) yang doakan saya.
^.^
seronok lak rasa.
Alhamdulillah. walaupun saya serius jeles dengan mereka yang buat macam-macam semasa cuti, tapi Allah bagi hadiah macam-macam.
akhirnya, ada masa untuk perbaharui target hidup.
ada masa koreksi dan muhasabah diri.
ada masa siapkan kerja yang saya hutang dengan aimi J.
ada masa to keep in touch dengan abang-abang saya.
(ok, tak semua abang pon.)
ada masa layan budak kecik yang nakal dan pelik =P
ada internet hebat!!! boleh dengar nouman ali khan banyak-banyak!
ada masa baca buku-buku-buku-buku yang best dalam rumah ni!
dah berhabuk dah library ayyash. baru perasan banyak buku best di situ.
walaupun cuti ini banyak naik turun nya, tapi saya sangat bersyukur.
pipah said,
"this is anisah shamilah that i once knew. welcome back sis!"
haha~ Alhamdulillah..
kalau kita tak jumpa damage, kita takkan tahu kite kena repair and recover.
kalau Allah tak tunjukkan kelemahan kita, maka kelemahan itu akan kekal di situ, bila Allah sedarkan yang kita lemah, maka di situ Allah tunjukkan ruang perbaiki diri.
We are full of inner deficiencies and weak foundations. But how are they exposed? They are exposed through a break. Through certain breaks, we become aware of particular deficiencies in our inner foundation. We become aware of deficiencies that we would otherwise not be able to see. And as a result of the break, the heart can be rebuilt stronger. Allahu akbar!
awak, saya tak tahu la awak baca tak blog ni.
cuma saya nak cakap, terima kasih. awak ajar saya macam-macam. directly or indirectly.
minta maaf atas segalanya. paling penting, saya belajar yang saya perlu hadapi masalah, bukan simpan dan lupakan. dan saya belum cukup matang dalam buat keputusan.
saya belajar, saya boleh buat pilihan. saya boleh cakap ya atau tidak. saya belajar bahawa ini hidup saya, dan saya tak patut cari orang atau sebab untuk disalahkan atas apa yang berlaku dalam hidup saya.
hidup saya, keputusan saya, atas hidayah dari Allah dan tawakal saya pada DIA. dan saya yang akan tanggung segalanya. saya yang akan TANGGUNG dan JAWAB semuanya di hadapan DIA. orang boleh cakap apa mereka suka, namun , orang tak boleh tolong saya nak jawab apa depan Tuhan saya.
apa-apapun, terima kasih awak,
dan paling penting, terima kasih Allah. ^.^
budaknakal yg nak jadi matang.
anisah shamilah.
chicken pox dan cuti ^.^
وَالْعَصْرِ
People throughout history have chased after wealth, beautiful things, power etc. People chased after all these things, thinking they will achieve success, and while they were in that state - THEY DIED.
This same process has been repeating generation after generation, for thousands of years, and there is one creation of Allah which has continuously been witnessing all this. It is al 'Asr - THE TIME.
Time is a witness to the tragedy of the human being.
Muhammad Shafee': the Struggle of the human being is like the one who is trying to sell ice. It is melting away and he needs to sell it quickly and make as much sales before the end of the day comes. Otherwise - all his valuables' and efforts will go to waste.
hidup kita hanya bagaikan sehari, dan al-'asr adalah waktu di penghujung hari tersebut, waktu antara solat asar dan maghrib
that eventough we love each other. we want all of our family members, siblings, friends, teachers, schoolmates etc... to be together in Jannah, but before that, there is the Judgement Day.
On the Judgement Day, you'll asked Allah to throw every other soul into the Hell fire in order to be saved from entering it. you won't care if it is you mother, father, friends, or even your child!!.
tak caya?
cuba tengok al-ma'arij (70 : 11-14)
gi la buka Al-quran tu,sayang. gi tengok ayat tuh, pastu tanda ek. ulang selalu.
so, if you're that selfish in the akhirat, why not being one right now? (haha~)
i mean, janganlah sebab kawan kita, or family kita, kita jadi terhalang nak lakukan kebaikan, or tinggalkan kejahatan. because on THAT day, you won't care, you just don't bother. and you just hope that you can throw that person into the Hellfire.
cubalah jadi manusia yang sentiasa bermanfaat, bukan menghabiskan beras. ops...that's me. -.-"
JOM UBAH! MASA DAH SUNTUK! SERIUS.
Salwa ^.^
jalan
i learnt a lot. A LOT.
-si comot yang muka penuh bintik-bintik merah berair-