SSS (sembang2 sisters?)
pilihan.
ALLAH pilih kau, sedangkan DIA tahu perihal dirimu, luar dan dalam.
manusia, pilihannya berdasarkan ilmu yang terbatas dan pengalaman yang setahun jagung.
Allah pilih kau untuk dapat hidayahNya, dapat rasa nikmat iman dan islam. dapat miliki nikmat terjebak dalam dakwah dan tarbiyah. walaupin Allah tahu setiap apa yang ada pada dirimu. tak terharukah dikau? tak bersyukurkah engkau?
mengapa masih kau sia-siakan pilihan DIA.? tidakkah kau takut ALLAH gugurkan engkau dari saff pejuang agamaNYA? tak gentarkah hilang dari dirimu perasaan nikmatnya hidup mencari rahmatNya?
kau menjaga dirimu agar dipilih manusia yang pertimbangannya cetek, sedang kau abaikan dirimu dari dipilih Allah?
al-hajj 73-78.
on the way
Dia tidur +/- 3 jam sahaja.
tersentak. =(
banyaknya aku tidur.
teringat kisah ikhwah IM yanga hanya tidur 2jam sehari. atau tidur selang sehari.
teringat ikhwah IM yang qiam setiap malam di penjara. katanya, dia takkan mampu hadapi hari esok kalau dia tak qiam.qiam itu sumber kekuatannya.
tidur itu, makan itu, semuanya cukup-cukup sahaja untuk terus hidup dan bekerja.bukan untuk memuaskan nafsu. (sejak bila nafsu penah puaskan?)
teringat seorang dari golongan sahabat yang kurus. kurus bukan kerana diet. tetapi memang nafsunya bukan makanan.dia lebih bahagia mengisi ruhnya daripada jasadnya.
.........jomlah,jaga kesihatan.badan nak guna lama........
................
"makcik, boleh tak saya nak belajar kat sini?"sengaja meramahkan diri pada makcik2 yang bersidai di balkoni.
boleh!!
nama makcik siapa?
nama makcik sayyeda.
umur?
53tahun.
wahh,makcik macam mak saya laa..
shamilah,anggap makcik macam mak awak.kalau awak ada pape, meh datang bagitau makcik.
kenapa makcik kat sini?
*****something berkaitan prolapse.kurang faham****
............
Dr masuk lambat. lepak dengan makcik.
"nah, ambil ni!" kata makcik sambil tersenyum.tangannya menghulurkan air kotak jambu jenama beyti"
puas menolak.
"makcik ada diabetes.makcik tak boleh minum.awak ambik ek.nah,minum ni sekarang jugak.
=D
seronok makcik bercerita tentang anak2 nya.dan cucunya.
seronok makcik dengar saya bercerita tentang family saya.
huhu~
nak belajar betul-betul.
tak sanggup kalau saya buat salah kat makcik-makcik yang super-duper baik.
dah tahun 5.....dah nak habis tahun 5....tahun depan tahun 6 dah....
go!!!awak masih punya masa untuk memanfaatkan khazanah bumi mesir.
"jika kamu mahukan tidur dan istirehat semata-mata, maka kuburlah tempat yang menyediakan kedua-duanya.
muhasabah.
sudah terlaksanakah Syahadatul Haq kita?
rahsia malam
Ku berkata kepada malam,
"berapa banyak rahsia yang terkandung dalammu? ceritakanlah kepadaku rahsia yang paling indah.
malam hari menjawab,
"tiada suatu rahsia yang lebih menerangi kegelapanku , melainkan air mata orang yang bertaubat di penghujungku".