:)

bila rasa sempit dan susahnya hidup dunia, fikirkan tentang kematian akan melapangkan.


tetapi bila terlalu asyik menikmati kemanisan dunia, fikirkan tentang kematian akan menyesakkan.


Allah, pegang ketat-ketat hati kami. agar cinta dan ingatannya , tak pernah menjauh dari-Mu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

thinking of You


seorang lelaki sedang memanggang kambing. beberapa ketika kemudian,datang seorang lelaki soleh ke arahnya, lalu menangis teresak-esak.

"kenapa kau menangis?adakah kerana lapar? jangan menangis, nanti aku berikan daging ni kepada kau"

"aku menangis bukan sebab lapar.
aku menangis kerana melihat Bani Adam memanggang haiwan ini
di atas api setelah matinya haiwan,
tetapi Bani Adam memasukkan diri mereka ke dalam neraka hidup-hidup"

************************************************************************

2-

seorang budak kecil melihat ibunya sedang memasak. ketika hendak menyalakan api, ibunya memasukkan kayu api yang kecil-kecil. kemudian, barulah kayu api yang besar dimasukkan untuk menyemarakkan lagi nyalaan api.

tiba-tiba si budak kecil menangis

"kenapa kau menangis, wahai anakku?"

"aku melihat engkau memasukkan kayu api kecil dahulu,
kemudian yang besar untuk menyalakan api.
aku takut Allah akan membakar dan mengazab kami, budak-budak kecil dahulu sebelum mengazab orang dewasa."

*******************************************************

3-
seorang lelaki soleh berusaha menghasilkan sebuah pakaian. apabila siap, dia membawanya ke pasar untuk dijual kepada tukang jahit.

"aku akan bayar engkau 10 genih untuk baju ini" , kata tukang jahit.

"mana boleh. aku bersusah-payah , berusaha keras menghasilkan baju ini.
sepatutnya harganya lebih mahal dari ini!"

"cuba kau lihat, di sini jahitannya compang-camping.
potongannya tidak selari. bahunya jatuh di sebelah kanan.
tangan kirinya senteng. bagaimana aku hendak membayar lebih?

tiba-tiba lelaki soleh itu menangis.

"jangan menangis. baiklah! aku akan berikan berapa harga yang kau inginkan!"

"aku menangis bukan kerana mahukan duit. aku menangis kerana mengenangkan nasibku. aku sudah berhempas-pulas menyiapkan baju ini. belajar cara membuatnya.buatnya dengan teliti.
sehingga aku merasakan baju ini sudah cukup sempurna...
namun, bila engkau yang pakar dalam hal ini melihat baju rekaanku,
ternyata terlalu banyak keaiban padanya.

bagaimanakah nantinya aku ingin menghadap Allah sedangkan begitu banyak keaiban yang ada pada diriku?

bagaimana mungkin aku sanggup menghadap-NYA , sedangkan DIA yang paling tahu keaiban dan kekurangan pada diriku?


berfikirlah tentang apa yang terjadi di sekelilingmu.
berfikirlah tentang apa yang Allah tetapkan menimpamu.
berfikirlah tentang, bagaimana kamu ingin menghadap DIA nanti.

semoga buah fikiran kita, menundukkan keegoan hati kita,
semoga buah fikiran kita, menitiskan air mata kerana takutkan DIA,
semoga buah fikiran kita, membantu meninggikan semula martabat agamaNYA,
semoga buah fikiran kita, mahal harganya di sisi Allah ta'ala.

What did you SEE?

ada seorang pakcik dan anaknya di dalam kereta api. pakcik itu kelihatan termenung jauh, membiarkan anaknya bermain-main dan berbuat bising. bising yang amat! malah mengganggu ketenteraman orang lain.

semua orang fed up dengan pakcik tu dan anaknya!!!
dalam hati, "hoii, tak pandai jaga anak ker?!!"

lalu datang seorang lelaki muda ke arah pakcik,
"pakcik. pakcik ni kenapa? anak pakcik gi kacau semua orang tapi pakcik tak marah or tegur de pon! annoying la pakcik!"

pakcik itu tersentak!.

"maaf nak, pakcik dan anak baru balik dari hospital. isteri pakcik baru meninggal dunia disebabkan kemalangan taxi yang dia naik. patutnya pakcik yang ambik dia, bukan naik taxi. maafkan pakcik ye nak. "

"ahmad, meh dekat abah. jangan kacau-kacau orang."
lalu si anak kecil tersengih-sengih kecomelan, dia masih kecil untuk mengetahui ibunya telah pergi meninggalkannya selamanya.

lelaki itu terdiam.
perasaan jengkelnya berubah sayu.
marahnya berubah simpati.
geramnya bertukar bersalah.

=)

berapa kali dalam hidup kita, kita tersalah sangka pada manusia?
kaca mata apa yang kita letakkan di hadapan mata untuk melihat dunia?
kaca mata penuh kebaikan atau penuh buruk sangka?

*******************************************************************
suka-suka.
apa ibrah yang kamu dapat dari setiap gambar ni?

[homework kursus photography - syari' qasr el-ainy]

saya suka gambar ini kerana pencahayaannya.
cahaya waktu dhuha yang menenangkan. =)

teringat betapa lembutnya Allah memujuk nabi muhammad s.a.w yang kesedihan.
betapa penuh kasih sayangnya Allah,
bersumpah dengan waktu setenang ini untuk memujuk rasul-NYA.
indah!
(surah ad-dhuha)

dan melihat gambar ini,
saya melihat seorang bapa yang gigih bekerja bermula awal pagi demi mencari rezeki.
sukakan pagi kerana pagi itu simbol kecerdasan dan kesegaran.


[ homework kursus photography- hayyu 'asyir ]

kaligraphy arab di dinding belakang yang menjadi keunikan + modelnya.
(kalau dapat model bersenapang lagi seronok kot, sesuai dengan kata-kata di belakangnya.

"Jagalah (agama) Allah, Allah akan menjagamu"
=)

sebenarnya, gambar ini dicetuskan hasil pemikiran 3 orang. cik em hoho, cik aisyah dan saya.

[outing kursus photography - perpustakaan iskandariah]

kata pakcik,lebih sesuai modelnya berada di hujung laluan.

kata saya :
gambar ini bagi saya melambangkan keistimewaan dan keterpeliharaan seorang muslimah yang bebas di era moden.
dan disebalik hijabnya, dia seorang yang luas pemikirannya , baik akhlaknya dan kukuh personalitinya.
bukan perempuan yang jumud atau lemah, mudah dipermainkan dan diperkotak-katikkan.
(sebagaimana wanita zaman jahiliyyah dahulu)

[jalan-jalan : ismailiyyah ]

saya lebih sukakan gambar candid, dari jauh sebagai seorang stalker. =)
teringin nak letak caption tapi takde idea.

ketenangan laut dan sekumpulan pemuda yang setiap apa dilakukan ikhlas dan ihsan.

[outing kursus photography : iskandariah]

pakcik kata pakcik suka gambar ni sebab dia main pencahayaan, dan framing.
(antara teori-teori yang kami pelajari dan dapat saya hadam).
sebenarnya di dalam gambar tu, pakcik sedang mengajar peserta lelaki dan peserta perempuan dikehendaki berjalan-jalan menghasilkan karya.

kata saya : saya terbayang satu kumpulan yang diberi hidayah oleh Allah. yang berkumpul dan berpisahnya kerana Allah. (mungkin faktor cahaya)
dan saya suka berbicara dengan alam semesta. =)

[jalan-jalan : Jordan ]

ma'raqah yarmouk.
khalid al-walid.
abu ubdaidah al-jarrah.
tahapan ukhuwah tertinggi, itsar.
ayyash..
(huhu~ isi-isi penting. bacalah kisah perang yarmouk)


tetamu jemputan istimewa dari turkiye
=) korang memang cool (=

[bowling : kaherah ]

=)


tangkapan budak kecik yang masih banyak perlu belajar, tentang photography, tentang medic, tentang islamnya,
tentang kehidupan. dunia dan akhirat .

^.^

Surat Peninggalannya...


Adikku..

Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.. dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang.

Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari "kepuasan rohani" yang dapat kita rasakan !

Kenyataan seperti inilah yang disebut "realiti" dan "hakikat", bukan Imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan.

Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dus bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya !

Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.

sepetang bersamamu

"tiqahh, pinjam kasut sukan ! "

"ambikla akak! "

"time kasih, awak! "

=)

segera berlari ke arah si dia yang sudah menanti. terima kasih sayang atas ajakan beriadhah bersama. ;)
(jangan salah sangka, sayang saya seorang perempuan)

kerana Allah,
untuk qawiyyul jism,
untuk berukhuwah,
untuk masa bersendiri, berfikir dan bermuhasabah,
untuk berbicara dengan alam semesta.

hati memasang niat.
lantas kaki menghayun langkah.
mata melontarkan pandangan jauh.
telinga semakin peka dengan "musik" ciptaan manusia.
akal? pastinya lenyap dalam seribu satu persoalan dan lintasan.

berlari rentak perlahan, kulihat manusia sekeliling.
subhanallah. bukanlah hidup ini satu perjalanan?

sebelum ini, langkahku laju. namun aku pancit di tengah jalan. perjalananku tidak seirama. kejap terlalu laju, kejap terhenti keletihan. fikiranku tertekan kerana hanya ingin mengejar titik penamat. sehingga aku terlupa untuk melihat air yang mengalir tenang. pokok yang menari-nari riang. burung yang gembira berterbangan.

kali ini langkahku tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. stabil. mindaku fokus pada niat awal. pancainderaku asyik sekali menikmati sajian indah yang Allah persembahankan sepanjang perjalanan.

Subhanallah..La Haula Wa La Quwwata Illa Billah...

perjalananku seirama. mugkin agak perlahan, namun tsabat sehingga akhirnya. malah, kepenatan itu seakan bosan menunggu kehadiranku, lalu mengejar mereka yang berlari gopoh.

ISTIQAMAHLAH walaupun SEDIKIT demi SEDIKIT.
REHATLAH pabila perlu, tapi jangan biarkan kerehatan itu mematikanmu.
kerana fungsinya menyegarkan dirimu.

******************************************************

di tengah perjalanan, pasti kau akan berjumpa dengan manusia yang mendorongmu. dengan kata-katanya, dengan ajakannya, dengan perhatiannya atau tunjuk ajarnya.
atau sekadar dengan kau melihat keberadaannya di situ.

namun yang pasti, akan ada manusia yang akan mengkhianatimu.
memesongkanmu dari tujuan asal hidupmu,
mentertawa dan mempersenda sehingga engkau malu untuk terus menapak,
mengambil 1000001 usaha untuk sentiasa menjatuhkanmu.

berwaspada lah, jangan mudah bergantung pada makhluk lemah bernama manusia.

bina jati dirimu, peribadi seorang mukmin yang dalam hatinya hanya ada ,
"Allahussomad"
cukuplah Allah sebagai tempat bergantung segala sesuatu.

****************************************************************

lihatlah dunia dari kaca mata seorang mukmin.

bukankah kesusahan dan dugaan itu "latihan" untuknya menggapai buah kesabaran?

dan bukankah nikmat dan kesenangan itu pula "latihan"untuk kau layak memiliki buah kesyukuran?

berilah yang mana satu pon, kesusahan atau kesenangan, itu baik baginya.
asalkan kerinduan hidupnya hanya untuk redha Sang Pencipta.

jangan mudah mengeluh.
hatimu berpotensi besar, jangan biarkan ia bermain dengan perkara-perkara kecil, dan ketakutan tanpa asbab.

!! DO n't qu IT !!

sepetang bersamamu,
juga sepetang bersama-MU.

cerita demi cerita.


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
kaku untuk menulis. terasa seperti telah hilang keupayaan menulis.
taip dan padam berkali-kali.

Alhamdulillah atas nikmat yang KAU beri ya Allah.
seronok melihat kegembiraan akhawat ber "WINter Gathering" di sana.
gelombangnya terasa sehingga ke malaysia.
ombaknya menghujam lalu membasahkan semula hati-hati yang semakin kekeringan dan kelayuan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
bahagia berjumpa dengan akhawat yang sedang bercuti "summer". (oz /nz)
walaupun hanya sehari, namun banyak yang diperoleh.
melihat semangat mereka untuk menyebarkan kefahaman islam , menyembuhkan kefasadan dan kerosakan yang semakin melata.
sayunya perasaan apabila melihat kakak-kakak yang akan BFG (back for good) ke malaysia.
mendengar pesanan mereka terhadap adik-adik yang baru mendapat ruh dan semangat.

"futur itu bermula apabila kita mula merajuk. merajuk dengan akhawat atau dengan DnT.
futur itu pasti terjadi, cuma jangan sampai tenggelam dalam kefuturan.
bangkit semula dari futur, cari semula support system, mujahadah untuk kefahaman dan semangat itu semula. "

orang yang tertinggal dari dakwah, bukannya berlaku secara tiba-tiba. prosesnya perlahan-lahan.
mula-mula jauh dari akhawat, kemudian daurah.kemudian sibuk dengan keluarga, sibuk dengan kerjaya.mula berkahwin dan semakin sibuk. kesihatan mengganggu. kewangan menghalang. tekanan pelajaran semakin mendesak. sedikit demi sedikit. sehingga akhirnya tidak sedar, bahawa kita telah ketinggalan jauh....

kemudian syaitan membisik lagi,
"malulah, takkan kau nak kembali balik.nanti apa dorang cakap. kau dah jauh tertinggal. sudahlah, mulakan sahaja hidup barumu. hiduplah sebagai muslim biasa. bukannya kau tinggalkan agama pun."

bisikan demi bisikan. dari depan, belakang, kiri dan kanan. hingga akhirnya kita bagai ular bersalin kulit. tiba-tiba tanpa disedari lahir seorang islam yang lain. yang sudah selesa dengan hidup yang baru.jauh dari DnT. na3uzubillahi man zalik.

terbayang sahabat-sahabat seperjuangan. masa pantas berlalu, sudah hampir tamat sesi pembelajaran di bumi al-banna.........

Alhamdulillah,
bersantai dengan otai DnT, walaupun hanya sejam.sambil-sambil pekena teh di petang hening.
benar-benar membuka mata, dan akal.
isu ummah, isu keluarga, isu tangga kedua dalam maratib amal. isu jemaah. isu personal.
pandang ke hadapan, sambil-sambil tuh, cuba selesaikan masalah yang ada. jangan fokus hanya pada masalah (itu kelemahan orang perfect melancholy -.-").
tidak kisah dengan sesiapa, di mana sahaja, bila-bila masa, yang penting kita yang kena kuat.
sediakan diri menjadi teman kepada seorang pejuang. jika mulanya dia bukan, maka jadikan dia seorang pejuang.
kadang kita hanya cuba menyelesaikan masalah kecil tapi mengorbankan benda yang lebih besar. jangan gopoh dan berfikir untuk jangka masa yang lebih panjang.

Alhamdulillah.
melihat taiko DnT Ikhwanul muslimin.
Subhanallah. kata-katanya mudah namun menyelinap ke seluruh ruang hati.
beliau meniupkan ruh ammar bin yasir, mus'ab bin umair, bilal bin rabah, khadijah binti khuwailid, asma bin abu bakar. dikupasnya sedikit demi sedikit.
peribadi manusia yang bersifat as-sidq pada tuhannya.

Rabbaniyah itu manhaj kehidupan, bukan muhadharah (lecture)
Tarbiyah datang sebelum Jihad.
bina hubungan hati dengan Allah sebelum dengan manusia.
Apa guna punyai bersaff-saff manusia, jika hati manusia itu rosak-rosak belaka?
apa guna punya mata, jika tidak mampu mengalirkan air mata kerana takut pada Allah?
apa guna ada senjata, jika tangan yang memikulnya bukanlah tangan yang sentiasa dilazimi dengan wudhu'?

=)

mihnah sentiasa ada. di mana-mana pon dan untuk sesiapa pun. jangan pernah jadikan alasan untuk diri kita.

Alhamdulillah,
semalam saya adalah seorang pelajar mesir yang bahagia melihat kegembiraan akhawatnya berWinG, gembira berkenalan dengan akhawat OZ dan NZ nya, seronok menyaksikan kakak-kakak yang baru BFG dan sudah lama bersama dengan medan di malaysia, hanyut dalam gelombang pakcik-makcik di dewan UPM sambil mendengar pesanan tokoh besar ikhwanul muslimin.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Allah, tsabatkan langkah ini.
tetapkan hati ini.
syurga-MU bukan mimpi sia-sia.