ke mana kamu menghilang?

biarkan dia bergerak laju, jangan dibekukan.
kerna jika kau menghalang fitrahnya, dia takkan diam membisu.
lagi disekat, makin laju arusnya menerpa.
maka bergeraklah bersamanya, agar kau juga terus maju.
jika kau hanya bermalas-malasan,maka dirimulah yang akan terus ketinggalan dihanyut waktu.

kerja kita bukan kerja remeh-temeh.
bukan kerja kanak-kanak kecil yang tiada visi dan misi,
bukan sekadar cukuplah menghias diri sendiri.
tidak! kerja kita targetnya luas.
manusia-manusia yang bersamanya berpandangan jauh ke hadapan,
bukan hanya menyesakkan akal dengan perkara picisan.
kita sedang membina gelombang mega,
yang akan melebarluas membasahi dan menyerap ke seluruh pelusuk dunia.

bukankah itu ajaran sang pemberi qudwah?
targetnya bukan kaum quraisy, tidak cukup sekadar abu jahal, abu sufian, umar dan abu bakar,
tidak. takkan cukup sekadar di situ.
matlamatnya menakluki dunia. kerjanya terperinci penuh strategi.
agar kalam Allah menjadi kalam paling tinggi dan tiada kalam yang dibenarkan untuk berada lebih tinggi dari itu.

*pause*





*pause*




*retrospective*




*retrospective*




dan orang yang dipilih di jalan itu,
mereka adalah orang yang suci hatinya, kental jiwanya, teguh imannya.
sentiasa ihsan dan ikhlas dalam amalannya.
dia tidak gemar berpropaganda, bukan minatnya mencipta isu-isu semasa.
pegangannya terzahir pada akhlaknya.
perjuangannya tampak pada perilakunya.

UL @ MA .
al-muzammil.
-munajat seorang hamba, hijjaz-

No comments: