Luaskan Minda


bukan semua fakta yang kita terima hari ini akan benar buat selama-lamanya.

nah, kalau dahulu firaun yakin bahawa dia Tuhan.
tapi bila sampai ajalnya, terbukti bahawa dia hanyalah hamba dan manusia yang penuh kelemahan dan kehinaan.

perkara yang sama kita perhatikan dalam bidang Perubatankan?
ubat paling berkesan pada sepuluh tahun yang lalu, mungkin pada saat ini adalah ubat yang menjadi racun paling membunuh. ilmu pengetahuan semakin hari semakin berkembang.

dan perkara yang kita tidak tahu tidak bermakna perkara itu salah atau tidak wujud.

jangan sempitkan pemikiran kita dengan pegangan hanya kita sahaja yang betul, dan mereka yang lain terpesong.

jangan bunuh akal kita dengan menutup jalan bagi ilmu-ilmu masuk.

jangan sempitkan sumber kita pada satu pandangan sebelum menilai pandangan orang lain.

kalau kecil dahulu kita rasakan dragon ball, sailormoon dan doraemon kartun paling menarik, bukankah sekarang kita lebih seronok menonton naruto, fullmetal alchemist dan pelbagai lagi kartun juga anime?

kalau kecil dahulu kita meyakini bahawa coklat DING DONG, choki-choki dan apollo sebagai coklat paling hebat, bukankah sekarang kita sudah berkenalan dengan Kinder Bueno, Cadbury, Galaxy dan 100001 coklat ternama serata dunia?

kalau dahulu kita hanya mendengar lagu-lagu raihan, rabbani (nada murni) dan hijjaz, bukankah sekarang sudah ada nowseeheart, inteam, al-ghinat, sami yusuf, maher zain dan puluhan artis lain?

kalau benda-benda kecil, kita dapat menerima perubahan, perbezaan citarasa, berlapang dada, dan membuka minda, mengapa kita sempitkan fungsi akal kita apabila bertemu perkara besar?

ketahuilah, fungsi akal untuk BERFIKIR, menilai dan menganalisa. mengapa dibunuh fungsi akal tersebut.

angin yang bertiup dari malaysia membuka semula mata. memberi kesegaran pada akal yang sudah kebuntuan hala tuju.

terima kasih angin, kau bawa kesegaran itu. terima kasih Allah, kau datangkan rahmat-MU.
jom, sama-sama belajar.

minta maaf wahai teman seperjuangan, kita sama-sama belajar bukan?ada yang perlu aku belajar darimu, dan ada juga yang kau perlu belajar dariku. sinergi agar kita semakin maju.

manusia itu akan terjerumus dalam kebodohan saat dia merasakan dia sudah pandai, bukan?
maka ingatkan aku, bilamana aku kelihatan terlalu lama selesa di posisi tanpa maju.

^.^

1 comment:

Anonymous said...

like