saya....saya...



:)
saya sayang adik saya dan adik-adik saya dan sahabat-sahabat saya dan kakak-kakak saya!
(dan of course family saya)
sayang sangat-sangat!!!saya rasa saya makin pendiam.
(adakah duduk di kelas arab menyebabkan saya kelu berbahasa melayu? =P)
tapi saya nak kamu tahu, saya sayang kamu.
saya minta maaf jika pendiamnya saya menjarakkan kita.
saya perlu usaha lebih dan lebih fokus memandangkan saya tak faham lecture sepenuhnya bila berada bersama mereka di kelas arab.
saya nak masuk syurga sama-sama dengan kamu! nak sangat3! saya nak duduk di taman TUHAN saya sama-sama dengan kamu.. Jom?!

tiba-tiba terdengar seperti suara abah batuk..Rindu!

******************************************************

copypaste dari halwahati

Sebenarnya, perasaan itu tidak baru. Memang sudah selalu je pun rasa begitu – rasa sluggish, rasa lembab buat kerja. Namun apa yang berlaku malam ini, benar-benar mengetuk kepala saya!

.

Cerita bermula ketika saya bertugas oncall di Accident & Emergency Department (A&E) 2 hari yang lalu. Saya dihadapkan dengan kes seorang ibu berusia 40-an, yang telah overdosemakan panadol, sebagai percubaan untuk membunuh diri. Wanita itu menelan 30 biji (? sebenarnya tak pasti total berapa biji) panadol, beserta sebotol arak jenis vodka, kemudian terus pengsan tidak sedarkan diri. Suaminya menemui beliau dan terus membawanya ke A&E. Ketika saya bertemu dengan wanita itu, beliau sudah sedar, airmatanya bergenang. Dia menggigil-gigil, sambil mengadu sakit kepala, sakit perut serta muntah-muntah di A&E. Rawatan antidot N-Acetylcysteine segera dimulakan, kerana level panadol dalam darahnya sangat tinggi, melebihi paras bahaya.

.

Malam ini, apabila keadaan lebih tenang, setelah beberapa hari duduk di dalam wad, dan organ-organnya semakin pulih, saya datang semula bertemu dengan ibu itu untuk melihat keadaannya. Beliau mesra dan mudah diajak bersembang. Rupanya beliau amat tertekan semenjak kematian anak gadisnya 2 tahun lalu. Namun, beliau menyesal dengan percubaannya membunuh diri dan merasa takut dengan diri sendiri.
“I know I must find inner peace. I need it so much. Last night, a nurse from Philippines came to me, and invited me to join a Buddhist Group. She said this will help me to find my inner peace, calm my soul. I am so thankful to her. I am willing to try anything! She gave the name of the place and the time of their event. I will definitely go to that.”

.

Saya tergamam. Tidak terkata apa. Lidah terasa kelu. Saya rasa saya sudah ‘tertinggal bas’! Tertinggal jauhhh. Mereka begitu pantas. Mereka sudah mendahului, menawarkan jawapan kepada pertanyaan, menarik tangan orang yang mencari, menyediakan jalan. Alangkah tingginya semangat mereka, alangkah hebatnya usaha mereka, alangkah izzahnya mereka dengan ajaran yang mereka bawa.
Di mana kita? Di mana aku?

.

Islam – Bukan kita tidak tahu. Bukan kita tidak yakin. Bukan kita tidak izzah. Bukan kita tidak mahu. Kan?
Sebenarnya.. nak je kan, suka je kan pada kebaikan, suka je baca tentang kehebatan Islam, suka je mendengar berita gembira tentang kecemerlangan umat Islam, suka je kalau ramai orang mengagumi dan menyanjung Islam.
Cuma……………………………..
Dengar perkataan ‘dakwah’ saja telinga kita terasa ngilu. Suruh bergerak menceritakan Islam, kita rasa tak mampu. Alahai.. usahlah bercerita jauh-jauh, hendak mengislamkan orang Islam sendiri pun kita terasa kaku. Diri sendiri pun rasa tak terseru.

.

Namun yang anehnya, di sebalik perasaan lemah dalam diri itu, usaha bergerak untuk mencari kekuatan tetap tidak kelihatan. Kadangkala bila rasa sudah tertinggal, kita semakin malas pula untuk mengejar! Rasa sudah jauh. Rasa tidak mampu. Lantas kita berdalil dengan

.

..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya..” (Al-Baqarah : ayat 286)

.

oh.. sejauh mana kita mengenali ayat firman Allah yang satu ini?
Mari kita renungi ayat ini secara penuh.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata):
‘Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami terlupa atau kami tersilap.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami; oleh itu,tolonglah kami untuk MENCAPAI KEMENANGAN terhadap kaum-kaum kafir.’ ” (Surah Al-Baqarah : ayat 286)

.

Ayat al-Quran ini adalah doa seorang pejuang!
Ia ayat yang menggambarkan ketabahan, bukan alasan bagi jiwa yang sukakan kerehatan.

.

Bukankah.. kalau rasa lemah, maka pergilah kepada sumber kekuatan? Datanglah dekat, bukan menjauh.
Kalau selama ini sudah rasa lambat, maka ayuh berlari!
Lontar ketepi perasaan malu dan rendah diri.
Itu bisikan-bisikan yang tidak pernah menguntungkan. Atau mungkin sebenarnya kita yang sudah sayang dengan zon selesa kita?‘Biarlah di takuk yang lama. Esokkan ada..’
Semangat untuk berubah menjadi lebih baik yang saban hari kian meluntur, seperti warna seluar jeans.. makin disental, makin lusuh. Makin diajak dan disuruh, makin menolak dan menjauh. Macam itukah refleksi iman kita?

.

Antara mahu dan mampu..
Mahu menjadi lebih baik atau tidak? Buktikan.
Mahu berlari laju? Ayuh, Allah memerhati langkahmu.
Mampu atau tidak, serahkan saja kepada Allah Yang Maha Tahu.

.

Sesungguhnya cita-cita dan angan-angan itu terlalu berbeza.
Dan yang membezakan antara keduanya… adalah usaha.

.

~ umat ini sedang menantimu.
rehatnya seorang daie adalah kerugian buat dunia.

.

ar-rumaisa
28 Zulqaidah 1431 H
Galway

3 comments:

Thaaqhib Mohammed said...

salam.. bolehke orang awam nak jumpa makcik tu? nak jumpa. stunning

putih said...

w'salam.

makcik yang mana?
yang Dr penulis blog atau makcik yang merasa tenang dengan ajaran Buddha?

fathiyyah said...

=).

bila baca entry kak rumaisa',
hati saya rasa macam kena siat-siat.
ngilu smpai rasa nak jerit.
menggelegak. huhu.
saya rasa kalau saya ditempat tu,
rasa macam nak nangis2 T__T

-chep yang pinjam akaun faty-