=D


“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling-mengunjungi kerana Aku;
cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad.

*******************************************************

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah (s) bersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitasnya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untukmenyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam al-Birr wash-Shillah no. 2567

***********************************************************

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,
kecuali yang paling besar cintanya diantara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 544

khusyu'





bagaimana ingin aku syukuri nikmat-nikmat-MU,
sedangkan dapat membuktikan kesyukuran itu juga satu nikmat?

fokus.
fokus.
fokus.
supaya dapat mengosongkan diri sebenar-benar kosong hanya untuk Allah ketika solat.

random...



sayang dari jauh.
kerna bila dekat takut melukakan.

sayang dari jauh.
kerna bila dekat takut dilukakan.


tembok kembali menebal tanpa boleh dikawal.
mengapakah? serik barangkali?

benar kata budak kecil.
ikhlas itu susah. sangat susah.

memberi tanpa meminta balasan,
hanya mengejar redha Allah.
tiada langsung unsur duniawi.

seronok jika dapat rasa dunia ini mainan.
akhirat yang kekal abadi.

-maaf pada semua atas kelemahan diri saya-
semoga setiap amalan dikala cuti diterima dengan ganjaran terbaik di sisi DIA.


qarar dari suwai


"putih!!meh kemas umah!! ape ni umah ada anak dara bersepah! buat malu jer~
gi kemas ruang tamu ngan bilik! suwai balik nanti tak kemas, siapla!"

maka dengan muka monyok sambil menghentak-hentak kaki budak itu mengemas.sambil merungut-rungut dalam hati.

*********************************************************

" putih!! makan tu pinggan jangan tinggal kat sink!! gi basuh! ish, anak dara sorang ni!"

" jap lagi la... tadi iklan dah habis, cerita dah nak start."

" takde maknanya, gi basuh pinggan, kalau tak suwai tutup Tv. "

*********************************************************

dia akan cuba bangun cepat-cepat dari meja makan, sebab orang terakhir akan basuh pinggan lauk-pauk.

tiba-tiba, " putih, terima kasih", abah tersenyum sambil menghulurkan pinggan lauk-pauk beserta pinggan abah.

tersengih. dapat tambah pahala berbakti untuk abah.

*******************************************************

"putih!! apa baju longgok-longgok atas kerusi tu!" gi lipat! malu la anak dara pemalas"

"alaa, biar jela dia kat situ..senang nanti nak pakai balik"

"eee la budak sorang ni, orang kata lipat. teruk bebeno perangainya."

dia paling benci lipat baju. paling-paling benci. kalau basuh dan sidai tu ok lagi, tapi kalau lipat memang out.tapi kena la mujahadah ek.

*****************************************************

sinki tersumbat lagi sekali. lalu abah meng "operate" sinki tersebut.
ternyata segumpal rambut keluar.

"lain kali, rambut buang dalam tong sampah, jangan biar dalam sinki."
pesan abah, berkali-kali

**************************************************
sekarang dia makin tahu kenapa abangnya menyuruh itu dan ini.
dia semakin cuba dan berusaha menjadi kemas, bersih dan teratur..erm, tapi kalau nampak dia kurang lagi, tolong bagitau la ye. awak pon, jom jadi bersih, kemas. lagi-lagi rumah.

patutlah budak kecil tu stress masa cuti hari tu.
ampun ye budak kecik..

*******************************************************

exam esok..doakan.

borak dgn abah....

  • abah, esok exam..
Alhamdulillah!elokla tu dah nak exam..
  • (dah agak dah)..huhu~ abah doakan ek..
insyaAllah..haa,ada masalah tak kat sane? etc..etc..etc..
sekarang angin apa kat mesir?
angin m**** ke angin &*&*&*&* ? (nama yang pelik dah susah disebut)
  • heheheh~
  • ala abah, mane orang tau...
ha tuhla, tak nak belajar geografi.
  • dah abah suruh orang belajar medik.
eh, kan kat sekolah dl belajar? haa, tuhla budak2 sekarang ni.
dah sejarah pon x tahu..nanti geografi pon xtahu ape2..
  • a'ah,org ada bace paper. sejarah truk skang..
  • hehehe..ala abah, sejarah kat sekolah memang bosan pun. XD
hurm..dorang nak rombak balik.tapi tuhla, orang cina tak nak sejarah sebelum merdeka. sebab xde kepentingan pun kat dorang.dorang nak sejarah yang bermula masa merdeka.

  • tapi kan abah, bukan orang cina pon sebenarnya banyak peranan ke sebelum merdeka dulu. even warna kuning diraja pon hadiah dari kerajaan cina kat tanah melayu kan? yang laksamana cheng ho tu?
hurm..a'ah..islam pon banyak membantu perkembangan islam kat sini. ha, sultan mane yang dapat warna kuning tu?
  • erk..alaa, mane la orang ingat. tpi betul2, cina sangat membantu perkembangan islam kat mesia. (kan kerajaan cina dulu disyaki kerajaan islam sebab permaisuri dia muslimah)
ish itu pon tak tahu, sultan mansur shah yang dapat tu. dengan anugerah diberi hang li po sekali. tahu x laksamana cheng ho tu *****
  • x tau la pulak..huhu~ abah2, tapi cina dah semakin naik kan skarang, US punye ekonomi n politik pon dah kucar-kacir kan?
hurm...US punye ekonomi memang dah lama kucar-kacir. cuma orang lain je yang terus agung2 kan US. US punya internal debt dah cecah trillion2.. sebab dorang suka hidup mewah. hidup pulak guna duit yang negara luar labur pada dorang. pastu, bila ada masalah macam sekarang, mula lah tuding jari kat orang lain. marah cina sebab mata wang yuan murah sangat. etc..

tuhla manusia nisah..bila dah susah, suke lah nak tuduh2 orang lain. sedangkan perangai sendiri yang salah tak nak ubah..sibuk dok salahkan orang.
  • ouch..huhu~abah2, kalau mata wang yuan murah kenapa bah?
nanti barangan cina jadi murahla kat tempat lain. so, ramailah yang eksport barangan cina..etc.

  • o0o0o0..
tpi nisah, US takkan jatuh camtu jer. cina banyak buat pelaburan dengan US jugak. kalau matawang US jatuh, cina pon tergugat sekali. cina pun ada kepentingan kewangan yang dia nak jaga.
  • o0o0, abah, kenapa kalau US punye ekonomi teruk, satu dunia effect?
sebab kebanyakan negara kat dunia melabur ke US, so bila ekonomi dia teruk, pelaburan2 tu akan tergugat dan negara lain akan rugi jugak.
  • o0o0o0...
tapi sekarang ni US tgh masalah ekonomi yang sangat teruk. 10% dari penduduk US menganggur. (iyeee??!!) a'ah. sebab tu sekarang ni pon, parti obama banyak kalah. kan republik banyak dapat kerusi demokrat.
  • ha'ah2..abah, complicatednya..
betul3..hehehe.. tuhla, nisah cuba baca bloomsberg.. kaji, tengok apa pakar2 ekonomi cakap. etc..

  • oh,ok..nanti orang try tgk.. (dalam hati,aritu TIMES dgn NEWSWEEK, ni tambah Bloomsberg pulak)
okies!oh yer, abah doakan orang nak exam tau!

huhu~ seronok bila borak macam2 dengan abah, dari sejarah ke ekonomi ke politik semua tanya abah...cuba membina otak yang dapat menganalisa situasi-situasi yang berlaku tapi macam biasa, sometimes, we rather die than think. kan?

saya hutang aimi J cerita- cerita ust Mahmud di kelas al-quran. nanti ek aimi... =D
saya baru tahu ada negara nama ini..Kyrgyzstan..tergeliat nak sebut.

saya....saya...



:)
saya sayang adik saya dan adik-adik saya dan sahabat-sahabat saya dan kakak-kakak saya!
(dan of course family saya)
sayang sangat-sangat!!!saya rasa saya makin pendiam.
(adakah duduk di kelas arab menyebabkan saya kelu berbahasa melayu? =P)
tapi saya nak kamu tahu, saya sayang kamu.
saya minta maaf jika pendiamnya saya menjarakkan kita.
saya perlu usaha lebih dan lebih fokus memandangkan saya tak faham lecture sepenuhnya bila berada bersama mereka di kelas arab.
saya nak masuk syurga sama-sama dengan kamu! nak sangat3! saya nak duduk di taman TUHAN saya sama-sama dengan kamu.. Jom?!

tiba-tiba terdengar seperti suara abah batuk..Rindu!

******************************************************

copypaste dari halwahati

Sebenarnya, perasaan itu tidak baru. Memang sudah selalu je pun rasa begitu – rasa sluggish, rasa lembab buat kerja. Namun apa yang berlaku malam ini, benar-benar mengetuk kepala saya!

.

Cerita bermula ketika saya bertugas oncall di Accident & Emergency Department (A&E) 2 hari yang lalu. Saya dihadapkan dengan kes seorang ibu berusia 40-an, yang telah overdosemakan panadol, sebagai percubaan untuk membunuh diri. Wanita itu menelan 30 biji (? sebenarnya tak pasti total berapa biji) panadol, beserta sebotol arak jenis vodka, kemudian terus pengsan tidak sedarkan diri. Suaminya menemui beliau dan terus membawanya ke A&E. Ketika saya bertemu dengan wanita itu, beliau sudah sedar, airmatanya bergenang. Dia menggigil-gigil, sambil mengadu sakit kepala, sakit perut serta muntah-muntah di A&E. Rawatan antidot N-Acetylcysteine segera dimulakan, kerana level panadol dalam darahnya sangat tinggi, melebihi paras bahaya.

.

Malam ini, apabila keadaan lebih tenang, setelah beberapa hari duduk di dalam wad, dan organ-organnya semakin pulih, saya datang semula bertemu dengan ibu itu untuk melihat keadaannya. Beliau mesra dan mudah diajak bersembang. Rupanya beliau amat tertekan semenjak kematian anak gadisnya 2 tahun lalu. Namun, beliau menyesal dengan percubaannya membunuh diri dan merasa takut dengan diri sendiri.
“I know I must find inner peace. I need it so much. Last night, a nurse from Philippines came to me, and invited me to join a Buddhist Group. She said this will help me to find my inner peace, calm my soul. I am so thankful to her. I am willing to try anything! She gave the name of the place and the time of their event. I will definitely go to that.”

.

Saya tergamam. Tidak terkata apa. Lidah terasa kelu. Saya rasa saya sudah ‘tertinggal bas’! Tertinggal jauhhh. Mereka begitu pantas. Mereka sudah mendahului, menawarkan jawapan kepada pertanyaan, menarik tangan orang yang mencari, menyediakan jalan. Alangkah tingginya semangat mereka, alangkah hebatnya usaha mereka, alangkah izzahnya mereka dengan ajaran yang mereka bawa.
Di mana kita? Di mana aku?

.

Islam – Bukan kita tidak tahu. Bukan kita tidak yakin. Bukan kita tidak izzah. Bukan kita tidak mahu. Kan?
Sebenarnya.. nak je kan, suka je kan pada kebaikan, suka je baca tentang kehebatan Islam, suka je mendengar berita gembira tentang kecemerlangan umat Islam, suka je kalau ramai orang mengagumi dan menyanjung Islam.
Cuma……………………………..
Dengar perkataan ‘dakwah’ saja telinga kita terasa ngilu. Suruh bergerak menceritakan Islam, kita rasa tak mampu. Alahai.. usahlah bercerita jauh-jauh, hendak mengislamkan orang Islam sendiri pun kita terasa kaku. Diri sendiri pun rasa tak terseru.

.

Namun yang anehnya, di sebalik perasaan lemah dalam diri itu, usaha bergerak untuk mencari kekuatan tetap tidak kelihatan. Kadangkala bila rasa sudah tertinggal, kita semakin malas pula untuk mengejar! Rasa sudah jauh. Rasa tidak mampu. Lantas kita berdalil dengan

.

..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya..” (Al-Baqarah : ayat 286)

.

oh.. sejauh mana kita mengenali ayat firman Allah yang satu ini?
Mari kita renungi ayat ini secara penuh.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata):
‘Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami terlupa atau kami tersilap.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah penolong kami; oleh itu,tolonglah kami untuk MENCAPAI KEMENANGAN terhadap kaum-kaum kafir.’ ” (Surah Al-Baqarah : ayat 286)

.

Ayat al-Quran ini adalah doa seorang pejuang!
Ia ayat yang menggambarkan ketabahan, bukan alasan bagi jiwa yang sukakan kerehatan.

.

Bukankah.. kalau rasa lemah, maka pergilah kepada sumber kekuatan? Datanglah dekat, bukan menjauh.
Kalau selama ini sudah rasa lambat, maka ayuh berlari!
Lontar ketepi perasaan malu dan rendah diri.
Itu bisikan-bisikan yang tidak pernah menguntungkan. Atau mungkin sebenarnya kita yang sudah sayang dengan zon selesa kita?‘Biarlah di takuk yang lama. Esokkan ada..’
Semangat untuk berubah menjadi lebih baik yang saban hari kian meluntur, seperti warna seluar jeans.. makin disental, makin lusuh. Makin diajak dan disuruh, makin menolak dan menjauh. Macam itukah refleksi iman kita?

.

Antara mahu dan mampu..
Mahu menjadi lebih baik atau tidak? Buktikan.
Mahu berlari laju? Ayuh, Allah memerhati langkahmu.
Mampu atau tidak, serahkan saja kepada Allah Yang Maha Tahu.

.

Sesungguhnya cita-cita dan angan-angan itu terlalu berbeza.
Dan yang membezakan antara keduanya… adalah usaha.

.

~ umat ini sedang menantimu.
rehatnya seorang daie adalah kerugian buat dunia.

.

ar-rumaisa
28 Zulqaidah 1431 H
Galway

:)


HADIS 15

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ

بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ

وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

( رواه البخاري ومسلم.)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam.
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya.
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim

*************************************************************
“Tidakkah engkau melihat harimau-harimau di hutan ditakuti ketika diam?
Sedangkan anjing di jalanan banyak yang dibaling batu kerana selalu menyalak.
Aku menganggap diam ini satu perniagaan.
Kalaupun tidak ada untungnya ketika itu, paling kurang, aku tidak akan rugi.”
~ Imam Syafie

****************************************************
diam itu...
satu ibadah, tanpa perlu bersusah-payah
satu perhiasan, tanpa perlu bersolek
satu pelindung, tanpa perlu kepada pagar
satu kekayaan, tanpa mungkin dicuri
Diam pada tempatnya.. satu kehebatan!

bercakap bila perlu, diam pada tempatnya.
fikir dahulu sebelum cakap,
sebab ada voice recorder dekat-dekat kita yang boleh direwind semula.

(Qaff :18)