.

saya sayang kamu...
sayang sangat-sangat.
saya tak tahu bagaimana Allah boleh campakkan perasaan ini dekat saya, sebab kita bukan saudara, awak bukan adik-beradik kandung saya. tapi saya sangat sayang awak.
walaupun saya tak tahu bagaimana nak zahirkan sayang saya pada awak.

saya takut.
saya mahu berjalan beriringan dengan awak.
saya banyak kelemahan, saya banyak kena belajar bertatih.
awak laju, sangat laju. kadang-kadang saya bangga jadi kawan awak. kadang-kadang saya cemburu dengan awak. kemudian, saya cenderung utuk sakitkan hati awak. maafkan saya.

saya takut. saya tak cukup mujahadah.
saya selalu sangka buruk. pada manusia atau pada ketentuan Allah.
saya tahu saya tak patut begitu. tapi boleh tak awak beritahu bagaimana mahu buang habit yang dah berbelas tahun terpahat dalam diri saya?

saya takut.
saya takut mereka tidak mendapat pencerahan kerana kelalaian dan kemalasan saya.
saya takut hubungan saya dengan Allah yang tidak cukup mantap akan menjejaskan hubungan saya dengan manusia sekeliling saya.
saya takut, kerna saya tak boleh bezakan keperluan dan kehendak. nafsu atau tidak.
saya takut, sebab saya tak suka protokol, saya suka outdoor yang adventurous dan thrill.
saya takut, tak dapat laksanakan tanggungjawab yang patut saya pegang.
saya takut, kalau-kalau saya selalu melebihkan dunia dari akhirat.

saya takut, kalau Allah zahirkan apa yang dalam hati saya.
saya takut, kalau saya tak dapat jaga hati dengan baik.
saya takut, kalau-kalau saya jadi orang jahil, munafiq tanpa saya sendiri mengetahuinya.

saya takut. saya takut. saya takut.
tak nak ego- tak nak ikut orang- tak nak sangka buruk- tak nak hati kotor- tak nak murka Allah

2 comments:

syaimaa' said...

salam.

bloghopping dan terjumpa blog ini.
dan entry ini.
this entry, thanks.
you spoke my heart out.
ouh..
izin kupi pes yaa..

oh ye, salam perkenalan :)

Anisah Shamilah MS said...

w'salam..

huhu~
sile2..mane tahu nnti saya pulak yg kupi pes dr blog awk.. ;)