Contengan
Last few weeks was like......
Rasa macam nak peluk someone tightly and cry all day /week long..
Pagi-pagi rasa macam,
Aku kena kerja ke harini.
Nak nangis tapi tak dapat. Not this time. Air mata dah jadi mahal balik.
Why am i here..
Should i continue or should i just quit...
Do i really really really wanna do this job.
all the negative feelings just ambush bertubi-tubi.
Tanpa belas.
Aku rasa semua perasaan ni jadi overwhelmed lepas aku tak pass assessment.. Dan perlu reassess semula.
N i was kinda surprise, how dumb i am after spending so much time studying & working.
N i was like.... I'm failing in every single part of my life. My family, my job, my studies, my tarbiyah. Waaaaaaaaaa!!!!!
----------------------------
Hari ini,
Usrah-day. Seriously aku memang malas nak pergi. I need to rest on my precious offday.
Haha. Since when sleep become so important, i can't remember. N it was like, a month ago kot pergi usrah. Asyik clash dengan jadual kerja. Makin lama tak pergi, makin malas lah kan nak pergi.
With the hati yang sungguh berat, aku gerak juga untuk usrah. Walaupun dah lambat.
N i was amazed. Allah masih sayangkan aku. Allah masih nak gerakkan hati aku.
kami berkongsi ayat surah fussilat, ayat 30-42 (one of my fav )
Kawanku bercerita.,
Dia suka kejadian siang dan malam. Setiap hari membuka lembaran yang baru. Untuk meneruskan hidup. Dan dia , dan aku, kini, seperti sudah menyembah pertukaran siang dan malam. Setiap hari hanya menyediakan to-do-list, dan hidup bekerja untuk itu. menjadi hamba kepada kehidupan, sedangkan kita sebenarnya hamba kepada Pemberi Hidup.
Dia terus bercerita, kebergantungan pada Allah, dan meminta dari Allah, adalah petanda kita hamba. Menunjukkan kita lemah dan perlu pada Dia. Sedang Dia, betapa banyak makhluk yang tidak putus-putus sentiasa berzikir dengan patuh pada Dia tanpa perlu dikira manusia yang sering durhaka. Dia tak pernah memerlukan kita. Kita yang terhegeh-hegeh pada redha Dia.
Dia bercerita lagi. Kita manusia, minta macam-macam dari Allah. Macam-macam. Dan kita memberontak apabila merasakan kita berhak, tetapi tidak dapat benda tersebut. Wow. How angkuh we can be. Sedangkan tugas kita di dunia hanya untuk menyembah dan mencari redha Dia. Nak minta-minta itu ini, itu cerita dalam syurga. Tak payah angkuh sangat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Tak perlu pertikai aturan Allah, cuba belajar redha, sabar dan cari hikmah serta makna sebalik aturan hidup.
Kawanku bercerita lagi. Kali ini bercerita tentang hadith kegemaranku, hadith 19. Dia pecahkan hadith itu pada 3.
1- Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
2- Jika mahu meminta, maka pintalah dari Allah.
3- qadha' & qadar adalah urusan dan aturan Allah.
gandingan Tadabbur surah fussilat & hadith 19 adalah sangat superb.
Tertampar berkali-kali, terpujuk juga berkali-kali.
Ya Allah, bukankah hidupku ini telah Kau aturkan sejak dahulu. Dan bukankah Kau paling tahu apa yang terbaik untukku? Kalau seluruh dunia bergabung untuk memberi kebaikan, they can't do it unless they have your permission to do so, vice versa.
Biadapnya aku, angkuhnya aku apabila membentak terhadap aturan Kau padaku. Yes. Aku usaha dan aku doa. Angkuhnya aku apabila merasakan aku berhak berjaya apabila berusaha. Aku berhak mendapatkan apa yang aku mahu.
Angkuhnya. Takabburnya.
Sedangkan aku hanya hamba. Dan Kau pencipta.
Sungguh aku malu. Meminta itu dan ini. Memberontak apabila keinginanku tidak kesampaian.
Sedangkan,
Aku lalai dalam menjaga hak Mu.
Aku merasakan berhak untuk berjaya, atas usahaku, bukan Rahmat dan pemberianMu,
Dan aku lupa. Sungguh aku lupa. Aku hanya hamba, yang sebenarnya hidup dan mati hanya untuk capai redhaMu.
And sungguh cantik bila Allah pujuk dalam surah fussilat. Bahawa Dia mampu menghidupkan semula apa-apa yang telah mati. Terima kasih Allah. Sungguh, indah hidup bertuhan.
So......
Dear anisah shamilah.
Have faith in Him.
Ihfazillah, yahfazuka.
Jagalah Allah, dan Allah akan menjagamu.
Stop worrying so much. Just dream, hope, work, pray and have faith.
Dia sebaik-baik pelindung.
Dia sebaik-baik penjaga.
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali.
“Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).
“Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”.
Posted via DraftCraft app
Subscribe to:
Posts (Atom)