hari ini.


terpaksa memonteng kelas harini kerana urusan penterjemahan keputusan peperiksaan lepas.
sedang menunggu-nunggu keputusan diterjemah, mendengar-dengar perbualan antara ustaz di situ.

sangat tertarik dengan nasihat pegawai di situ,

" apa-apa pun ustaz, minta pada Allah. mengadu pada Allah bila awak serabut. insyaAllah, Allah akan beri nanti, sama ada melalui ilham atau perantaraan manusia lain"

perjalanan yang panjang hari ini. cukup sekadar di sini.
banyak yang tersalah bila menulis atau bercakap. tapi kalau tak bercakap lagi sukar, mana kita tahu kan pegangan kita itu betul atau salah? jazakumullah kepada yang sudi menegur dan membetulkan. semoga semuanya kerana Allah..

farah kata takde masa berlengah-lengah. sayang terlepas moment sekarang. tak pasti kan matinya bila?

SEBARKAN!

benarkah islam disebarkan dengan mata pedang?
benarkah islam diamalkan secara paksaan dan ugutan?
benarkah islam disebarkan dengan kekerasan dan penindasan?

sahabat, kita akan marahkan kalau orang tuduh islam disebarkan dengan mata pedang.
kita cukup tahu bahawa pedang dan kekerasan hanya digunakan apabila diperlukan, ketika mana pemerintah dan tentera tidak mahu menerima islam dan tidak membenarkan islam didakwahkan di dalam negara itu.

pedang dan kekerasan itu pula bukannya ditujukan untuk semua, tetapi hanya untuk kumpulan yang terang-terangan memusuhi. sedangkan mereka yang tidak mahu menerima islam tetapi setuju berada di bawah pemerintahan islam, haknya akan dipelihara.

Suatu kuasa yang datang menceroboh, memaksa itu dan ini tanpa rela. bukankah penjajah namanya?

Talk yang disampaikan ust ismadi sangat-sangat menarik perhatian. walaupun banyak suara-suara sumbang berbunyi, tapi saya tetap kagum dengan ustaz.

jangan ego- jangan ego- jangan ego.
badan kebajikan jangan ego-persatuan-persatuan lain jangan ego.
di malaysia, semua pendokong aliran islam sedang bersama-sama berlari menuju titik penggabungan, titik kesatuan.
kenapa kita meyingkirkan dan mencari titik pergaduhan?

benarlahkan? kita bukannya bani israel yang merasakan bangga dengan kaum sendiri. merasakan kaumnya yang TERBAGUS! tidak dapat disaingi kaum-kaum lain. tidak, kita bukan begitu.

kita kan umat nabi Muhammad s.a.w. yang merasa bangga menjadi hamba sebenar-benar hamba. huhu~
geli hati kan kalau hamba-hamba bergaduh merasakan dirinya yang paling baik, sedangkan mereka yang paling merendah diri itu yang paling hampir pada konsep seorang hamba.




generous peace~
-kita bukan tak mampu gaduh, tapi kita tak nak gaduh.
kita hanya akan gaduh pada benda-benda yang sepatutnya.


healing~
-berilah untuk menerima. =D
rawatlah supaya kamu dirawat.

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

.

saya sayang kamu...
sayang sangat-sangat.
saya tak tahu bagaimana Allah boleh campakkan perasaan ini dekat saya, sebab kita bukan saudara, awak bukan adik-beradik kandung saya. tapi saya sangat sayang awak.
walaupun saya tak tahu bagaimana nak zahirkan sayang saya pada awak.

saya takut.
saya mahu berjalan beriringan dengan awak.
saya banyak kelemahan, saya banyak kena belajar bertatih.
awak laju, sangat laju. kadang-kadang saya bangga jadi kawan awak. kadang-kadang saya cemburu dengan awak. kemudian, saya cenderung utuk sakitkan hati awak. maafkan saya.

saya takut. saya tak cukup mujahadah.
saya selalu sangka buruk. pada manusia atau pada ketentuan Allah.
saya tahu saya tak patut begitu. tapi boleh tak awak beritahu bagaimana mahu buang habit yang dah berbelas tahun terpahat dalam diri saya?

saya takut.
saya takut mereka tidak mendapat pencerahan kerana kelalaian dan kemalasan saya.
saya takut hubungan saya dengan Allah yang tidak cukup mantap akan menjejaskan hubungan saya dengan manusia sekeliling saya.
saya takut, kerna saya tak boleh bezakan keperluan dan kehendak. nafsu atau tidak.
saya takut, sebab saya tak suka protokol, saya suka outdoor yang adventurous dan thrill.
saya takut, tak dapat laksanakan tanggungjawab yang patut saya pegang.
saya takut, kalau-kalau saya selalu melebihkan dunia dari akhirat.

saya takut, kalau Allah zahirkan apa yang dalam hati saya.
saya takut, kalau saya tak dapat jaga hati dengan baik.
saya takut, kalau-kalau saya jadi orang jahil, munafiq tanpa saya sendiri mengetahuinya.

saya takut. saya takut. saya takut.
tak nak ego- tak nak ikut orang- tak nak sangka buruk- tak nak hati kotor- tak nak murka Allah

cahaya

lilin bercahaya~

walaupun bercahaya, kadang-kala ia ditepis kerna tidak tahan dengan kepanasannya.

kadang ia dipegang erat walaupun panas kerna ia sumber cahaya yang memandu di dalam kegelapan.

=)
terima kasih akhawat atas perkongsian.

summary..

In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

cuti summer dah habis. esok bermula sesi persekolahan baru.
my planat untuk summer ni kalau nak ikutkan 60% jer kot berjaya dilaksanakan.

awal-awal cuti, kami join kursus photojournalism with "pakcik" zainal , ex-reuters.
he's a very kind person..sangat-sangat baik. banyak belajar dari dia dan cikgu pra-kursus,
my junior and my classmate..oh ye, thanx em hoho temankan kami gi kursus ni,kalau tak mesti haru sorang-sorang. banyak buat kerja separa gila juga kot di sini. contohnya, tiba2 outing ke alex. dan sampai dari alex pukul 3 pagi berdua bersama em hoho. terlupa metro dah tutup. ayu,i'll make sure my pics bukan tahap sampah lagi..huhu~ improving insyaAllah.

then, kelas arab nahu with huda dan fathin.
9jam ponteng gara-gara masalah kesihatan dan kefuturan menyebabkan kami tak sempat ambil exam. mahar pun tak sempat dengar!sob3.. sekarang, kelas muhadatsah dengan ukht syahidah. hehe~ syahidah student kegemaran ustazah. kami? setiap kali kelas, bermujahadah untuk keluar rumah. tak boleh ke pandai b.arab tanpa belajar? ;P

Jordan, one word = SUPERB!
banyak belajar dari akhawat jordan.banyak ambil inspirasi dari mereka.
banyak sangat-sangat muhasabah. oh ye, thanx to cucu anisafarihin kerana jadi partner in crime buat "kerja-kerja" nakal. 2 kali kan kita tertinggal dari group? hoho~

Sejarah? ISK belum habis buat nota. tapi tertarik dengan talk sejarah islam nusantara by Dr Hafidzi. sangat-sangat tertarik. rasanya kalau Dr Hafidzi buat talk to dekat cikgu-cikgu sejarah, mesti gempak!

attachment with the hospital~
hurm. pengalaman menarik tetapi agak dull kerana Dr semua busy. atau kelihatan membusykan diri. perlu gemar tebalkan muka dan tembokkan muka. tapi itulah student kan? tak tanya tak dapatlah. satu perkara yang sangat-sangat kami seronok adalah berjumpa dengan group student arab yang sedang buat projek ala-ala pantau hospital. seperti buat clinical attachment tetapi mereka ada Dr yang pantau dan akan ada talk dari semasa ke semasa berkaitan adab-adab atau cara-cara merawat penyakit-penyakit common.

program dan usrah dari semasa ke semasa.
well,pembangunan diri tiada istilah cuti kan? cuti ni menyaksikan turun dan naiknya iman dengan sangat dahsyat dan horror jatuhnya dan merangkak naiknya.semua dah tercampak masuk longkang. mana silapnya, tengah cuba mencari. kumpul semangat semula. Allah suka orang yang setelah bermaksiat, dia bertaubat! tersentak bila satu hari sedang dengar battle of Ramadhan, cerita Salahuddin,kalau saya tak silap. Bilamana beliau menjerit kepada askarnya yang bunyinya lebih kurang begini apabila dimelayukan,

" Bangunlah untuk Qiam! Kalau kita kalah esok, engkau pasti penyebabnya kalau kau tak qiam malam ni!"

buku-buku medic tahun 4, minta maaf abah, nisah tak sempat nak baca. dah pinjam buku senior arab tapi tak terselak pula. (anaknya yang result makin jatuh, abahnya yang risau. haih~ apa nak jadi anak2 zaman sekarang ni?)

cuti ini jumpa ramaaaaaaaaaaii sangat manusia yang menarik.
dan kenal perangai menarik ramaaaai sangat akhawat.

dari akak yang ada basic tariqat dalam family, dan akak yang sering diganggu makhluk-makhluk halus, dan adik yang hanya makan lauk pada hari jumaat kerna ingin menundukkan nafsu. dan ramai lagi!

ada bercerita tentang jahiliyah mereka. ada yang selalu lepak group pengkid, ada yang join skinhead, ada yang nampak macam baik tapi hanya Allah yang tahu perangai lamanya. Alhamdulillah, seronok tengok manusia mendapat hidayah Allah dengan cara berbeza. malu kot tengok mereka yang apabila bermujahadah untuk berubah, mereka mujahadah habis-habisan. dengan AIM yang jatuh tinggi melepasi 7 petala langit.

setiap orang ada kisah masing-masing kan?
setiap orang ada cara masing-masing kan?
setiap orang ada personaliti masing-masing kan?

tak perlu paksa orang suka apa kita suka.
tak perlu paksa orang ikut cara kita buat.
islam bukan mengongkong hidup, islam memberi guide bagaimana cara hidup yang sebenar.
maka personaliti diri yang tidak melanggar hukum-hukum islam, tak perlu pun untuk diselaraskan.

tutup aurat itu perlu tetapi tak semestinya dengan berjubah atau ber-T-shirt labuh sahaja.
raikan perbezaan, satukan titik pertemuan. jazakumullahu khairul jazaa' kepada semua,especially akhawat yang tinggal sekali di anfaal. antunna banyak ajar kami.

anisah shamilah is anisah shamilah dan syahidah is syahidah.
anisah yang suka sami yusuf-healing, syahidah yang suka maher zain-the chosen one.
ustazah or budak nakal, let us be the judge for who we are~
siapa kata tak boleh jadi 2-2 kan? =P

kami rasa kami banyak pengaruh orang jadi budak nakal dan buli-buli orang cuti ni. ampun!!
esp faryanna farahim yang setiap patah katanya akan dijadikan modal bulian. sorry sis!
it's the way i show my love,can't u see it ? =P hehehe ..haruslah~

ini favourite kami cuti summer ni.
*amr khaled-khawater the series.
*baba ali- half our deen.
*sami yusuf .
*maher zain.
*battle of ramadhan.
*sejarah islam nusantara- Dr Hafidzi mat noor.
*never say never- Justin bieber
*not afraid to stand alone - native deen
*reflection-mulan
*nouman ali khan
*boona mohamed - poems especially where's the fear n for the love.

buku banyak tapi tak abis2.

Raya datang lagi!!

Open HoUsE sampai tak larat~

Along's family..
*Ahmad Jameel*
*Fara Waheeda*
Kauthar Nasreen
Muaz Ziyad
Ilham Nadeen
Hasan Fahree

Angah's family
*Ahmad Kamil*
*Wan Munirah*
Nur'aina Nadhirah
Nurdina Amirah
Nuraimi Insyirah
Tariq Muayyad

huhu~
smartlah tengok muka chomel + otai + nakal dia.
don't mess up with me, keyh?
-little aimi =D

Missing In Action :
1)Mak + Abah
2)Alils' family
3) Suwai's family
4) orang belum ada family ;D = kak eshah, abang dan ipah!
uit, nak gambar!!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!
MINTA MAAF ZAHIR BATIN!!
DUIT RAYA TUNGGAKAN EK TAHUN DEPAN, SIMPAN TAU! TAKPON MINTAK ABAH AKAUN HSBC~

takbir raya-lambat-

tak perasan pula apa maksud takbir raya yang semangat dilaungkan.
(ops..kenapa takbir raya nadanya syahdu di malaysia?
hurm, agak kurang sesuai dengan maksudnya...)

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Ilah melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan segala puji hanya layak bagi Allah
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang
Tiada Ilah melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia
Kami ikhlas mengikuti Deen
Sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir

Tiada Ilah melainkan Allah Yang Esa
Yang Menepati janjiNya
Yang Menolong hambaNya
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Ilah melainkan Allah dan Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah!

jazakillah kak halwahati!

Fantasi Vs RealiTi

senangnya bermain dengan emosi.
mudahnya dihanyut dalam fantasi.

semuanya membuai-buai.
setiap detik membelai-belai.
memanggil dengan bisikan penuh manja.
ouh, manisnya~

tenggelam dalam dunia rekaan sendiri.
merasakan dirinya watak utama dalam dunia.
meletakkan dirinya di tempat-tempat paling mengkhayalkan.
paling menterujakan.

sehingga terlupa, mana fantasi, mana realiti.
mana dunia nyata, mana dunia mimpi.

pedulikan yang lain!
asalkan aku bahagia~
Hakuna matata!!

tanpa dia sedar, bahagianya hanya angan-angannya sendiri.
pijak dunia nyata, supaya tidak lena diulit "awan sembilan."
tak mahukan, sudah "pejam" baru akal "celik"?

***********************************************************************
marathon calling2..
along + kak fara
suwai + kak intan
angah + kak wan

aritu...
abah + mak
alil + kak fiza
abang + kak eshah + ipah

tahun depan semua kumpul muar ek! senang nak kumpul tunggakan duit raya =P

random~

cucu berjalan dengan atok dan kawan mereka, si pelakon.

cucu berkata, " best gile jam swatch! nak kawen dengan towkey swatch la. nanti setiap keluaran baru,dia boleh tunjuk kat kita dulu buat koleksi." sambil tersenyum riang.

satu ketika, atok pula berkata, "bestnya buah peach! nak kawen dengan towkey ladang peachla camni!"

cucu berkata, "camni2, kita kawen dengan orang kaya , semua benda boleh dapat!" =D

hurm.dengan semua orang nak kawen..
mereka terpikir..apa kata kita tukar,

"nak usaha masuk syurga lah! kat syurga semua benda pon boleh dapat."

***************************************************************

Saya rasa sesiapa yang sedang ketagih dengan nikmat dunia, patut baca cerita Uwais al-qarni.
serius sangat sedih. lagi-lagi bilamana beliau mematahkan giginya dengan batu apabila mendengar rasulullah patah gigi di perang uhud. Sayangnya beliau pada rasul Allah, sehingga ingin berkongsi kesakitan baginda. Sedangkan beliau tidak pernah berkesempatan bertemu baginda kerana tidak cukup bekal dan tanggungjawab menjaga ibunya yang sudah tua.

*****************************************************************

Kadang-kadang kita rasa kita buat sesuatu kerana dakwah.tetapi benarkah itu sebabnya?
Atau kita menggunakan alasan "kerana dakwah" untuk menyedapkan hati kita membuat sesuatu yang kita mahu, sedangkan dakwah tak perlukannya?

****************************************************************


SIN-02 (puteri gunung ledang)

Puteri Gunung Ledang...karya Tun Sri Lanang.

bukan cerita khayalan. bukan juga cerita dongengan. bukan juga mitos-mitos picisan.
ianya pengajaran penuh hikmah. teguran berbunga tetapi penuh kesantunan dalam sindiran.
teguran sang rakyat kepada pemerintahnya. agar sentiasa adil dan saksama memikul tanggungjawab.

permintaan sang puteri kepada pemerintahnya.

7 DULANG HATI NYAMUK
- sedangkan 7 dulang nyamuk sukar dicari, apatah lagi 7 dulang HATI nyamuk.
= ia melambangkan ramainya hati-ahti rakyat yang menderita kerana pemerintah memerintah untuk kepuasan diri-sendiri.

JAMBATAN EMAS DARI ISTANA SULTAN HINGGA KE PUNCAK GUNUNG LEDANG.
- berapa banyak agaknya duit yang terpaksa dibazirkan untuk membuat jambatan EMAS dan PERAK merentas tempat yang sebegitu jauh!
= pemerintah, jangan sampai harta rakyat semua digunakan untuk kepuasan dan nafsu sendiri. peganglah amanah rakyat.

7 TEMPAYAN AIR MATA PERAWAN
= air mata anak-anak gadis dan isteri-isteri orang yang berendam air mata kerana dipaksa menjadi isteri atau gundik pemerintah.

semua syarat diterima sultan dengan suka hati. tetapi bila sampai ke syarat :

SEMANGKUK DARAH RAJA !
-huh! mana mungkin raja mengorbankan darahnya sendiri!
(sedangkan logik akal, takkan mati pun kalau semangkuk darah, macam derma darah je. )
= pemerintah, jangan sampai begini. bersedialah untuk menitiskan darah sehingga ke titisan terakhir demi kepentingan agama dan rakyat!

malangnya, kisah-kisah penuh pengajaran, teguran untuk sang pemerintah, kini hanya digunakan untuk memuaskan selera manusia-manusia zaman kini tanpa diambil pengajaran darinya.

ain pesan jaga hati. semua pesan jaga hati.
sayang orang supaya dapat rahmah dan syafaat dari Allah..
jazakillah ukhti. =)

p/s : how i miss my day, lepak2 layan mp3 and books dekat depan air terjun food court @ sogo, kL~

stop!!!!


Penatkan hidup.
Penatkan buat sesuatu untuk puaskan hati orang lain.
Penatkan mengawal diri dari memberontak.
Penatkan bila apa yang kita fikir dan pegang lain dengan orang lain.
Penatkan jaga hati.
Penatkan jaga iman.
Penatkan kejar-kejar, tapi tak dapat.
Penatkan tunggu-tunggu, tak menjelma.

Rasa nak suruh orang diam.
tapi tak siapa pun yang bising.

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...
kamu kata kamu ingin jadi pejuang Allah, but hey, action does speak louder than word.






seronoknya....tapi bukan ini sahajakan sunnah rasulullah..
bagaimana dengan jihad? sangat kecil dan hina bila baca raheeq makhtum, bagaimana mereka luka-luka, ditusuk berpuluh-puluh tusukan, hilang kaki tangan dan anggota-anggota lain. jangan hanya terbayang mereka perfect physically etc.

Allah....