Salwa ^.^

salwa, 9 years old girl whom you can see wandering around syarie' qasr el-ainy.
She usually asks people for money, or sometimes just having fun teasing people nearby.

********************************************

actually, beberapa ketika yang lepas, saya "geram" dengan dia. sebab suka tarik-tarik baju.
rasa macam beban sangat kalau nampak dia or kawan-kawan dia. geram, menyampah.

tak reti hormat orang.
kecik-kecik dah pandai minta sedekah, besar-besar nak jadi apa?
kenapa ramai sangat budak kecik minta sedekah ni?sindiket pe?
etc...etc..etc...
all the negative thoughts just pop-up inside my brain.

******************************************

satu hari, berjalan dengan seorang akhawat. borak-borak.
setiap kali dia nampak orang minta sedekah, dia akan bagi.
saya tak usha pun la berapa, but mengenali dia selama ini, saya tak rasa 50 sen standard dia.
lama kami berjalan hari itu, hampir 6-8 orang yang meminta, dan kesemuanya dia sumbangkan wang.
even kepada makcik tua yang hanya duduk tidur di tepi jalan itu.

******************************************

kejadian itu buat saya berfikir lama,
"aku dahla jarang-jarang nak bagi duit, nak rasa kesian pun tak boleh ke?"
"kau rasa, dia nak ke dilahirkan jadi anak jalanan?"
"kau rasa siapa lagi tabah hidup, kau atau dia?"
"kau hari-hari peruntukkan macam-macam untuk diri kau, sedangkan untuk orang yang minta, dari 4-5 orang, takkan sikit pon kau tak boleh bagi?"

dushhh..dushhh...dushhh...

******************************************

selepas itu, mula berkawan dengan salwa.ta'aruf.
sembang-sembang dan buli-buli baca alquran.
kadang belanja salwa. kadang sembang-sembang sahaja.
kadang sengaja merajuk atau buat salwa bengang =D

*****************************************

satu hari salwa pukul seorang budak perempuan yang nak ke sekolah,

"kenapa kau pukul dia?"

salwa diam, muka taknak mengaku salah.
terus meminta coklat atau duit.
ku ulang-ulang soalan, dia terus senyap.

"ana za3lanah minki." (aku merajuk dengan kau.)

lalu ditarik tanganku, minta coklat dahulu sebelum aku beredar.
berjalan-jalan lagi dengannya sambil dia menarik tanganku.

"hoi, lepaskan tangan dia..."
"cik, kau pukul jer budak ni!"
"kau pukul jer dia, dia ni memang macam tu"
"hoi, jangan kacau dialah!" kata seorang pakcik sambil menggenggam tangan salwa dan menyuruhku pergi.

salwa segera membela dirinya, "dia kawan aku lah!!"
lalu buat muka bangga bila aku mengiakan.
lawakla budak sorang ni. =D

serius sayu bila semua orang suruh pukul salwa.~

*************************************

"salwa, kenapa kau tak pergi sekolah?"

"mak aku yang keluarkan aku dari sekolah."

"ayah kau tak kerja?"

"ayah aku sakit. dia buat pembedahan sekali, dan akan buat lgi. masalah pada jantungnya"

ohhh...

************************************

banyak lagi cerita...

apa nak cakap sebenarnya?

1-kadang kita pandang remeh sangat pada orang lain. sedangkan kita tak tahu mungkin tempat dia di syurga Allah telah lama tersedia. sedangkan ramai di kalangan para sahabat dahulu dari kalangan hamba dan orang miskin.

2-tiada siapa tahu apa yang Allah aturkan dalam kehidupan dia. jangan marah si miskin peminta sedekah, kerana dia tak pernah minta untuk dijadikan seorang peminta sedekah.

3-bahagia. betapa subhanallah , masyaAllah, bahagia itu bukan barang belian guna duit atau harta. kalau tak, tiada si miskin yang merasa bahagia. malah syukur dan redha itu kunci bahagia. adilnya Allah meletakkan nilai bahagia itu pada jiwa yang dekat pada-NYA.

4- salwa. aku melihatnya seorang budak yang tabah, jati dirinya kukuh.
kerana jika aku, aku tak mampu hidup jika setiap hari dipukul, diherdik begitu.
kerna jika aku, aku tak tahu mampukah aku bergurau seperti dia.
kerna jika aku, aku tak rasa aku mampu menahan diri dari mencuri.
kerna jika aku, aku tak tahu apa jadinya aku menahan pedih ayahku sakit di ambang maut seawal usiaku begitu.

kerna jika aku di tempatnya, aku tak tahu, mampukah aku menghias wajah dengan senyuman seindah senyuman di wajahnya.



teringat cerita seorang ukht tentang ukht yang lain,

mafhumnya,
"dia carik pasal jugak ngan kita, padahal bukannya kita tak bagi dia duit.kita bagi kottt."

haha~ mungkin kalau aku, aku akan sama bengang..tapi bila fikir semula, hurm.. =)

sayang,
1- dia budak 9 tahun. biasalah kalau budak-budak itu nakal.
2- awak bagi duit sedikit tuh awak dah rasa dia patut jadi baik ngan awak. kalau ALLAH buat camtu kat kita, tak ke awal-awal dulu kita dah mati sebab Allah tarik segala nikmat?
3- bukankah dia sedah bagi peluang awak dapat pahala sedekah dan sabar?
4- jangan anggap orang perlu balas apa yang kita bagi.kita kata kita ikhlas kan?

*mode rindu nak gaduh ngan salwa*oh ye, salwa kawan baik chep sebelum saya kawan dengan dia lagi* ^.^

1 comment:

zikri said...

hari tu,,diberi coklat dy x mahu..
ooo salwa..