khamis :
kenapa ada bintik-bintik merah kat muka ni?sebab musim panas kot.
jalan-jalan kat sekolah,
"ein, mata kita gatalla. tolong tengokkan, ada apa-apa tak?rasa macam kena gigit semutla. "
malam : pah, rasa-rasa macam ada vesicles je. macam makin banyaaaak je.ntah-ntah.....
tanya Dr Google....demam, tak sihat, then timbul vesicle.
erm...
TAHNIAH!! AWAK DAPAT CHICKENPOX! ;)
"akak ni pelikla, pompuan biasanya risau tinggal parut, tapi akak lak risau gatal badan"
=D
Subhanallah...
Allah bagi peluang gugurkan dosa.
Allah bagi cuti. mungkin saya perlukan rehat.
atau mungkin ada orang lain yang perlukan rehat daripada keberadaan saya di uni. haha~
Alhamdulillah.
walaupun katil dan bantal jadi teman baik, tapi Allah anugerahkan rasa bahagia dalam hati.
sentiasa terfikir ibu-ibu yang bersalin dengan sangat horror sakit.apalah sangat sakit saya.
bila terfikir ada orang yang lebih sakit, ada orang yang nampak sihat, tapi dalaman sakit, ada orang yang chronic diseases, saya rasa penyakit saya gedik-gedik sahaja. =D
Allahu Akbar!
saya akui, saya gedik, cepat lemah bila sakit.
jarang-jarang jatuh sakit, tapi bila sekali sakit, konon longlai. (tanyalah nurse saya 5 hari pertama bagaimana)
pandai lak tuh, jatuh sakit biasanya masa-masa nak dekat exam.
lalu kali ini cuba strategi lain.
teringat kata-kata Dr Har, minta banyak orang doakan kita. beritahu mereka.
haha~
lalu penuh fesbuk-fesbuk dengan permintaan doa.
malah tak terkecuali fesbuk ustaz mahmoud. (my bestest ustaz arab merangkap rakan gaduh mulut saya)
dengan satu misi, supaya lebih ramai orang (yang doanya jauh lebih mustajab) yang doakan saya.
^.^
seronok lak rasa.
Alhamdulillah. walaupun saya serius jeles dengan mereka yang buat macam-macam semasa cuti, tapi Allah bagi hadiah macam-macam.
akhirnya, ada masa untuk perbaharui target hidup.
ada masa koreksi dan muhasabah diri.
ada masa siapkan kerja yang saya hutang dengan aimi J.
ada masa to keep in touch dengan abang-abang saya.
(ok, tak semua abang pon.)
ada masa layan budak kecik yang nakal dan pelik =P
ada internet hebat!!! boleh dengar nouman ali khan banyak-banyak!
ada masa baca buku-buku-buku-buku yang best dalam rumah ni!
dah berhabuk dah library ayyash. baru perasan banyak buku best di situ.
walaupun cuti ini banyak naik turun nya, tapi saya sangat bersyukur.
pipah said,
"this is anisah shamilah that i once knew. welcome back sis!"
haha~ Alhamdulillah..
kalau kita tak jumpa damage, kita takkan tahu kite kena repair and recover.
kalau Allah tak tunjukkan kelemahan kita, maka kelemahan itu akan kekal di situ, bila Allah sedarkan yang kita lemah, maka di situ Allah tunjukkan ruang perbaiki diri.
We are full of inner deficiencies and weak foundations. But how are they exposed? They are exposed through a break. Through certain breaks, we become aware of particular deficiencies in our inner foundation. We become aware of deficiencies that we would otherwise not be able to see. And as a result of the break, the heart can be rebuilt stronger. Allahu akbar!
awak, saya tak tahu la awak baca tak blog ni.
cuma saya nak cakap, terima kasih. awak ajar saya macam-macam. directly or indirectly.
minta maaf atas segalanya. paling penting, saya belajar yang saya perlu hadapi masalah, bukan simpan dan lupakan. dan saya belum cukup matang dalam buat keputusan.
saya belajar, saya boleh buat pilihan. saya boleh cakap ya atau tidak. saya belajar bahawa ini hidup saya, dan saya tak patut cari orang atau sebab untuk disalahkan atas apa yang berlaku dalam hidup saya.
hidup saya, keputusan saya, atas hidayah dari Allah dan tawakal saya pada DIA. dan saya yang akan tanggung segalanya. saya yang akan TANGGUNG dan JAWAB semuanya di hadapan DIA. orang boleh cakap apa mereka suka, namun , orang tak boleh tolong saya nak jawab apa depan Tuhan saya.
apa-apapun, terima kasih awak,
dan paling penting, terima kasih Allah. ^.^
budaknakal yg nak jadi matang.
anisah shamilah.
chicken pox dan cuti ^.^
1 comment:
salam anisah shamilah,
alhamdulillah ana terasa nak baca blog nti
(lama dah tak baca hehe~still sedih),
seriusly syukran bagi peluang kepada ana,
ana pun minta maaf atas segalanya,
semoga Allah pandukan kita dunia dan akhirat.
Letakkan tawakal kita kepada Allah.
Mungkin belum masanya lagi (hikam ke 6 ibnu Ataillah)
Jika ada rezeki, kita akan berjumpa lagi~hopefully only on HIM=)
Salam
Post a Comment