Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

"work in progress"


12.30 malam, 2009 
satu kediaman di benua eropah.

"ok.siapa nak cerita dulu keadaan diri dia minggu ni?"  sayup-sayup suara kecil itu kedengaran. mukanya ceria menghadap skrin laptop. meskipun kini sudah hampir 4 jam berlalu.



4359 km dari tempat tersebut.

beberapa orang pemudi berpandangan sesama sendiri.
wajah-wajah ceria mereka diselubungi ketepuan dan kepenatan.

"awaklah cerita dulu. kita dah cerita minggu lepas." tersengih melihat usrahmatenya. ithar katanya.

seorang demi seorang bercerita.
kadang tergelak ketawa.
kadang berkongsi duka lara.

ada yang seronok meluahkan segalanya.
ada juga yang malu-malu kucing, malu tapi mahu.
tak kurang juga yang pabila tiba saat itu, dirinya sudah hanyut ke alam mimpi.


meskipun tiada hadiah menarik daripada naqibah.
atau makanan sedap-sedap dihidang setiap kali usrah.
dan jarang sekali nak dapat sms "sweet-sweet" atau sms bertanya khabar.

tapi kerinduan itu sentiasa memuncak. ingatan sentiasa terpatri. dan masa usrah itu, adalah masa paling menggembirakan untuk minggu itu.

tiada siapa yang tahu dari mana datang perasaan indah itu.
mudah saja kata sang naqibah,

"LOVE IS MAGIC.
BECAUSE IT COMES FROM ALLAH."
=)


100% setuju.
dan akal , terlalu cetek untuk memahami perihal hati.

kisah hampir 4 tahun dahulu.
di situ segalanya bermula bagiku. (mereka yang lain lebih awal)
di situ kami merangkak berkenalan dengan erti dakwah dan tarbiyah.
dan di situ juga, secara tidak langsung, 
hati kami berikrar untuk setia bersama tarbiyah.


2 Jun 2012

sudah 4 orang bertanya dan memberi hint,

"akak, bila nak buat usrah?"

terpana.biar betul dorang ni. tersalah sangka rupanya. ingatkan semua nak minta stop usrah untuk memberi laluan kepada exam final.

muhasabah. benar-benar muhasabah.

di suatu tempat di atas bumi, mereka sedang sibuk berprogram. mengisi jiwa-jiwa yang memerlukan panduan dan pantauan.

di suatu kawasan lain, sang naqibah sedang bermukim di hospital. tekun menjaga anak usrahnya yang di ambil sebentar nikmat kesihatannya. perilakunya tak ubah persis risau dan sayangnya seorang ibu melihat anaknya terlantar ketika peperiksaan semakin menghampiri.

belum dilihat si dia yang telefonnya berdering seawal lepas subuh sehingga lewat malam. ada sahaja kerjanya. ada sahaja orang memerlukan pertolongan dan panduan darinya.

di satu sudut meja study pula, si dia yang sedang struggle membaca buku. bertimbun buku-buku medic di hadapannya. tekun dan cukup fokus. tahu dia tidak boleh bermain-main kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.

PRIORITI dan FOKUS.


waktu belajar, belajar sungguh-sungguh.
waktu berusrah,berdaurah sediakan hati dan akal yang benar-benar bersedia.
waktu bersama keluarga, maka pastikan mereka rasa kehadiran kita.
waktu bersenam, basah-lencunkan diri dengan peluh.
waktu berukhuwah, maka berukhuwahlah sehingga tiada jarak antara hati-hati kita.

setiap seseorang dan sesuatu punya hak. dan akan meminta hak mereka ditunaikan.
dan untuk melaksanakan setiap satu itu perlukan mujahadah berterusan. T__T

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan.

Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan." 
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), 

tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

(94  :  5-8)


panjangkan angan-anganmu, 
setelah kau panjangkan langkahmu.




p/s : perkara yang kita jarang tak bersungguh, makan, main, tengok movie dan tidur. =D  /  -.-"

siapa tokoh itu?

"ok, sekarang semua  duduk dalam group. ceritakan kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. dan setiap ahli kumpulan kena sama-sama fikir siapa tokoh-tokoh, para sahabat atau orang berjaya yang ada ciri-ciri macam dia..TOKOH yang ciri-cirinya sama BUKAN yang menjadi idola."

=D

setelah setengah jam, aku berjumpa dengan ramai personaliti persis tokoh agung zaman dahulu.

si dia yang sangat meminati muzik persis al-farabi.
si dia yang sangat berketokohan menjadi pemimpin persis ratu balqis.
si dia yang kata-katanya memukau dan banyak berkorban demi islam seperti mus'ab bin umair.
si dia yang tegas dalam kelembutan persis abu bakar as-siddique.
si dia yang very informative persis khabbab bin munzir.

siti hajar. abu ubaidah al-jarrah. ali bin abi talib. imam syafie. ibn umar abdul aziz. abdurrahman bin auf.

ramai lagi. satu nama disebut, terpancar kehebatan dan kegemilangan seorang tokoh.

lalu mereka berfikir mengambil ibrah.

"kita selalu melihat tokoh-tokoh ini sebgai orang yang hebat, jauh untuk dicapai.bagai langit dan bumi. sedangkan kalau kita berjumpa mereka, saya yakin mereka juga seperti manusia biasa. manusia biasa yang memaksimakan potensi  diri. maka, tak mustahil untuk kita jadi hebat seperti mereka."

"dalam kita beramal jamaie, bekerja dalam kumpulan, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.dan itu yang membentuk keunikan dan saling melengkapi. jangan merasakan kita lebih hebat kerana setiap orang ada kehebatan dan kelemahan. yang penting kita fokus pada kelebihan dan saling top-up2 sesama kita."

"kita selalu mengagung-agungkan tokoh barat. Donald Trump. Stephen Covey dan ramai lagi. sedang tersingkap dalam sejarah tokoh-tokoh islam yang ulung dan jauh lagi hebat dari nama-nama tokoh barat. kurangnya ilmu kita tentang mereka menyebabkan kita lebih bangga dengan barat dan lebih suka meng"quote" kata-kata mereka.so, jom kenali tokoh islam kita.dan jangan takut untuk kita sendiri maju ke hadapan. jangan matikan bakat dan kelebihan yang Allah berikan kepada kita."

"ramai manusia sedar dan redha dengan kelemahan diri. tetapi sangat sukar menerima diri punyai kelebihan dan potensi. admit it and expand it. kerana atas setiap kelebihan yang Allah bagi, akan ditanya kelak, apa yang telah kita gunakan. kita maksimakan tak nikmat tersebut?"

the superheroes.
kalaulah berpeluang jumpa dengan "superheroes islam" mesti perasaannya sangat tak tergambar.
sobs33..  ingin sekali berada di situ.
p/s:
rasanya dah banyak kali sangat jadi AJK games, pastu tak dapat main. ='(
haha~ tapi seronok tengok orang bahagia bermain. =D

erm, rasa-rasa siapa tokoh yang ciri-ciri saya persis dia ek? don't have any clue.

***********************************************************

2)

Fasa Pertama pilihanraya Presiden

Calon FJP (Dr Muhammad Mursi) berada di kedudukan pertama dan diikuti Ahmad Syafiq. Kedua-dua calon ini akan memasuki Fasa Kedua Pilihanraya Presiden Mesir pada bulan Jun ini.

Jumlah undian :

Dr Muhammad Mursi :
5, 693, 982 (Dalam Negara)
107,924 (Luar Negara)

Ahmad Syafiq :
5, 490, 943 (Dalam Negara)
24, 542 (Luar Negara)

Dr Abdul Mun'im Abul Futuh dan Dr Hazim Solah Abu Ismail (bekas calon presiden yang telah digugurkan) telah pun mengeluarkan kenyataan sokongan mereka terhadap Dr Muhammad Mursi di fasa kedua ini.

#Semoga Allah mengatur yang terbaik!
Ayuh tembakkan doa-doa kalian!


random~

impikanlah!

1)  pernah dengar kisah rasulullah s.a.w dan suraqah bin malik?
bagaimana baginda yang ketika itu berstatus " PELARIAN " berjanji untuk menyerahkan gelang milik raja parsi (antara 2 kuasa terbesar ketika itu ) kepada suraqah bin malik?

2) kisah perang khandak? bagaimana kejatuhan rom dan parsi itu jelas di mata baginda sedangkan mereka sedang dalam situasi getir menghadapi "pakatan masyarakat arab" yang bersungguh ingin menjatuhkan islam?

3) kisah popular tentang saidina umar r.a. mengimpikan rijal-rijal yang menjadi aset buat ummah?

4) bukankah jika berdoa meminta syurga, kita diseru memohon syurga tertinggi?

jadi apa yang membuatkan kita takut untuk berharap?
takut untuk mengimpikan sesuatu? takut untuk berusaha ke arah sesuatu yang kita impikan?
ketakutan manusia kebiasaannya membunuh kapasiti dan kapabiliti dirinya.
dia gagal sebelum cuba melangkah.dan dia takkan pernah tahu, sejauh mana dia mampu ke hadapan.


tawakal.

1) pernah dengar tawakalnya nabi ibrahim a.s ketika meninggalkan siti hajar dan ismail di padang pasir tandus, yang malamnya gelap-gelita, siangnya panas membara?

2) bagaimana tawakalnya siti hajar menjaga dan mendidik nabi ismail seorang diri di tengah keterikan padang pasir.

3) bagaimana tawakalnya nabi ismail apabila pisau diletakkan di lehernya oleh ayahanda tercinta yang dahulunya meninggalkan beliau dan si ibu.

4) tawakalnya ibu nabi musa .a.s menghanyutkan si bayi kecil ke dalam sungai, yang kemungkinan matinya si bayi lebih tinggi dari kemungkinan untuk terus hidup.

siapakah lagi yang lebih layak dan lebih patut untuk kita jadikan wakil, letakkan sepenuh kepercayaan, menajdi "attorney" kita, selain DIA, yang menggelarkan diri-NYA, Al-Wakeel dan Al-Wali.

kalau hidupmu kerana Allah, ikhlas, maka tiada dunia tidak akan membuatkan dirimu TERLALU gembira atau TERLALU sedih.

- jangan biarkan masa kelammu dahulu menghitamkan masa depanmu-
- jahiliyyahmu merupakan sebab kukuh, mengapa kau perlu berusaha lebih untuk menjadi lebih baik berbanding orang lain -
- gelap itu mengajarmu menghargai cahaya yang gilang-gemilang. maka pilihlah untuk terus hidup di dalam cahaya. biarlah kegelapan itu ditelan waktu.-


-random-

terasa lelah menempuh jalanan beronak duri,
terkadang sesat tanpa haluan,

sehingga punca hilang di mata,
kuturutkan jua hati yang buta.

kupasarahkan padaMU tuhan ,
segala yang kan berlaku,
kerana engkaulah penentu segala,

menciptakan dunia penuh pancaroba
tak terdaya rasanya kakiku melangkah.

kau pimpinlah langkahku Tuhan,
agar tidak kukesesatan
dari jalan syurga-MU yang ku idamkan......

bebas~
apa yang mengongkong sebenarnya?
apa yang sebenarnya memenjara?
kenapa saya bahagia melihat burung terbang bebas di langit?
buih-buih yang terbang melayang?
air sungai yang mengalir deras?

lately terlalu banyak bercerita remeh-temeh tentang perihal diri~
not good.