sungguh, cintaku jatuh pada air yang sentiasa ihsan mengalir kerana titah perintah Tuhannya.
Sungai Nil.
duduk-duduk lagi.
kali ini bersama 11 manusia lain yang Allah sengajakan untuk aku bersama mereka.
=)
soalan ditanya bertubi-tubi.
buli kakak berdua yang datang dari negara "orang putih".
"dalam hidup ini, kita akan melalui pelbagai fatrah.
fatrah ramai-ramai, fatrah kita sorang-sorang.
fatrah kita miskin, fatrah kita kaya.
fatrah kita senang, fatrah kita susah.
selama +/- 60 tahun hidup manusia, fatrah tersebut akan dilaluinya.
cuma terkadang satu fatrah itu lebih dominant daripada fatrah yang lain.
maka, dalam keadaan apa pun, jadikan Allah sumber kekuatan kita.
kalau kita ambil selain Allah, bila ia hilang dan tiada, maka kita akan tersentak dengan horror gila."
"ittaqillah haithuma kunta"
bertaqwalah kepada Allah, di mana pon kamu berada.
angin sejuk yang menyegarkan. hilang perasaan mengantuk.
"ambil setiap peluang untuk jadi manusia yang bermanfaat.
jangan kecilkan skop bermanfaat kepada orang. jangan kecilkan kepada skop dakwah semata.
pakcik makcik share, manusia yang diangkat Allah darjatnya untuk syahid ketika mavi marmara, bukanlah mereka yang busy meeting dan merancang,
tetapi mereka adalah orang yang tolong buatkan air masa meeting, tolong sapu deck.
yang manusia tak nampak dan kurang menghargai amal mereka ini, tetapi Allah angkat darjat mereka.
maka, sentiasa cari peluang untuk memberi manfaat kepada orang. kerana kita tak tahu, amalan kita yang mana yang Allah terima. kadang kita nampak amal kita besar, sedangkan nilainya kecil di sisi Allah. vice versa."
cari hikmah di sebalik aturan Allah. sentiasa bertanya apa pengajaran dan teguran yang Allah ingin aku dapat.
=)
terima kasih akhawat.
terima kasih Nil.
terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment