3,2,1.

duduk sorang-sorang.


orang lain semua sudah pulang.

memastikan setiap masa bermanfaat, memulakan hari yang insyaAllah lebih baik dari semalam.


malam tadi kemengantukan. kecewa.

sayup-sayup mendengar pengisian. kadang dapat, kadang terlena.


ada seorang murid kepada tabi'en.

dia ditanya oleh gurunya,


"sudah 30 tahun engkau belajar denganku.apa yang kau peroleh?"


anak murid itu menyimpulkan kepada 8 perkara. (i wish that i remember all those 8 things)


hanya satu yang benar2 menyentak.


1- setiap orang ada benda / manusia yang dia sayang. dan kesayangannya itu pasti akan meninggalkan dia.sama ada ketika dia masih di dunia, atau ketika dia di dalam kubur. yang akan tinggal bersamanya hanyalah amal kebaikannya.maka aku mengambil amal kebaikan sebagai perkara yang paling kucintai.


^.^


doesn't matter how much you love him / her, at the end, she or he will leaves you, vice versa.


sayang mana kita kat orang, dalam kubur kita tetap seorang.


yang akan jawab soalan ni, kita sorang-sorang.


siapa tuhanmu?

apa agamamu?

siapa yang diutuskan kepadamu?


sama ada kita berjaya jawab atau hanya


"aku tidak tahu"


semuanya bergantung pada kepercayaan dan amalan kita.


3soalan bocor.3 jawapan mudah.

tetapi jawapan tidak boleh dihafal


jawapannya perlu diimani dan dipraktik.


*****


2 pintu dibuka.

syurga dan neraka.


"inilah neraka tempat kau akan dicampak jika kau kufur.dan ini pula syurga, tempat kembalimu kerana kau beriman"


ya Allah, percepatkanlah hari pembalasan itu.


kata sang mukmin.


vice versa. terbalik kisahnya bagi sang kufur.


penyesalan adalah satu penyiksaan.

kadang kita lebih rela tubuh kita diseksa, dari perasaan kita terseksa.


itu baru permulaan.


****


3soalan.

2pintu.

seorang diri.


ramai mana pun kawan kita sekarang, dalam kubur kita tetap sorang.


jangan merasa cukup dengan berada dalam kelompok yang baik. kerana Allah tak balas amalan ikut kelompok, Allah hitung amalan setiap orang sendiri.


duduk sorang-sorang, anfaal, syarie ismail sirry, muniera-


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments: