point2 muhasabah diri sendiri, dan peringatan buat yang lain.
Sesiapa yang tidak memberi apa-apa pengajaran kepada kamu bila engkau melihatnya, ketahuilah bahawa dia sendiri tidak terdidik.
Sesiapa yang menasihati saudaranya melalui perbuatannya, dia adalah pemberi petunjuk.
Apabila seseorang lelaki berbicara kepada sesuatu kaum,
maka sesungguhnya bicaranya itu terkesan di hati kaumnya
mengikut kedudukan kata-kata itu dalam hatinya sendiri.
Ssesungguhnya seseoranag alim itu apabila tidak beramal dengan ilmunya,
nasihatnya akan tergelincir dari hati-hati pendengarnya
sebagaimana tergelincirnya titisan embun dari batu yang licin.
Ssesungguhnya ada orang yang wajahnya berser-seri,
memenuhi mata dengan bunga dan kesegaran,
tetapi orang yang celik memandangnya seperti bunga buatan,
hidupnya tidak memberi haruman dan kesegaran.
*********************************************
Setiap individu mempunyai sifat MUHAJIR dan MUJAHID dalam dirinya,
banyak jiwa-jiwa baik yang cenderung BERHIJRAH dari kejahatan,
tetapi tidak mahu berJIHAD.
Ada juga jiwa-jiwa yang KUAT dan cenderung berJIHAD
tetapi tidak mahu BERHIJRAH meninggalkan kejahatan.
Bina diri dengan kekuatan jihad dan hijrah, mereka complementary.
petikan2 dari buku titik tolak...
No comments:
Post a Comment