Alhamdulillah =D


masuk kelas 8.05 pg, maka duduklah di barisan hadapan menyediakan diri untuk belajar.
tiba-tiba Dr Ibrahim datang. maka saya pon berubah tempat duduk belakang sekali.
kenapa? sebab Dr Ibrahim menjawab soalan2 yang di passkan student dan bercakap full arabic dan saya ketiadaan semangat untuk menterjemah hari ini.

berkira-kira di kelas praktikal juga mahu duduk di belakang sekali, baca buku sendiri, memandangkan kelas ni dah ambil sewaktu di group 10 dahulu.

pukul 9, seorang doktor lain masuk. maka saya dan amal berganjak balik ke tempat duduk hadapan untuk mendengar + mentranslate lecture.

Uniknya, Dr bermula dengan tazkirah.
bercerita tentang sahabatnya yang senantiasa mengucapkan Alhamdulillah walau dalam apa jua keadaan.

1st day, dia datang dan menegur semua orang. bila ditanya keadaan dirinya,
"Alhamdulillah, saya ok."

2nd, "a major catastrophy" melanda dia. semua risau.semua bertanya adakah dia ok.
jawapannya,

" Alhamdulillah.(tanpa menyatakan ok atau tidak),
Rodhitu billahi robba ( Aku redha ALLAH adalah tuhan-KU).
Aku hidup dan bernaung di bawah naungan Allah.
dan aku redha dengan setiap ketentuan-NYA."

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

walaupun banyak benda yang kelihatan negatif,
tetapi Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah a'laa kulli hal~
=D

bilamana kita ada masa mengeluh, maka kita belum cukup bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak terbilang banyaknya...

No comments: