adik,
kurenung wajahmu,
mukamu cuba tersenyum, cuba melihatkan dikau gembira,
tapi jauh di sudut hati, ku merasakan kau tidak sebahagia senyumanmu.
jauh di dasar, ada sesuatu yang kau pendamkan,
dengan harapan masalah itu akan terkubur dan kau akan kekal kuat dan tough.
adik,
akakmu bukan ingin menyibuk, sekadar ingin membantu,
ceritalah, semoga bebananmu menjadi lebih ringan,
berkongsilah, supaya akakmu boleh sama-sama muhasabah denganmu.
khabarkanlah, kerna akakku tiada ilmu membaca isi hati.
adik,
jika ada salah akak padamu, akak minta maaf.
jika akak terlalu mengongkong dirimu, beritahu,
jika akak mengabaikanmu, maklumkanlah,
akak sayang padamu...sangat-sangat sayang...cuma terkadang sukar menzahirkan.
adik,
kita belajarkan? syaitan itu suka membisikkan kejahatan2, mewas-waskan kita,
kita renungkan bersama,kan? syaitan itu lemah sebenarnya, dia datang dan pergi,
hanya berani muncul ketika kita goyah, terbang pergi bila kita sentiasa mengingati Allah.
kita hayati kan? bahawasanya, Allah beri kebenaran syaitan hasut kita, tapi Allah beri kita senjata,
hati yang sentiasa dan mahu mengingati Allah, sukar didekati syaitan,
akal yang sentiasa mencari ilmu mendekati Allah, akan waras dalam memilih baik dan mungkar,
jasad pula, akan sepatutnya bertindak mengikut susunan hati dan akal.
maka adik, jangan salahkan syaitan menggodamu, salahkan dirimu kurang mengingati Allah sehingga berjaya digoda syaitan...
adik,
pinta kekuatan dari Allah,
pinta ketenangan dari Allah,
pinta ditunjukkan dan dikekalkan dalam jalan kebenaran menuju Allah..
pinta segala-galanya dari Allah..
kerna DIA, YANG MAHA BERKUASA dan PUNYA SEGALA-GALANYA..
dari,
akak yang sangat2 sayang pada kamu, insyaAllah, biiznillah kerna Allah.
oh ya, adik, jaga akhlak kita ya...adab dan akhlak juga sebahagian dari islam kan?
3 comments:
akak..
terima kasih kerana mengingatkan dan menyayangi adik..
adik juga sayang pada akak..
semoga ukhuwwah kita terjalin keranaNYA, dan terus kekal keranaNYA...
adikmu..
opss..mila ade adik nama amal rupanya.amal,saya pun adik mila!
heee~
jazakillah akk for this curahat!
sgt terkesan
adik amal n adik teha..
huhu~
borang dah ditutup.
korang jadi akak kami la~
Post a Comment