update semasa~

update hari ini atas permintaan chep sebelum kami "berjalan-jalan" mulai malam ini.

kelas arab "nahu" habis hari ini.
sedih. saya tidak dapat hadir sejak semalam atas faktor kesihatan.
hari ini sesi mahar. 3 jam akan diisi dengan pengisian yang kami pinta.
ust telah berjanji untuk menceritakan tafsir surah al-'alaq dan peristiwa kejatuhan turki uthmaniyyah. apakan daya,sudah bukan rezeki saya. mereka mesti sedang seronok mendengar pengisian dari ustaz. =(

kak tom, kak bai dan kak wanie sudah pulang malam tadi setelah hampir 3 minggu ber attachment di sini. maka , sudah tidak kelihatan 3 orang manusia pelik memakai scrub, white coat dan topi besar berwarna putih (elak sunburn) pulang jam 2 petang dari hospital qasr el-ainy. huhu~ mereka sangat sempoi dan sangat banyak pengajaran dapat diambil dari mereka. tidak sempat mengucapkan selamat tinggal lantaran terlantar atas tilam empuk.

lily masih di sini. gigih meneruskan perjuangannya mendalami bahasa arab. sangat kagum dengannya. beberapa hari lepas, lily terkena food poisoning dan kini ia merebak ke syahidah.

semalam berjalan dengan khadijah. kesian melihatnya penat berjalan. tetapi mukanya akan ceria apabila diminta bercerita tentang itu dan ini. bercerita tentang personaliti manusia, tentang perangai manusia, tentang kehidupan, tentang ibu ayah, tentang sejarah. jazakillah dijah, awak banyak bantu akak semalam. nanti kita buat projek sama-sama yer. ;)

syahidah sudah 2-3 hari terlantar. sejak projek di kauthar itu. doakan kesihatan kami.dengar cerita, pergi menaiki bas dan boat agak tough. takut longlai di tengah jalan.

projek "kaji perang" masih tersangkut di perang badar. kenapa semuanya separuh jalan ni?
banyaknya benda perlu dimuhasabah. dengan mutaba'ah yang semakin kendur. bangun mujahidah, dunia memerlukan pemuda dan pemudi yang cergas dan tangkas. bukan si lembik yang sering tenggelam dalam kefuturan.

EM!!!SELAMAT HARI LAHIR!!

No comments: