maafkan


adik, maafkan akak tidak bersamamu dikala sedih.
tidak cuba memahamimu dikala kamu memerlukan.
maafkan akak kerna pentingkan diri.
maafkan akak kurang prihatin perasaanmu.
maafkan..maafkan..maafkan...

awak, maafkan saya kerana menyusahkan,
maafkan saya sebab mementingkan diri,
maafkan saya jika saya terkasar,
maafkan saya jika tidak cuba memahami.

ustaz, maafkan saya tak datang kelas.
maafkan saya malas buat kerja rumah,
maafkan saya suruh ust ulang banyak2 kali,
maafkan.

akak, maafkan saya jika tidak melayan akak baik,
maafkan saya membiarkan akak begitu sahaja,
maafkan saya tidak memberi qudwah yang baik.

dear Allah,
maafkan kami yang mutaba'ahnya semakin menurun,
maafkan kami yang sering melupakan iman, islam, ihsan dan ikhlas.
maafkan kami jika kami riak atau takabbur.
maafkan kami atas kelemahan dan kesilapan serta kelalaian kami.
maafkan kami atas kefuturan kami.

Alhamdulillah a'laa kulli halin, wa'astaghfirullahi a'laa kulli zanbin.
(Segala puji bagi-MU atas semua perkara, Kami memohon ampun dari-MU atas setiap dosa)

jika bukan pada-MU, kepada siapa kami mahu meminta?
jika KAU murka, pada siapa kami ingin meletakkan pengharapan?
tetapi kenapa kami sering leka Ya Allah?

anisah, bertangguhlah. bertangguh lagi, mana tahu kamu masih sempat buat benda itu di dalam kuburan kan?

1 comment:

azharian said...

akk,saya nk minx maaf jugak.maafkn saya ye kak T_T