Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful
Bertemu dengan akhawat yang ingin membuat umrah beberapa hari lagi sangat membuatkan "kejelesan" memuncak dalam hati.
*teringat satu ketika dahulu, seorang budak takjub dan terpegun ketika pertama kali melihat ka'abah yang tersegam indah itu.
*budak yang mengejar abangnya yang sedang berlari-lari anak ketika sa'ie.
*budak yang kehilangan seliparnya di masjidil haram.dan kehilangan kasutnya di airport.
*budak yang seronok menikmati kebab dan berjalan-jalan di waktu malam di pasar bersama abahnya.
*budak yang sibuk memerhatikan orang lain di masjid nabawi lantaran tidak mengerti khutbah yang sedang disampaikan.
*budak yang kehairanan melihat peniaga-peniaga dan pemandu-pemandu yang terus bergegas ke masjdi apabila azan berkumandang.
alangkah sedihnya, budak itu terlalu kecil untuk memahami dan menghayati erti umrah~
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
Kini, Rindu pada tanah itu.
Tanah di mana dibesarkan seorang kekasih agung, selawat dan salam ke atas baginda rasul.
Tanah yang menyaksikan penderitaan dan penyeksaan manusia-manusia yang thabat dengan keislaman mereka.
Tanah tempat tumpahnya darah, kelahiran manusia-manusia agung yang nama mereka hidup sehingga saat ini. dari sekecil-kecil hamba sehingga ke tahap pemimpinnya, nama mereka harum mewangikan sejarah dunia.
Ingin kembali melawat tanah berlakunya perang Badar!
-di mana diajarya erti tawakal dan pengharapan menggunung.
Tanah berlakunya perang Uhud
-di mana kecuaian mendengar titah pemimpin itu membawa kepada kekalahan yang besar.
Gua Hira'
- penguzlahan dan pemeliharaan diri dari masyarakat dunia yang menyesakkan.
-detik diberikan tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul nabi dan mereka yang menggelarkan diri salah seorang dari ummatnya.
tinggikanlah semula kalimah La Ilaha Illa Allah di atas muka bumi ini.
kajilah sejarah-sejarah itu.
ambillah pengajaran-pengajaran itu.
sedutlah sehabisnya semangat-semangat itu.
agar umrah antunna / antum akan melahirkan ruh-ruh baru yang diperlukan generasi manusia tika ini.
selamat pergi dan kembali..insyaAllah doa kami mengiringi pemergian dan kepulangan semua.
**********************************************************************************
Medical Student @ Egypt
di taman belakang bangunan uni, tempat student2 makan, buat study group.
di taman "oxford", ni juga port student2 duduk2.
ni cairo university punya conference center.
ni pakcik tukang kebun yang berjaya dipujuk untuk menjadi model. terbaiklah pakcik!
tasyrih = anatomy
subjek yang agak killer tapi seronok. kat sini lah skill melukis dan mewarna akan digunakan.
subjek ni memang menguji daya ingatan la.
Histology
subjek ni agak sempoi. banyak cerita tentang cell (untuk tahun 1)
banyak deal dengan microscope + color pencil!! bawak LUNA tau!
Physiology
killer subject. dia sebenarnya nak kita FAHAM system badan kita.
sila fahamkan dahulu subjek ni sebelum hafal ye!
Biochemistry
Hurm.. ala-ala kimia sikit.
banyak cerita pasal chemical structures and composition dalam badan.
experiment quite fun. main boiling2 + tukar2 color.
to be continued...
2 comments:
oit,praktis fotografi ka..ces3~~sempat you..@@
hohoho~
sambil menyelam minum air kawan..
kite tggu ya gambar dr bumi seberang laut mesir! ;)
Post a Comment