bermalas-malasan. padah tidur lambat.
tersentak, bangun cepat-cepat,
takut tertinggal train.
hari ini hari yang istimewa. ;)
cuak, berdebar, takut, gementar.
Allah, buka hati-hati mereka.
jangan kau hijabkan hidayah-MU kerana dosa dan kesalahanku.
"assalamualaikum!! wahh, pinknye!!" =D
"bilik operasi je kak terselamat. yang lain semua pink", seronok melihat mereka excited.
"akak, nak namakan rumah ni apa ek?" kitorang dah fikir-fikir tapi tak finalise kan lagi."
huhu~
makan-makan dan sembang-sembang sisters.
"jom, kita start!"
bacaan al-quran dialunkan.
kemudian hadith 40 nawawi dibuka,
dan bersama menghayati kisah hidup abdullah bin mas'ud.
muka-muka yang bercahaya, tersenyum riang.
hati-hati yang sentiasa dahagakan hidayah dan rahmat Allah,
rindukan cinta dan pertemuan dengan DIA
akal yang sering rungsing, bagaimana cara terbaik memberi penghayatan islam kepada orang lain, dengan kapasiti dan kelebihan yang Allah berikan.
muka mula keruh, blank. kepenatan barangkali.huhu~ sudah beberapa jam berlalu tapi mereka masih gigih meneruskan.
"akak, kitorang ok jer lagi! akak sambung je"
=)
adik. bukan akak yang mentarbiyah antunna, tetapi antunna yang mengajar akak.
bukan akak yang membawa usrah, tetapi akak yang sedang diusrahkan.
bukan akak yang cuba mengambil hati antunna, tetapi antunna yang memikat hati akak.
sungguh, mungkin antunna tak perasan, tapi antunna sangat dekat di hati akak.
siapa kata hubungan jarak jauh itu mustahil? tidakkan? malah kadang kejauhan itu yang membuahkan kerinduan dan doa berpanjangan, insyaAllah.
adik, satu ketika dahulu, akak kebuntuan bagaimana mahu memulakan, takut.
mampukah akak memikul amanah untuk membina peribadi-peribadi beraset logam ini?
sedang akak masih seringkali tenggelam timbul?
terima kasih adik. antunna ajar akak dakwah itu milik Allah.
hidayah itu Allah beri kepada sesiapa yang dipilih-NYA.
kita hanya perlu berusaha sehabis baikkan? dan serahkan yang lain kepada DIA.
antunna semakin membesar.
semakin matang.
namun jangan lupa, kita masih di peringkat permulaan. masih bertatih-tatih mengenal erti perjalanan yang panjang ini.
semoga tsabat hingga ke syurga.
=)
jom teruskan kehidupan. ada banyak benda lain perlu dilaksanakan. kan?
-along-angah-achik-alang-uda-ateh-ucu-adik. ke baby? :P
number one for me, maher zain.
jangan lupa kerja rumah.
No comments:
Post a Comment