Experience


Lag phase

Resetting

Max concentration

Giving up

Failure

hehe~ Dr George masuk dan terus menulis perkataan-perkataan ini.

"Do you know what are these?"

Ini adalah tahap konsentrasi dalam kelas. (lebih kurang macam tu la)

ini berdasarkan EXPERIENCE. kata Dr.

=D
contoh?

Lag phase ;

"oh, ok. Dr dah masuk. dah start nak belajar"

Resetting,

semua orang betulkan posisi kerusi, postur badan, menghadap depan.

Max Concentration.

biasanya hanya tahan 30 minit sahaja. paling lama.

Giving Up,

dah start blurr, pandang kawan sebelah. borak-borak.

bila dah sampai tahap Failure,

kita akan cari 1000001 alasan untuk keluar dari kelas .

* pensyarah, pemberi daurah, dan sesiapa yang selalu kena menyampaikan (termasuk naqibah) sila beri perhatian. ;)

(saya rasa macam hidup kita pon lebih kurang je~ cuma duration setiap orang berbeza. dan perjalanan kita dalam Dakwah dan tarbiyah pon begitu. kekentalan diri dan ketabahan hati yang membezakan setiap orang)

**************************************

selang-selang Dr mengajar Goitre, tiba-tiba Dr bercakap tentang profesionalism.

Professionalism : COMMITMENT TO EXCELLENCE

***************************************

Dr cakap lagi, kalau kita buat general examination, kita kena cari berhadaf,
jangan cari semberono.

"U cannot find what U don't search for"

kata Dr.

- sama macam dalam hidup kan? kita boleh je berjalan semberono. jalani rutin hidup yang sama.
namun di akhir hayat nanti, kitalah menyesal sendiri. sebab kita tak tahu pon apa kita dah buat kat dunia. sebab dari awal, kita tak letak target apa kita nak achieve dalam dunia ni. tak prepare pon nak mati macam mana.

hakikatnya , rutin hidup kita dan kawan kita mungkin sama. namun, disebabkan dia melakukan perkara tersebut SEBAB NAK CAPAI MATLAMAT HIDUP DIA, so, last2 RESULT kita lain-lain.

contoh : A ambil kelas al-quran sebab dia nak master alquran dan nak buka tempat pengajian di Malaysia, B ambil sebab ikut A dan sebab semua orang pon ambil.

so, last-last,bila dah khatam atau dapat sanad, A is one step closer to her AIM , tapi B hanya menambah ilmunya (which is totally not wrong) dan akan terus berjalan dan mengikut flow orang sekelilingnya.

dan kalau ada tribulasi dan halangan, A akan stick to her decision, tapi B mungkin akan goyah dan terus stop je. takde driving factor untuk B teruskan.

**************************************

sekali lagi Dr bercerita tentang Rules, kata-kata seorang air force leader bawah Hitler,

"Rules are the guidance of wise man, or the blind obedience of a fool "

Dr menekankan betapa pentingnya kita tahu kenapa kita buat sesuatu.

*************************************

Dr is a politician. tapi tak tahu untuk party mana.
pembawaan dan jati diri yang sangat mantap. kagum.

No comments: