thinking of You


seorang lelaki sedang memanggang kambing. beberapa ketika kemudian,datang seorang lelaki soleh ke arahnya, lalu menangis teresak-esak.

"kenapa kau menangis?adakah kerana lapar? jangan menangis, nanti aku berikan daging ni kepada kau"

"aku menangis bukan sebab lapar.
aku menangis kerana melihat Bani Adam memanggang haiwan ini
di atas api setelah matinya haiwan,
tetapi Bani Adam memasukkan diri mereka ke dalam neraka hidup-hidup"

************************************************************************

2-

seorang budak kecil melihat ibunya sedang memasak. ketika hendak menyalakan api, ibunya memasukkan kayu api yang kecil-kecil. kemudian, barulah kayu api yang besar dimasukkan untuk menyemarakkan lagi nyalaan api.

tiba-tiba si budak kecil menangis

"kenapa kau menangis, wahai anakku?"

"aku melihat engkau memasukkan kayu api kecil dahulu,
kemudian yang besar untuk menyalakan api.
aku takut Allah akan membakar dan mengazab kami, budak-budak kecil dahulu sebelum mengazab orang dewasa."

*******************************************************

3-
seorang lelaki soleh berusaha menghasilkan sebuah pakaian. apabila siap, dia membawanya ke pasar untuk dijual kepada tukang jahit.

"aku akan bayar engkau 10 genih untuk baju ini" , kata tukang jahit.

"mana boleh. aku bersusah-payah , berusaha keras menghasilkan baju ini.
sepatutnya harganya lebih mahal dari ini!"

"cuba kau lihat, di sini jahitannya compang-camping.
potongannya tidak selari. bahunya jatuh di sebelah kanan.
tangan kirinya senteng. bagaimana aku hendak membayar lebih?

tiba-tiba lelaki soleh itu menangis.

"jangan menangis. baiklah! aku akan berikan berapa harga yang kau inginkan!"

"aku menangis bukan kerana mahukan duit. aku menangis kerana mengenangkan nasibku. aku sudah berhempas-pulas menyiapkan baju ini. belajar cara membuatnya.buatnya dengan teliti.
sehingga aku merasakan baju ini sudah cukup sempurna...
namun, bila engkau yang pakar dalam hal ini melihat baju rekaanku,
ternyata terlalu banyak keaiban padanya.

bagaimanakah nantinya aku ingin menghadap Allah sedangkan begitu banyak keaiban yang ada pada diriku?

bagaimana mungkin aku sanggup menghadap-NYA , sedangkan DIA yang paling tahu keaiban dan kekurangan pada diriku?


berfikirlah tentang apa yang terjadi di sekelilingmu.
berfikirlah tentang apa yang Allah tetapkan menimpamu.
berfikirlah tentang, bagaimana kamu ingin menghadap DIA nanti.

semoga buah fikiran kita, menundukkan keegoan hati kita,
semoga buah fikiran kita, menitiskan air mata kerana takutkan DIA,
semoga buah fikiran kita, membantu meninggikan semula martabat agamaNYA,
semoga buah fikiran kita, mahal harganya di sisi Allah ta'ala.

No comments: