Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
kaku untuk menulis. terasa seperti telah hilang keupayaan menulis.
taip dan padam berkali-kali.
Alhamdulillah atas nikmat yang KAU beri ya Allah.
seronok melihat kegembiraan akhawat ber "WINter Gathering" di sana.
gelombangnya terasa sehingga ke malaysia.
ombaknya menghujam lalu membasahkan semula hati-hati yang semakin kekeringan dan kelayuan.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
bahagia berjumpa dengan akhawat yang sedang bercuti "summer". (oz /nz)
walaupun hanya sehari, namun banyak yang diperoleh.
melihat semangat mereka untuk menyebarkan kefahaman islam , menyembuhkan kefasadan dan kerosakan yang semakin melata.
sayunya perasaan apabila melihat kakak-kakak yang akan BFG (back for good) ke malaysia.
mendengar pesanan mereka terhadap adik-adik yang baru mendapat ruh dan semangat.
"futur itu bermula apabila kita mula merajuk. merajuk dengan akhawat atau dengan DnT.
futur itu pasti terjadi, cuma jangan sampai tenggelam dalam kefuturan.
bangkit semula dari futur, cari semula support system, mujahadah untuk kefahaman dan semangat itu semula. "
orang yang tertinggal dari dakwah, bukannya berlaku secara tiba-tiba. prosesnya perlahan-lahan.
mula-mula jauh dari akhawat, kemudian daurah.kemudian sibuk dengan keluarga, sibuk dengan kerjaya.mula berkahwin dan semakin sibuk. kesihatan mengganggu. kewangan menghalang. tekanan pelajaran semakin mendesak. sedikit demi sedikit. sehingga akhirnya tidak sedar, bahawa kita telah ketinggalan jauh....
kemudian syaitan membisik lagi,
"malulah, takkan kau nak kembali balik.nanti apa dorang cakap. kau dah jauh tertinggal. sudahlah, mulakan sahaja hidup barumu. hiduplah sebagai muslim biasa. bukannya kau tinggalkan agama pun."
bisikan demi bisikan. dari depan, belakang, kiri dan kanan. hingga akhirnya kita bagai ular bersalin kulit. tiba-tiba tanpa disedari lahir seorang islam yang lain. yang sudah selesa dengan hidup yang baru.jauh dari DnT. na3uzubillahi man zalik.
terbayang sahabat-sahabat seperjuangan. masa pantas berlalu, sudah hampir tamat sesi pembelajaran di bumi al-banna.........
Alhamdulillah,
bersantai dengan otai DnT, walaupun hanya sejam.sambil-sambil pekena teh di petang hening.
benar-benar membuka mata, dan akal.
isu ummah, isu keluarga, isu tangga kedua dalam maratib amal. isu jemaah. isu personal.
pandang ke hadapan, sambil-sambil tuh, cuba selesaikan masalah yang ada. jangan fokus hanya pada masalah (itu kelemahan orang perfect melancholy -.-").
tidak kisah dengan sesiapa, di mana sahaja, bila-bila masa, yang penting kita yang kena kuat.
sediakan diri menjadi teman kepada seorang pejuang. jika mulanya dia bukan, maka jadikan dia seorang pejuang.
kadang kita hanya cuba menyelesaikan masalah kecil tapi mengorbankan benda yang lebih besar. jangan gopoh dan berfikir untuk jangka masa yang lebih panjang.
Alhamdulillah.
melihat taiko DnT Ikhwanul muslimin.
Subhanallah. kata-katanya mudah namun menyelinap ke seluruh ruang hati.
beliau meniupkan ruh ammar bin yasir, mus'ab bin umair, bilal bin rabah, khadijah binti khuwailid, asma bin abu bakar. dikupasnya sedikit demi sedikit.
peribadi manusia yang bersifat as-sidq pada tuhannya.
Rabbaniyah itu manhaj kehidupan, bukan muhadharah (lecture)
Tarbiyah datang sebelum Jihad.
bina hubungan hati dengan Allah sebelum dengan manusia.
Apa guna punyai bersaff-saff manusia, jika hati manusia itu rosak-rosak belaka?
apa guna punya mata, jika tidak mampu mengalirkan air mata kerana takut pada Allah?
apa guna ada senjata, jika tangan yang memikulnya bukanlah tangan yang sentiasa dilazimi dengan wudhu'?
=)
mihnah sentiasa ada. di mana-mana pon dan untuk sesiapa pun. jangan pernah jadikan alasan untuk diri kita.
Alhamdulillah,
semalam saya adalah seorang pelajar mesir yang bahagia melihat kegembiraan akhawatnya berWinG, gembira berkenalan dengan akhawat OZ dan NZ nya, seronok menyaksikan kakak-kakak yang baru BFG dan sudah lama bersama dengan medan di malaysia, hanyut dalam gelombang pakcik-makcik di dewan UPM sambil mendengar pesanan tokoh besar ikhwanul muslimin.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah, tsabatkan langkah ini.
tetapkan hati ini.
syurga-MU bukan mimpi sia-sia.
No comments:
Post a Comment