macam buat laporan kelas al-quran pula.
ustaz bercerita tentang yahya, pelajar america yang belajar dengan ustaz sebelum kelas saya.
yahya pelajar tahun 2,(usuluddin- tak silap saya) yang dahulunya kristian.
seorang pelajar yang sangat-sangat cintakan ilmu (seperti ust mahmud juga)
yahya tinggal seorang diri di sini kerna isterinya berada di america dan bakal melahirkan anak mereka yang ke-2 minggu hadapan. kemudian isterinya akan datang ke mesir.
yahya punya seorang anak lelaki berusia 4 tahun, anaknya HANYA DIBENARKAN BERCAKAP DENGAN BAHASA ARAB FUS HAH BERSAMANYA. no english.
yahya sangat-sangat mendalami agama kristian , banyak menghafal injil dan taurat, tetapi tidak berpuas hati dengan agamanya. lalu terus mencari sehingga berjumpa dengan islam. setelah islam, dia menerangkan kepada isterinya lalu isterinya sama-sama memeluk islam.
YAHYA SUDAH HAMPIR HABIS MENGHAFAL AL-QURAN T_T (malunya)
...........
kemudian masuk cerita tentang america, bagaimana saya menegakkan america akan jatuh tetapi
hujah saya dipatahkan dengan mudah oleh ustaz.
ekonomi america teruk dan banyak hutang.
ustaz :
1) kerajaan mereka menganggap wang itu hanya seperti kertas, bila-bila masa boleh dicetak dollar yang baru.
2) hampir semua negara di dunia mempunyai hutang terhadap america kesan perang, termasuk jepun, kuwait, yaman, mesir, brazil, rusia, indonesia, dan banyak lagi.ada yang 3 million sehingga bepuluh million dollar
3) america punya banyak kilang senjata yang sekali dikeluarkan produk akan menghasilkan untung berganda kepadanya. tidak termasuk kemahiran membuat shuttle space (america akan buat 4 setahun, 1 bernilai beratus million dollar)
4) america menggunakan senjatanya yang hampir tamat waktu berfungsi di negara-negara perang seperti afghanistan dan iraq, dan mendapat bayaran daripada negara-negara tersebut kerana menolong membekalkan senjata.
5) manusia paling kaya adalah dari golongan israel , dan mereka meletakkan harta mereka di america, dan america tidak akan dapat membangkang apa-apa keputusan yang diberikan oleh yahudi.
6) america berhutang banyakkkkk dengan 3 orang yahudi (ust tak tahu nama mereka)
7) hutang america itu hanya untuk kepentingan "siasah"-politik.
10% daripada penduduk america menganggur
ustaz gelakkan saya.
-menganggurnya mereka adalah manusia-manusia seperti yahya. yahya yang datang belajar di sini adalah seorang dari 10% yang menganggur itu.
di america, mereka dapat rumah 3 tingkat percuma, duit bulanan 600 dollar, dapat ambil apa-apa sahaja dari supermarket secara percuma. itulah khidmat masyarakat untuk golongan menganggur. itu definisi fakir di america.
-seorang pegawai kerajaan hanya perlu membayar 1/4 daripada khidmat di hospital. contohnya Doktor yang bergaji 5000 dollar, dia hanya perlu membayar 25 dollar untuk perkhidmatan 100 dollar dan selebihnya ditanggung kerajaan.
-hanya businessman yang tersangat kaya dengan rumah2 besar dan syarikat dan kereta yang banyak perlu membayar jika menggunakan khidmat hospital.
-di america, tiada hospital swasta, hanya ada hospital kerajaan. ada yang perlu dibayar perkhidmatan dan ada juga yang menyediakan perkhidmatan percuma. jadi tiada kes doktor lari dari hospital kerajaan ke hospital swasta. dan mereka sangat menjaga mutu perkhidmatan. hospital paling baik di mesir , sama standard dengan hospital yang sangat-sangat biasa di america.
penduduk yang ramai membantu peningkatan ekonomi (iqtisodiyah) di negara.
1) cina , ekonominya kuat dan lemah. kuat kerana produknya merata-rata seluruh dunia dan penduduknya ramai, tetapi lemah kerana penduduknya masih ramai yang miskin.
2) america, mereka memberi kewarganegaraan kepada orang luar yang menetap di sana. setahun 150 000, warganegara diberikan. TERUTAMANYA kepada orang bukan islam dan orang islam yang tidal mengambil berat tentang ajaran-ajaran islam.
3) penduduk yang ramai akan memberi kuasa pada kerajaan, terutamanya dari segi tenaga kerja, ekonomi dan kekuatan tentera. dahulu, menjadi panggilan adalah pilihan, tetapi kini semua wajib pergi jika dipanggil berperang.
ustaz hanya tersenyum dan menggelengkan kepala pada akhir perbincangan kerana saya kecewa dan tidak puas hati. ustaz kata,
" KAMU TAKKAN FAHAM AMERIKA SELAMA-LAMANYA."
"ustaz, america akan jatuh seperti jatuhnya rome dan parsi yang menjadi kuasa besar satu ketika dahulu"
"ya, tetapi america jauh88 lagi hebat dari mereka. america punya kuasa, strategi dan etc.. america akan jatuh tapi sangat-sangat sukar untuk menjatuhkannya."
"dan ustaz, islam semakin berkembang dengan sangat hebat di america"
"ya, ustaz tahu itu. sudah. kamu sangat suka america kan? tak, tak, kamu sangat benci pada america dan suka pada malaysia"
"tak ustaz, saya sangat suka pada muslim dan islam"
maka ustaz menutup cerita. menyuruh saya membaca al-jazeera dan al-arabiya.net. BBC banyak penipuan, al-jazeera ada yang benar dan ada yang tipu.
seronok dapat berborak dalam bahasa arab walaupun terpaksa menggunakan kamus dan tergagap-gagap. maka itulah yang terjadi pada separuh waktu kelas al-quran saya semalam.
=.='
3 comments:
wahh.. interesting crita pasal amerika ni.. slama ni x nampak dgn jelas mana kehebatan diorng.tp, sejauh mana hebat diorng pun,janji Allah tu pasti kan, islam akan tetap tegak semula..aminn.
like2.nie yg nk pi sorofah tuka duwet..untung..
wah..akak,a very gud translater laa. heeee
to achik,
yup2! cuma kita lah kan? nak join in perang yg pasti menang or just wanna be penonton sahaja.
@zikri
huhu~
ramai lgi hebat dr akk la awak,
i'm sure u girls will be greater than me..yerla , dok kelas arab dr 1st year kan?
;)
Post a Comment