spiritual void


kadang-kadang kita sibuk dengan kerja-kerja dakwah (baca : ajak orang memahami dan mengamalkan islam seperti yang difahami salafussoleh), sehingga satu ketika, kita rasa diri kita kering sangat-sangat.

kita ajak orang membaca dan mentadabbur al-quran,
kita ajak orang qiamullail dan khusyu' dalam solat serta perbanyakkan solat-solat sunat,
kita ajak orang ihsan (buat sesuatu dengan completeness, tastefulness,sincerity and rightfulness) dalam perbuatan,
kita ajak orang buat kebaikan, tinggalkan jahiliyyah.
kita ajak orang berukhuwah hanya kerana Allah,
kita ajak orang itu dan ini.

kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan program, sehingga kita lupa untuk turut sama mengisi kekosongan dalam diri kita.

sehingga satu ketika , kekosongan hati/ jiwa kita memakan diri sendiri,

kita tidak lagi khusyu' dalam solat,
kita tidak lagi tenang dan dapat pengajaran ketika membaca al-quran,
kita tidak lagi tersentuh dengan doa-doa dan peringatan.

dan kita mula leka dengan perkara yang tidak sepatutnya.
kembali merindui jahiliyyah yang bersungguh-sungguh kita tinggalkan.
kembali melihat kesalahan-kesalahan orang lain dalam berukhuwah, sedangkan yang patut diperhatikan adalah diri sendiri.

" Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab? Tidakkah kamu mengerti?"
(2 : 44 )
maka, apa yang perlu kita lakukan?


tengok video ini, hanya sekadar cadangan apa yang boleh kita lakukan.
hafallah doa-doa baru dan amalkan dengan penuh perasaan walau perlu dimulakan dengan paksaan.

paksa diri, bertegas dengan diri.
sudahkah kamu jemu untuk mencari cinta Allah dari segenap penjuru kehidupanmu?
atau kamu sudah yakin cinta Allah itu milikmu?

-jom R & R..refresh and renew ourself-
the 7th habit, take time to sharpen your saw.

No comments: