summary..

In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

cuti summer dah habis. esok bermula sesi persekolahan baru.
my planat untuk summer ni kalau nak ikutkan 60% jer kot berjaya dilaksanakan.

awal-awal cuti, kami join kursus photojournalism with "pakcik" zainal , ex-reuters.
he's a very kind person..sangat-sangat baik. banyak belajar dari dia dan cikgu pra-kursus,
my junior and my classmate..oh ye, thanx em hoho temankan kami gi kursus ni,kalau tak mesti haru sorang-sorang. banyak buat kerja separa gila juga kot di sini. contohnya, tiba2 outing ke alex. dan sampai dari alex pukul 3 pagi berdua bersama em hoho. terlupa metro dah tutup. ayu,i'll make sure my pics bukan tahap sampah lagi..huhu~ improving insyaAllah.

then, kelas arab nahu with huda dan fathin.
9jam ponteng gara-gara masalah kesihatan dan kefuturan menyebabkan kami tak sempat ambil exam. mahar pun tak sempat dengar!sob3.. sekarang, kelas muhadatsah dengan ukht syahidah. hehe~ syahidah student kegemaran ustazah. kami? setiap kali kelas, bermujahadah untuk keluar rumah. tak boleh ke pandai b.arab tanpa belajar? ;P

Jordan, one word = SUPERB!
banyak belajar dari akhawat jordan.banyak ambil inspirasi dari mereka.
banyak sangat-sangat muhasabah. oh ye, thanx to cucu anisafarihin kerana jadi partner in crime buat "kerja-kerja" nakal. 2 kali kan kita tertinggal dari group? hoho~

Sejarah? ISK belum habis buat nota. tapi tertarik dengan talk sejarah islam nusantara by Dr Hafidzi. sangat-sangat tertarik. rasanya kalau Dr Hafidzi buat talk to dekat cikgu-cikgu sejarah, mesti gempak!

attachment with the hospital~
hurm. pengalaman menarik tetapi agak dull kerana Dr semua busy. atau kelihatan membusykan diri. perlu gemar tebalkan muka dan tembokkan muka. tapi itulah student kan? tak tanya tak dapatlah. satu perkara yang sangat-sangat kami seronok adalah berjumpa dengan group student arab yang sedang buat projek ala-ala pantau hospital. seperti buat clinical attachment tetapi mereka ada Dr yang pantau dan akan ada talk dari semasa ke semasa berkaitan adab-adab atau cara-cara merawat penyakit-penyakit common.

program dan usrah dari semasa ke semasa.
well,pembangunan diri tiada istilah cuti kan? cuti ni menyaksikan turun dan naiknya iman dengan sangat dahsyat dan horror jatuhnya dan merangkak naiknya.semua dah tercampak masuk longkang. mana silapnya, tengah cuba mencari. kumpul semangat semula. Allah suka orang yang setelah bermaksiat, dia bertaubat! tersentak bila satu hari sedang dengar battle of Ramadhan, cerita Salahuddin,kalau saya tak silap. Bilamana beliau menjerit kepada askarnya yang bunyinya lebih kurang begini apabila dimelayukan,

" Bangunlah untuk Qiam! Kalau kita kalah esok, engkau pasti penyebabnya kalau kau tak qiam malam ni!"

buku-buku medic tahun 4, minta maaf abah, nisah tak sempat nak baca. dah pinjam buku senior arab tapi tak terselak pula. (anaknya yang result makin jatuh, abahnya yang risau. haih~ apa nak jadi anak2 zaman sekarang ni?)

cuti ini jumpa ramaaaaaaaaaaii sangat manusia yang menarik.
dan kenal perangai menarik ramaaaai sangat akhawat.

dari akak yang ada basic tariqat dalam family, dan akak yang sering diganggu makhluk-makhluk halus, dan adik yang hanya makan lauk pada hari jumaat kerna ingin menundukkan nafsu. dan ramai lagi!

ada bercerita tentang jahiliyah mereka. ada yang selalu lepak group pengkid, ada yang join skinhead, ada yang nampak macam baik tapi hanya Allah yang tahu perangai lamanya. Alhamdulillah, seronok tengok manusia mendapat hidayah Allah dengan cara berbeza. malu kot tengok mereka yang apabila bermujahadah untuk berubah, mereka mujahadah habis-habisan. dengan AIM yang jatuh tinggi melepasi 7 petala langit.

setiap orang ada kisah masing-masing kan?
setiap orang ada cara masing-masing kan?
setiap orang ada personaliti masing-masing kan?

tak perlu paksa orang suka apa kita suka.
tak perlu paksa orang ikut cara kita buat.
islam bukan mengongkong hidup, islam memberi guide bagaimana cara hidup yang sebenar.
maka personaliti diri yang tidak melanggar hukum-hukum islam, tak perlu pun untuk diselaraskan.

tutup aurat itu perlu tetapi tak semestinya dengan berjubah atau ber-T-shirt labuh sahaja.
raikan perbezaan, satukan titik pertemuan. jazakumullahu khairul jazaa' kepada semua,especially akhawat yang tinggal sekali di anfaal. antunna banyak ajar kami.

anisah shamilah is anisah shamilah dan syahidah is syahidah.
anisah yang suka sami yusuf-healing, syahidah yang suka maher zain-the chosen one.
ustazah or budak nakal, let us be the judge for who we are~
siapa kata tak boleh jadi 2-2 kan? =P

kami rasa kami banyak pengaruh orang jadi budak nakal dan buli-buli orang cuti ni. ampun!!
esp faryanna farahim yang setiap patah katanya akan dijadikan modal bulian. sorry sis!
it's the way i show my love,can't u see it ? =P hehehe ..haruslah~

ini favourite kami cuti summer ni.
*amr khaled-khawater the series.
*baba ali- half our deen.
*sami yusuf .
*maher zain.
*battle of ramadhan.
*sejarah islam nusantara- Dr Hafidzi mat noor.
*never say never- Justin bieber
*not afraid to stand alone - native deen
*reflection-mulan
*nouman ali khan
*boona mohamed - poems especially where's the fear n for the love.

buku banyak tapi tak abis2.

4 comments:

syahidah said...

"anisah shamilah is anisah shamilah, syahidah is syahidah"...hehe..
jgn risau kawan2 kami masih macam dulu...budak nakal pun boleh, ustazah pon boleh, ikut keadaan la kan..:)

yup, cuti yang best dgn cara tersendiri..tarbiyyah dzaatiyyah yang sgt penting wktu cuti sebab kita yang faham diri kita n supporters untuk sentiasa mengingatkan..
thanks milah sudi jadi teman seperjuangan..kalau tak patah kaki gak kot nak buat sendiri2..
syukran atas nasihat n pedoman..teman kami g sana-sini..moga Allah membalas segalanya:)

terima kasih tak terhingga pada akhawat cuti summer yg tinggal sekali di anfaal..cerita semua orang sgt menarik!!! kita bercurhat macam2 sampai tgh2 malam..beriktikaf bersahur sama2..
minta maaf juga atas kekurangan, buang yg keruh ambil yg jernih ya:)

thanks anfaalians yang byk berjasa.. kami guna rumah macam rumah sendiri...(rumah kita bersama kan..) moga ganjaran pahala bersama2 kalian..

jom berlumba2 utk bekerja mencari keredhaanNYA dengan semangat baru dan roh baru!!

[MH] said...

alhamdulillah :)

masyitah.halilah.blogspot said...

seronoknya dengarrrr..byknye aktiviti..hehe..

si kecil anfaal said...

kak mimi. rai pun belaja banyak bnde dgn kak mimi.

antaranya. be humble.n struggle not to be defeated by our own ego.. huhu

kak mimi yg baik hati. serta unik lagi bijaksana.

syukran krn sama2 menjayakan summer yg bermakna

praise be to Allah