bukan cerita khayalan. bukan juga cerita dongengan. bukan juga mitos-mitos picisan.
ianya pengajaran penuh hikmah. teguran berbunga tetapi penuh kesantunan dalam sindiran.
teguran sang rakyat kepada pemerintahnya. agar sentiasa adil dan saksama memikul tanggungjawab.
permintaan sang puteri kepada pemerintahnya.
7 DULANG HATI NYAMUK
- sedangkan 7 dulang nyamuk sukar dicari, apatah lagi 7 dulang HATI nyamuk.
= ia melambangkan ramainya hati-ahti rakyat yang menderita kerana pemerintah memerintah untuk kepuasan diri-sendiri.
JAMBATAN EMAS DARI ISTANA SULTAN HINGGA KE PUNCAK GUNUNG LEDANG.
- berapa banyak agaknya duit yang terpaksa dibazirkan untuk membuat jambatan EMAS dan PERAK merentas tempat yang sebegitu jauh!
= pemerintah, jangan sampai harta rakyat semua digunakan untuk kepuasan dan nafsu sendiri. peganglah amanah rakyat.
7 TEMPAYAN AIR MATA PERAWAN
= air mata anak-anak gadis dan isteri-isteri orang yang berendam air mata kerana dipaksa menjadi isteri atau gundik pemerintah.
semua syarat diterima sultan dengan suka hati. tetapi bila sampai ke syarat :
SEMANGKUK DARAH RAJA !
-huh! mana mungkin raja mengorbankan darahnya sendiri!
(sedangkan logik akal, takkan mati pun kalau semangkuk darah, macam derma darah je. )
= pemerintah, jangan sampai begini. bersedialah untuk menitiskan darah sehingga ke titisan terakhir demi kepentingan agama dan rakyat!
malangnya, kisah-kisah penuh pengajaran, teguran untuk sang pemerintah, kini hanya digunakan untuk memuaskan selera manusia-manusia zaman kini tanpa diambil pengajaran darinya.
ain pesan jaga hati. semua pesan jaga hati.
sayang orang supaya dapat rahmah dan syafaat dari Allah..
jazakillah ukhti. =)
p/s : how i miss my day, lepak2 layan mp3 and books dekat depan air terjun food court @ sogo, kL~
p/s : how i miss my day, lepak2 layan mp3 and books dekat depan air terjun food court @ sogo, kL~
2 comments:
k milah, ini tafsiran k milah sendiri ke ?
atau ada sumbernya ??
sebabnya post k milah kali ni menarik...sy suka sejarah...
lain kali share lg ye...nk tau...
talk dr Dr Hafidzi..
akak, x abisbce lgi buku Dr..
br abis dgr recording nye~
Post a Comment