Ramadan
Bukan bulan bermalas-malasan. berpenatan dan keletihan
Ramadan
Ruhnya ruh perjuangan. Ruhnya ruh pengorbanan. Ruhnya ruh kebebasan.
Badar,perang pertama dalam Islam
Fathul Mekah, juga dalam bulan Ramadan
Tabouk, Pembebasan Sepanyol, Ain Jalut etc.
Bagaimana seorang pemuda ingin menghidupkan semangat perjuangan jika hidupnya dilimpahi kemewahan?
Bagaimana seorang pemudi ingin memupuk semangat pengorbanan jika hidupnya hanya kesenangan?
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) (9 : 24 )
Ramadhan tahun ini, misi-Nya untuk belajar sejarah. Kerana sejarah yang akan berulang. Tidak percaya?
1) Jika menghadapi ujian, kita akan menjawab past years' questions sebab kebarangkalian untuk berulang sangat tinggi bukan?
2) Jika mengendalikan program, kita akan merujuk kertas kerja dan muhasabah program-program sebelum, supaya program berjalan lebih lancar, kurang cacat-celanya, bukan begitu?
= Jadi apa perbezaan dalam kehidupan? Bukankah hidup lebih penting daripada ujian dan program? Jika kita ingin mencipta tamadun masa depan, maka rujukannya sejarah masa lampau. Bagaimana ia dimulakan, bagaimana ia naik, cara jatuhnya.
1) Jika menghadapi ujian, kita akan menjawab past years' questions sebab kebarangkalian untuk berulang sangat tinggi bukan?
2) Jika mengendalikan program, kita akan merujuk kertas kerja dan muhasabah program-program sebelum, supaya program berjalan lebih lancar, kurang cacat-celanya, bukan begitu?
= Jadi apa perbezaan dalam kehidupan? Bukankah hidup lebih penting daripada ujian dan program? Jika kita ingin mencipta tamadun masa depan, maka rujukannya sejarah masa lampau. Bagaimana ia dimulakan, bagaimana ia naik, cara jatuhnya.
Omar Mukhtar, the Lion of the dessert.
Guru Al-Quran, yang kelihatan lembut dan penuh kasih-sayang. tapi dia juga singa padang pasir, Badwi, yang memimpin perjuangan membebaskan tanah Libya dari genggaman Rom, Itali. si tua yang berjiwa muda. lewat usia 70 ++ masih berkuda ke sana-sini, memeras otak mengatur strategi perang, berjuang dengan teman-teman seangkatan,
Guru yang tidak pernah "diajar dan dibentuk" oleh kuasa-kuasa kekerasan dan kekejaman Rom.
Fighter yang tidak pernah diajar untuk merayu nyawanya dari tangan musuh. "Don't beg for your life from the enemy"
Lelaki yang dihormati dan disegani bukan sahaja oleh orang-orang Libya, tetapi juga oleh musuh sendiri.
Guru yang tidak pernah "diajar dan dibentuk" oleh kuasa-kuasa kekerasan dan kekejaman Rom.
Fighter yang tidak pernah diajar untuk merayu nyawanya dari tangan musuh. "Don't beg for your life from the enemy"
Lelaki yang dihormati dan disegani bukan sahaja oleh orang-orang Libya, tetapi juga oleh musuh sendiri.
pejuang kemerdekaan India menentang penjajahan British
Menolak perkahwinan yang diaturkan untuknya dengan seorang gadis yang sempurna pada kaca mata masyarakat kerana penyerahan diri secara total kepada perjuangan
Bijak dan memahami kepentingan ilmu, yang menjadi penyelesaian 1001 masalah dan kemestian untuk merangka strategi dan memantapkan pegangan dan wawasan diri.
mati di tali gantung atas arahan British ketika berumur 23 tahun.
(hukumannya diawalkan sehari dan jasadnya cuba dilupuskan oleh British malam itu juga kerana takutkan pemberontakan dari rakyat India.)
Love always elevates the character of man. It never lowers him, provided love be love.
man must have the strongest feelings of love which he may not confine to one individual and may make it universal.
Banyak saya belajar dari mereka
Perjuangan wajib memerlukan pengorbanan, sehingga mungkin sahaja nyawa atau " kehidupan dan kesenangan " kita yang perlu dikorbankan.
ilmu itu "master key" untuk merungkai 1001 masalah. ilmu sains tulen sahaja tidak mencukupi untuk membina tamadun. kita juga perlu mendalami ilmu sains sosial bergandingan dengan sains tulen.
perteguhkan islam dalam dirimu. sentiasa. jangan pernah yakin bahawa iman dan islam kita sudah cukup kukuh. praktis islam sama ada ketika bersama kaum kita atau musuh kita.
kasih-sayang, denganya bermula segalanya. dendam mungkin mempunyai kekuatan luarbiasa, tetapi kasih-sayang pasti mencairkannya.
kita bersemangat nasionalisme, patriotisme, cintakan tanah air. tetapi kita bukan menyembah negara Malaysia, Mesir, Indonesia etc. Kita cintakan negara yang terdapat di dalamnya umat islam.
Biasakan diri dan generasi mendatang dengan sejarah, dengan perjuangan,dengan kebenaran, dengan islam. kemewahan dan hiburan mematikan, menambah cinta pada dunia dan memendekkan akal dan cita-cita.
&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*&*
tangan jadi janggal untuk menaip bilamana akal dan perasaan bergerak lebih laju. banyak yang dihadam tapi masih belum mampu diluahkan.
hanya amatur, sebarang tambahan, cadangan dan teguran sangat-sangat dihargai. =D
kenapa tiba-tiba blogger translate semua tulisan saya menjadi english yang haru-biru?
tertarik dengan lagu dalam cerita the legend of bhagat singh.
don't lose ur dignity, preserve it.
change your destiny, break the shackles of slavery,
you will make the skies stoop, if only you never lose courage,
if you desire, you can bring the stars to earth,
who can stop wind, who has witnessed destiny?
pssst :- kalau betul sayangkan negara, maka laksanakan islam sebenar-benar islam kerana hanya negara yang diredhai Allah akhirnya akan selamat~
3 comments:
=) kak putih, heh. saya faham perasaan anda menulis ketika terlalu bersemangat. hebat kan kalau dengar sejarah dari kawan2 yang banyak membaca dan mengkaji? itulah kelebihan ada kawan yang faqihah. boleh dikongsi2~ hehe syukran. wassalam
macam cerita Mulan :D cube tanye rai nanti citer mulan versi orang cmne.huhu
@ nurazahfathirah
huhu~
kna byk blaja dr ust/ ustzah, pakcik/makcik yg lebih byk ilmu dan pengalaman..
@em..
huhu~
rai citer de tgk aritu..tpi x smpat nk tnye, tkot nk kaco org exam.
Post a Comment