Thailand- tanah yang bebas


Pulang dari menghantar kak faiza ke airport, di dalam kereta Ust yang berasal dari Pattani.
Untuk mengelak kebosanan dan takut-takut tertidur di sebelah pemandu, aku bertanya soalan-soalan berkaitan Thailand kepada Ust. Peluang yang ada jangan dilepaskan!

Ust di sini 17 tahun sudah. semenjak dari bu'uth. tapi yang mengagumkan, pengetahuannya tentang sejarah thailand, pattani dan bumi siam sangat mantap. hanya ingin menulis cerita-cerita yang dia sampaikan.

Sejarah Thailand & Pattani

Thailand daripada perkataan bumi yang bebas kerana tidak pernah dijajah mana-mana kuasa besar dunia ketika dahulu. Siam bijak, memberi laluan untuk kuasa-kuasa asing itu menjajah tanah melayu, lalu dia juga mendapat habuan,antaranya adalah pattani, sehingga kini.

Dahulunya Siam dan Pattani Darus Salam adalah 2 negara yang berbeza, tetapi sesudah tamat perang ke-2, kerajaan Siam ingin menukar namanya kepada Thailand, lalu tergabunglah kedua-dua negara itu bawah pemerintahan Thailand (agak kurang faham yang ni).

Dahulunya Pattani satu pelabuhan yang masyhur. Tempat kerajaan asing seperti amerika dan Jepun berdagang. Pattani yang membuat duit syiling untuk Arab Saudi. Jika dilihat pada syiling lama-lama itu,pasti terukir Pattani DarusSalam. Dan katanya lagi,ada gerombolan dari Itali yang sanggup belayar 3 bulan ke Pattani semata-mata kerana ingin membuat baju cotton, kerana hanya rakyat Pattani berkemahiran dan pandai membuatnya dengan halus.

Pattani juga merupakan lubuk ikan. Tempat ikan beranak-pinak, dari sekecil-kecil bilis hingga sebesar paus. Bekalannya tidak pernah berhenti. Tapi kemudiannya kerajaan Siam mengambil ikan-ikan itu, ditongkan dari atas kapal lagi dan dibawah di tengah malam ke bangkok. sehinggalah rakyat pattani menanggung kemiskinan, sedangkan bekalan ikan termasuk tuna dan sardin ke 190 negara sebenarnya berasal dari pattani. Bangkok dibangunkan dan dimajukan hasil dari Pattani.
Islam di Thailand

Muslim di sana hanya 25%, kebanyakannya berpusat di pattani, yang lain lebih kepada Buddhism. Pergolakan antara Siam dan Melayu seringkali berlaku, termasuk peristiwa jemaah ditembak ketika solat di Masjid. Katanya, kini pemuda- pemudi Thailand semakin berani, meletakkan bom di jalan-jalan untuk mengebom kereta polis. Kalau hendak selamat, jangan ikut dekat dengan kereta polis, takut bom terlambat, lalu kita jadi mangsa, selorohnya.

Thailand tidak seperti Malaysia katanya, Thailand sudah teruk. Lelaki perempuan duduk tunggang arak, berjudi, bermalam sama-sama.Tak dapat dibezakan mana lelaki mana perempuan. Rumah pelajar mesti campur lelaki perempuan, kalau tidak dikatakan bosan!

Keadaan di Pattani berbeza. Islam cuba diamalkan. Isteri yang suaminya pergi berjuang dan dia didapati mengikut lelaki lain, isteri tersebut akan dibotakkan kepalanya sebagai balasan. Untuk mengelakkan rosak generasi muda pattani.

Pernah sekali kerajaan ingin merosakkan pemuda-pemuda petani dengan membuka rumah gelek tarian tradisional mereka di situ. tetapi pemuda sedar. maka mereka merangka sesuatu yang bijak (tak mahu tulis apa mereka buat), sehingga kerajaan terpaksa menutup semula rumah gelek itu.

ust bercerita tentang 3 pejuang dahulu yang berbai'ah untuk berjuang membebaskan Pattani. 3 pejuang ini,satunya ulama', satunya ahli ekonomi dan satu lagi pendakwah ( kalau tak silap). Mereka menggenggam tangan berikrar ingin membebaskan Pattani dari cengkaman Siam. Antara lagu yang menceritakan tentang mereka adalah :-

Di pondok kecil (ingatkan lagu ni dari mesia)

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

2nd lagu x berapa kenal..tapi depan dia ada selawat dan diikuti,

tidurlah anak ku sayang,
ibu mahu sembahyang,
ayahmu pergi berjuang,
menyahut seruan Tuhan, menyahut seruan Tuhan..

lagu ni pastu tersebar ke malaysia,digunalkan al-arqam, ke indo dan merata.


Ramalan Masa Depan

Ust terus berbicara, katanya kali ini mendebarkan. walau pernah kudengar ancaman-ancaman berunsur perkauman, tetapi yang ini baru di telingaku.

Sekarang melayu di pattani dan singapore ditindas. Tapi Malaysia tidak boleh terlalu rehat. Cina merebak dengan sangat cepat, bilangannya dan kuasa ekonomi yang dipegangnya. Tak lama lagi, Malaysia akan dikuasai Cina, pada masa itu, jangan harap mereka akan berlembut. Bila kita dah tak diperlukan, kita akan dibuang. Mereka takkan kenang jasa-jasa Melayu.

Bila Malaysia dikuasai Cina nanti, Thailand akan membina terusan seperti terusan Suez. Untuk memendekkan perjalanan, kapal-kapal tidak perlu lagi melalui Singapore. Thailand sahaja yang tidak mempunyai perjanjian dengan mana-mana pihak yang melarang terusan dibina. Pada ketika itu, Cina dari Singapore akan lari memasuki Malaysia menjadi kaya-raya di Malaysia dan mengawal Malaysia. Mungkin ketika itu melayu akan lari ke Pattani, dan giliran kami pula membantu rakyat Melayu dari Malaysia. Katanya itu perkongsian dari seorang pegawai besar Malaysia yang pernah bekerja di Mesir. Namanya tak perlu saya cakap kot.

teringat perbualan abah ketika di F5 dahulu,

Cina sudah mengawal ekonomi. Mereka bijak dan bersatu. India juga sedang membangunkan golongan-golongan profesional. Berapa ramai India yang kini menjadi peguam, doktor etc. Jangan ingat conference2 mereka hanya memikirkan tentang pekerjaan sahaja,mereka juga bijak merancang.

Anak-anak mereka hujung minggu dihantar tuisyen sana-sini, menambah skil itu dan ini, termasuklah seni mempertahankan diri seperti tae kwan do. tetapi ramai anak melayu hanya lepak menonton tv,membiarkan serangan-serangan saraf dari barat menular ke pemikiran. apekah?

+*+*+*+*+*+**+*+**+*+*+*+**++*+*+*+*+*+*+**+*+*+*+*+**+*+*+*+*+**+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

untuk negara,kita perlu bangkit dan maju.
untuk bangsa,kita perlu sedar dari lena dan kesenangan.
DEMI ISLAM, kita tidak boleh ketinggalan.

terlalu banyak info dalam masa yang singkat dan kekecamukan perasaan dan kebuntuan pemikiran , memeningkan kepala.

No comments: