takut2...


berdebar-debar.
bagai nak pecah kepala.
hati tu, kalau boleh tengok, mesti kelihatannya seperti dalam air yang menggelegak, tak boleh diam.

menangis sungguh-sungguh. menyesal sungguh-sungguh. otak ligat berfikir,
kalaulah aku study malam tu.
kalaulah aku kurangkan tidur waktu tu.
kalaulah aku tak main-main ketika itu.
kalaulah itu...kalaulah ini...
gaya cakap macam tak pernah beriman dengan qada' dan qadar.

hari itu, muka berbeza-beza. ada yang tersenyum. ada yang kecuakan melampau.
ada yang pucat sungguh-sungguh.
tersenyum atau cuak, dalam hatinya, hanya Allah yang tahu apa perasaan.

menyesal...menyesal..menyesal...

ehem2..sabar sikit kawan. takut, memang takut, tak dinafikan.
tapi jangan sampai......

takutnya mengalahkan takut berjumpa Allah.
risaunya mengalahkan risau amalan tak diterima Allah.
menangisnya , mengalahkan menangis ingat dosa-dosa yang berlumuran keliling badan.

pernah tak dengar kisah muka saidina Ali pucat selepas ambil wudhu'?
bila ditanya mengapa mukanya pucat.
dia menjawab, "tidakkah kau tahu dengan siapa aku bakal bertemu?"

kenapa kadang-kadang, kita lagi takut exam dari kita takut Allah?
bila menyesal tak sempat baca exam, ingatlah, menyesal sekarang masih boleh kita perbaiki,
menyesal di hadapan Allah, mahu ke mana kita nanti?

senangnya menulis.....bila diminta pembuktian bagaimana agaknya?

2 comments:

Sharifah Syahirah TSM said...

the best muhasabah this morning!
thanx budak akhir zaman.

=D

Anisah Shamilah MS said...

=D

kata2 yg cuba diyakini...

kamu banyak motivasi kat semua.
nak jadi macam kamu.huhu~