soalan exam.

aduh...masing sempat berfikir benda lain dikala exam.
masih sempat khayal kelain dikala solat.
akal2,kamu stabil atau tidak? hati2,kamu sudah matikah?

time2 solat dhuha,sempat terfikir,

kalaulah soalan exam.

1-senaraikan 10 kebaikan yang anda lakukan dengan ikhlas dan ihsan LILLAHI TA'ALA pada setiap hari (100pahala)

2- senaraikan 10 perubahan yang baik yang anda istiqamahkan sejak bulan lepas? (50 pahala)

3- dalam setiap perlawanan antara anda dan syaitan + nafsu, berapa kali anda gagal? dan berikan contoh. (50 pahala)

True or False. and correct the wrong statements. (100 pahala)

1-solat subuh pagi tadi, anda dalam keadaan mamai, tidak khusyu' atau tidak fokus seluruhnya kepada Allah (T/F)
..............................................................

2. anda lebih banyak menangis kerana ingatkan dosa dan neraka daripada menangis di sebabkan hal dunia. (T/F)
..............................................................

3. anda lebih sedih dan kecewa apabila tidak terjaga malam untuk belajar daripada tidak terjaga malam untuk qiamullail. (T/F )
...............................................................

4. anda terbiasa takut pada peperiksaan daripada takut amalan anda tidak diterima. (T/F)
...............................................................

5. pada tarikh ...., anda mengumpat rakan anda tetapi masih belum meminta maaf dengannya dan anda merasakan itu perkara kecil. (T/F)
...............................................................

6. pada hari ....., anda berbual-bual kosong dengan insan berlainan jantina, tanpa sebab yang kukuh, dan anda senang dengannya. (T/F)
................................................................

7. anda sering merasakan dosa kecil itu tidak mengapa. (T/F)
................................................................

8. anda selalu terbangga dengan nikmat atau kelebihan yang Allah berikan pada anda (T/F)
................................................................

9. anda lebih mudah melafazkan perkara kurang berguna daripada berkata tentang islam dan saling menasihati antara satu sama lain.
...............................................................

10. anda jarang memuhasabah diri anda (T/F)
..............................................................

give causes and explain. (300 pahala)

1- umar r.a boleh berubah dari seorang yang bengis kepada seorang yang sering menangis di malam hari.

2. bilal bin rabah boleh dikenali seluruh dunia, sehingga sekarang, padahal dahulunya dia seorang hamba.

3. islam dapat dikembangkan Rasulullah s.a.w dalam keadaan baginda seorang diri.

4. Al-quran, As-sunnah, islam yang diterima nabi, dan para sahabat, adakah berbeza dengan islam yang sepatutnya kita fahami?

.......
kalaulah soalan exam macam ni, saya orang pertama keluar dengan kertas kosong.
bukan tak tahu jawapan, tetapi tak mampu untuk menulis jawapan sebenar.
bukan tak boleh menipu, tetapi adakah kulit, mata, tangan, dan kaki ini sanggup bersubahat sama menjadi saksi di hadapan ALLAH, PEMILIK segalanya?

kebenaran itu kadang-kadang pahit untuk diterima, tetapi jika kepahitan itu tidak dirasa dan ditelan, bagaimana ingin menghasilkan sesuatu yang lebih manis?

5 comments:

laureates said...

memang keluar tinggal kertas putih bersih :(

check balik diri la kan.

terima kasih sayang budak tudung putih ^_^

si kecil anfaal said...

akk! terbaik lah. mohon kongsi

putih said...

@ laureates...

uiks..siapakah ini?
perkenalkan diri anda, boleh?
;)

terima kasih sayang saya.. :D
nak sayang kamu juga.

@si kecil anfaal,
kongsi lah kalau rasa bermanfaat.
:D
trying to ihsan.

Anonymous said...

Milah..!! reminder n warning yg sgt2 terkena batang hidung..

terima kaseh utk prkongsian perasaan yg diterjemahkan dgn tulisan yg buleh mbuatkn jiwa2 lain tersedar n seolah2 mcm terhempap gunung atas kepala..dush2..!

dan mudah2an kesakitan dihempap gunung itu terus dan terus dirasakan tatkala hati, tgn dan mulut mahu mbuat sesuatu yg songsang..

teruskn memberi tnpa henti milah..!

terbaik..!

-fastabiq el-Kheirat-

Anonymous said...

salam mila.. tq a lot... artikel mila bnaya menyedarkan bebeh.. bebeh akui bebeh selalu pikir bnyak exam.. kdg2 pikir exam lebih dari pikir pasal tanggungjawab hamba... bebeh pelik.. kenapa kita lebih cintakan dunia daripada cintakan akhirat.. adakah bebeh tertipu dengan permainan duniawi..?? tq mila for ketuk hati kami utk kesekelian kali.. banyak hasilkan artikel lagi tau..

-ketua bebeh-