senyum


"salahuddin al-ayyubi kurang senyum kerana palestine masih belum dibebaskan."

teringat dahulu-kala, ketika mahu kurang bercakap dan kurang senyum kerna merasakan itu yang terbaik. tanya pendapat mak,

"mak, mak suka putih (bukan nama sebenar) diam ke cakap banyak-banyak?"

"mak suka putih banyak cakap. sebab mak takut tengok putih diam dan serius"

"tapi mak, bukan diam tu lagi baik dari bercakap ke? kan ada hadith camtu."

"mak tahu, tapi mak lagi suka putih banyak cakap. banyak cerita dengan mak. barulah nampak happy sikit. kalau putih senyap, nampak macam marah."

tergelak.
betul juga kata emak. kalau itu menjauhkan orang dan mad'u dari kita, kenapa perlu buat? yang patut dikurangkan adalah bergurau senda berlebihan dan cakap merepek. bukan begitu?

saya tak menafikan hak mereka yang ingin mencontohi salahuddin al-ayyubi. teruskan. saya kagum dengan kamu.

tapi saya hanya ingin mengingatkan, salahuddin bukan sekadar tidak senyum. beliau bercita-cita besar membebaskan palestin, merancang dan meletakkan perjalanan hidupnya ke arah itu. perancangan demi perancangan. muhasabah demi muhasabah. keakraban dengan Allah dan semakin akrab. sehingga bilamana cita-citanya masih belum tercapai, dia resah, dia tidak mampu dan tidak rela untuk tersenyum pun.

teringat seorang tabi'in yang tidak mahu makan. kata-katanya bermaksud begini,
"aku tidak mahu makan bukan kerana ingin dikatakan zuhud, tetapi kerana seleraku hilang bila teringatkan siksaan neraka"

Allah..Allah..Allah..jauhnya martabat kita dengan mereka.

apa-apa pun, setiap perbuatan berpaksikan niat kan? =)
semoga tertanam keikhlasan dalam setiap perjalanan hidup.

celoteh yang hanya pendapat peribadi. boleh disangkal, diterima dan ditegur.
(perlu ditulis, jika tidak ia menyerabutkan kepala)

satu hari di SAMBEST,
"akak, terima kasih sebab akak senyum kat saya tadi. tadi saya tengah serabut sangat. pastu bila akak senyum, terus saya rasa tenang sikit." =D

-jazakillah adik, kata-kata awak menenangkan hati akak hari tu-

3 comments:

hati hitam said...

maaf kerana saya telah menyerabutkan kepala putih.
sgt stuju dgn entry putih.
saya dan salahudin?sungguh jauh!
salahudin?semua lbih tahu siapa dia.
sdgkn saya?-lemah,lembik,manja,itu saya.
x reti untuk menyatakan rasa.tapi,cukuplah dgn diam untuk kali ini.lbih baik diam dari terckp bhs yg x sdp ddgr.dan bila diam,nmpak marah.maaf itu mmg kekurangan saya.masih belum berjaya mengawal rasa.
cuba,untuk senyum.dan ternyata,'dia' lagi berjaya kuasai diri.
bosan,sakit kepala,pedih mata,sesak untuk lawan rasa tu.ttp,masih tetap terngiang2.x blh baca buku.
benci dgn diri sendiri!
akan mencuba dan terus mencuba.
maaf atas kekurangan.

smiling is healing rite?
---still trying
terima kasih tulis entry ni.ketuk2.
maaf serabutkan kepala.sakitkan hati.
maaf ats segala salah silap

*yang lemah itu aku*

Anisah Shamilah MS said...

yang lemah itu kita , hamba..
yang maha kuat itu DIA, ALLAH..
semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua..

=D
ambil lah masa kamu sebanyak mana pun yang ada.
the biggest room will always be the room for improvement kan?

kamu sekali-kali tidak menyerabutkan kepala saya.

umat islam itu kan singa di siang hari, rahib di malam hari.

banyak kan yg kita perlu perbaiki?
=)
rindu senyuman kamu..
jika kamu selesa diam,saya tidak melarang, tapi jika ingin berkongsi, ingatlah , kami sedia mendengar.

[MH] said...

'hati hitam' yang tabah

kan kan :D