pilihan.

ALLAH pilih kau, sedangkan DIA tahu perihal dirimu, luar dan dalam.


manusia, pilihannya berdasarkan ilmu yang terbatas dan pengalaman yang setahun jagung.


Allah pilih kau untuk dapat hidayahNya, dapat rasa nikmat iman dan islam. dapat miliki nikmat terjebak dalam dakwah dan tarbiyah. walaupin Allah tahu setiap apa yang ada pada dirimu. tak terharukah dikau? tak bersyukurkah engkau?


mengapa masih kau sia-siakan pilihan DIA.? tidakkah kau takut ALLAH gugurkan engkau dari saff pejuang agamaNYA? tak gentarkah hilang dari dirimu perasaan nikmatnya hidup mencari rahmatNya?


kau menjaga dirimu agar dipilih manusia yang pertimbangannya cetek, sedang kau abaikan dirimu dari dipilih Allah?


al-hajj 73-78.


Published with Blogger-droid v2.0.1

on the way

Dia tidur +/- 3 jam sahaja.


tersentak. =(

banyaknya aku tidur.


teringat kisah ikhwah IM yanga hanya tidur 2jam sehari. atau tidur selang sehari.


teringat ikhwah IM yang qiam setiap malam di penjara. katanya, dia takkan mampu hadapi hari esok kalau dia tak qiam.qiam itu sumber kekuatannya.


tidur itu, makan itu, semuanya cukup-cukup sahaja untuk terus hidup dan bekerja.bukan untuk memuaskan nafsu. (sejak bila nafsu penah puaskan?)


teringat seorang dari golongan sahabat yang kurus. kurus bukan kerana diet. tetapi memang nafsunya bukan makanan.dia lebih bahagia mengisi ruhnya daripada jasadnya.


.........jomlah,jaga kesihatan.badan nak guna lama........


................


"makcik, boleh tak saya nak belajar kat sini?"sengaja meramahkan diri pada makcik2 yang bersidai di balkoni.


boleh!!


nama makcik siapa?


nama makcik sayyeda.


umur?


53tahun.


wahh,makcik macam mak saya laa..


shamilah,anggap makcik macam mak awak.kalau awak ada pape, meh datang bagitau makcik.


kenapa makcik kat sini?


*****something berkaitan prolapse.kurang faham****


............


Dr masuk lambat. lepak dengan makcik.


"nah, ambil ni!" kata makcik sambil tersenyum.tangannya menghulurkan air kotak jambu jenama beyti"


puas menolak.


"makcik ada diabetes.makcik tak boleh minum.awak ambik ek.nah,minum ni sekarang jugak.


=D


seronok makcik bercerita tentang anak2 nya.dan cucunya.


seronok makcik dengar saya bercerita tentang family saya.


huhu~


nak belajar betul-betul.

tak sanggup kalau saya buat salah kat makcik-makcik yang super-duper baik.


dah tahun 5.....dah nak habis tahun 5....tahun depan tahun 6 dah....


go!!!awak masih punya masa untuk memanfaatkan khazanah bumi mesir.


"jika kamu mahukan tidur dan istirehat semata-mata, maka kuburlah tempat yang menyediakan kedua-duanya.


muhasabah.

sudah terlaksanakah Syahadatul Haq kita?


Published with Blogger-droid v2.0.1

rahsia malam

Ku berkata kepada malam,


"berapa banyak rahsia yang terkandung dalammu? ceritakanlah kepadaku rahsia yang paling indah.


malam hari menjawab,


"tiada suatu rahsia yang lebih menerangi kegelapanku , melainkan air mata orang yang bertaubat di penghujungku".


Published with Blogger-droid v2.0.1

tak penting pun.

WARNING : POST INI HANYA MELAYAN EMOSI~

2012, Qasr El-Ainy, MESIR

berjalan-jalan mencari patient bersama roommate terchenta.
"ops, salah masa la pulak. ni kan visiting hours. jomla teha, kita cari patient yang family de tak datang"

flashback......

2001, HUKM, MALAYSIA

5.30 petang.
seperti biasa, abah atau alil menunggu di luar Sek Rendah Agama Sg Kantan.

Jom!

HUKM jadi rumah kedua. bau hospital menjadi bau kegemaran.

6.30 petang.
makan bersama di bilik rehat wad di hospital. gembira tetapi takut.
bahagia dalam sedih. tidak tahu perasaan mana yang patut dirasa.
lauk hospital tak sedap. tawar. =P

HUKM 2004

angah pulang semula walaupun baru sahaja berlepas pergi.
padahal jaraknya bukan jarak kenderaan darat.

mencari-cari di hospital. di taman berdekatan. tiada.
malam semakin menghampir.
gelisah.resah.tiada perasaan.
panggilan diterima, Alhamdulillah, itu dia.

selepas pulang dari Sek Agama Menengah Hulu Langat,
angah bawa terus ke sana.
atas permintaannya, hari ini merasa laut pindang masakan angah.
bersungguh angah menelefon maklong di kampung, minta resepi.
=)

....................

sudden, progressive but now it's under control, since 11 years ago.
Alhamdulillah.

....................
on the other part,

insidious,intermitten, maybe regressive or stationary, since 11 years ago.

...................

"kita selalu rasa kitalah yang "paling". paling gembira, paling malang, paling sedih, paling bahagia."

..................

rindu.sangat.berdosa.teramat.

:'(

...................

HUKM 2012

kini hanya sekali-sekala.
mengambil injection atau bertemu consultant.

=)

Alhamdulillah.

...............................................................................................................

angah..
"he's very protective, lebih2 lagi kalau pasal nisah." lebih kurang begitulah bunyinya kata-kata kak wan.

-atas ajaran angah, Darjah 5, lahirlah email my_digimon@yahoo.com.
memudahkan angah menghantar email dan memperkenalkan "awek"nya. =D

-Darjah 6, dapat buku satu set Harry Potter & Lord of The Ring.

- PMR, buku sean covey, 7 Habits of the effective teenagers.

"baca je, tak payah paham sepatah-sepatah pun takpe. asalkan dapat maksud keseluruhan ayat"

...................

suwai..

"dulu kitorang akan usha kalau ada makwe jalan.
sampai dia da start cover-cover, control ayu, kitorang gelakkan kuat"

-.-"

.................

alil...

dating berdua adalah rutin harian lepas kelas tambahan masa Form 3,

"aliiiil, lapar. huhu~"

"aliiil, tolong......"

"alil, nak....."

=D (apa guna abang ramai kalau bukan untuk disusahkan? )

....................

MAAFKAN SAYA KALAU TERKADANG SAYA HATI BATU, DAN KURANG MENZAHIRKAN EMOSI.ATAU TERKADANG TERAGAK-AGAK DALAM PERKARA MELIBATKAN HATI MANUSIA. U CAN BLAME ALL MY BROTHERS FOR THAT. =P

UNTUK KESELAMATAN, SILA BERCAKAP TERUS-TERANG DENGAN BERHIKMAH SUPAYA SAYA TIDAKLAH TERLALU LAMPI UNTUK MEMAHAMI.

"kalaulah sejarah dan dosa-dosa dulu tertulis di muka, nescaya........... T.T "

"INGATLAH, ALLAH SEDANG MELIHAT SAYA DAN AWAK. LUARAN DAN DALAMAN."

"anisah, be a nice good girl, please." ^^

Experience


Lag phase

Resetting

Max concentration

Giving up

Failure

hehe~ Dr George masuk dan terus menulis perkataan-perkataan ini.

"Do you know what are these?"

Ini adalah tahap konsentrasi dalam kelas. (lebih kurang macam tu la)

ini berdasarkan EXPERIENCE. kata Dr.

=D
contoh?

Lag phase ;

"oh, ok. Dr dah masuk. dah start nak belajar"

Resetting,

semua orang betulkan posisi kerusi, postur badan, menghadap depan.

Max Concentration.

biasanya hanya tahan 30 minit sahaja. paling lama.

Giving Up,

dah start blurr, pandang kawan sebelah. borak-borak.

bila dah sampai tahap Failure,

kita akan cari 1000001 alasan untuk keluar dari kelas .

* pensyarah, pemberi daurah, dan sesiapa yang selalu kena menyampaikan (termasuk naqibah) sila beri perhatian. ;)

(saya rasa macam hidup kita pon lebih kurang je~ cuma duration setiap orang berbeza. dan perjalanan kita dalam Dakwah dan tarbiyah pon begitu. kekentalan diri dan ketabahan hati yang membezakan setiap orang)

**************************************

selang-selang Dr mengajar Goitre, tiba-tiba Dr bercakap tentang profesionalism.

Professionalism : COMMITMENT TO EXCELLENCE

***************************************

Dr cakap lagi, kalau kita buat general examination, kita kena cari berhadaf,
jangan cari semberono.

"U cannot find what U don't search for"

kata Dr.

- sama macam dalam hidup kan? kita boleh je berjalan semberono. jalani rutin hidup yang sama.
namun di akhir hayat nanti, kitalah menyesal sendiri. sebab kita tak tahu pon apa kita dah buat kat dunia. sebab dari awal, kita tak letak target apa kita nak achieve dalam dunia ni. tak prepare pon nak mati macam mana.

hakikatnya , rutin hidup kita dan kawan kita mungkin sama. namun, disebabkan dia melakukan perkara tersebut SEBAB NAK CAPAI MATLAMAT HIDUP DIA, so, last2 RESULT kita lain-lain.

contoh : A ambil kelas al-quran sebab dia nak master alquran dan nak buka tempat pengajian di Malaysia, B ambil sebab ikut A dan sebab semua orang pon ambil.

so, last-last,bila dah khatam atau dapat sanad, A is one step closer to her AIM , tapi B hanya menambah ilmunya (which is totally not wrong) dan akan terus berjalan dan mengikut flow orang sekelilingnya.

dan kalau ada tribulasi dan halangan, A akan stick to her decision, tapi B mungkin akan goyah dan terus stop je. takde driving factor untuk B teruskan.

**************************************

sekali lagi Dr bercerita tentang Rules, kata-kata seorang air force leader bawah Hitler,

"Rules are the guidance of wise man, or the blind obedience of a fool "

Dr menekankan betapa pentingnya kita tahu kenapa kita buat sesuatu.

*************************************

Dr is a politician. tapi tak tahu untuk party mana.
pembawaan dan jati diri yang sangat mantap. kagum.