Sleep


Cara-cara elak mengantuk dalam kelas.

1) Minum kopi dan kurangkan karbohidrat dan lemak dalam breakfast.

2) makan gula-gula, buah, dan minum air kosong or limau.

3) berdiri
(belajar di SAMBestari. hanya boleh diamalkan oleh mereka yang agak tebal muka. kemungkinan untuk anda ditegur Pensyarah adalah sangat tinggi. tapi atleast, awak faham apa beliau ajar.dan kemungkinan besar untuk pensyarah kenal awak pastu. well, bila lagi nak capub kan? -publisiti murahan sungguh- :P )

4) usha kiri-kanan. tengok orang lain yang ngantuk jugak. =D
sangat sesuai dilakukan ketika kelas yang membosankan.

5)minta diurut atau silakan mengurut orang.

6)main tenet atau games. (kurang digalakkan kerana walaupun anda tak tidur, tapi anda tak fokus pon)

7) tidur dulu before lecturer sampai. which quite difficult lebih-lebih lagi jika anda duduk di sebelah teman bergosip anda.

8)......dan seterusnya......

kesimpulannya,

kita sangat berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak tidur ketika kelas atau belajar.
tapi, kita selalu dengan bahagianya membiarkan diri kita lena dibuai mimpi indah dunia.

sob3

T.T

jom mujahadah dan do'a banyak-banyak supaya dapat tidur sikit yang berkualiti. banyak kot benda lain boleh buat selain tidur.



Wake Up

nota cincai~

1- dah tahu hidup ini dicipta bukanlah takde purpose.
-dunia yg sgt hebat, creator yg sgt perfectionist.
-character of decency, is gratitude. ..cth: org tlg baiki keta, pastu terus go away.
HE give u all the power, kite x bayar pon.sume given to us..ramai jer yg xde bnda2 ni.
physical, air , family they enjoy..sume mcm free..xyah bayar pon..

kalau kita decent --> kita mesti nk balas jasa.GRATITUDE.
dan APPRECIATION. sky, flawless end to end..
CREATOR ni mesti sgt hebat n buat keje sgt ihsan.

A * org buat sesuatu mesti ade sebab... kereta utk apa, mesin utk apa.
so our creator creates us for a purpose..of course.
so kna tnya dia blk sbb dia yg cipta kita..so kena carik dia utk manual.

kalo dah 25 thn kita x tau matlamat hidup, kita dah sangat lama violate our purpose.
cth : pc x berfungsi, or lembu x kuarkan susu. apa nak buat, buang je patutnya. tapi Allah tak buat cmtu pon kat kite.

skang ni walaupun dh 25 thn hidup, kite dah ingkari purpose kite..
sbb kite x tau pon purpose kita ape.
xde pon de tetibe panah petir .
baikkknyyeee Allah.......

analogi* pekerja, x buat kerja..tau2 nk mintak gaji je...sob4
HIS Mercy is unimaginable.

kalau sblm ni sy dah byk terlepas, adkh sy ptut ok jer kalo biarkan je~..
TAK!
bila dah terpk cmni, HE knows kita dah sedar.,
n kalo kite stop, HE knows. so search for HIM.

sy nk blk kembali, tpi sy need direction..nak guidance.
kalau DIA mmg MERCIFUL, mesti bukan awak sorg je, mesti ade yg sblm ni camtu gak.
so minta kat DIA, camne yg DIA bg kat org dulu2, bagi jugak kat kita. n bg kekuatan utk follow dat direction.
ada org x dpt guidance, ada org dpt, tpi de letak kat tepi jer.
pastu ade jer org yg campur2kn, apa yg dia nk ngan yg Allah bg.

ALL of this, semua Allah simpulkan dalam surah al-fatihah. =)

jom jadi orang bijak yang ingat dan bersedia untuk mati
fuuhhh..kan best kalau sebelum tidur dan bangun tidur memang terus ingat Allah. angau habis.


:)

bila rasa sempit dan susahnya hidup dunia, fikirkan tentang kematian akan melapangkan.


tetapi bila terlalu asyik menikmati kemanisan dunia, fikirkan tentang kematian akan menyesakkan.


Allah, pegang ketat-ketat hati kami. agar cinta dan ingatannya , tak pernah menjauh dari-Mu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

thinking of You


seorang lelaki sedang memanggang kambing. beberapa ketika kemudian,datang seorang lelaki soleh ke arahnya, lalu menangis teresak-esak.

"kenapa kau menangis?adakah kerana lapar? jangan menangis, nanti aku berikan daging ni kepada kau"

"aku menangis bukan sebab lapar.
aku menangis kerana melihat Bani Adam memanggang haiwan ini
di atas api setelah matinya haiwan,
tetapi Bani Adam memasukkan diri mereka ke dalam neraka hidup-hidup"

************************************************************************

2-

seorang budak kecil melihat ibunya sedang memasak. ketika hendak menyalakan api, ibunya memasukkan kayu api yang kecil-kecil. kemudian, barulah kayu api yang besar dimasukkan untuk menyemarakkan lagi nyalaan api.

tiba-tiba si budak kecil menangis

"kenapa kau menangis, wahai anakku?"

"aku melihat engkau memasukkan kayu api kecil dahulu,
kemudian yang besar untuk menyalakan api.
aku takut Allah akan membakar dan mengazab kami, budak-budak kecil dahulu sebelum mengazab orang dewasa."

*******************************************************

3-
seorang lelaki soleh berusaha menghasilkan sebuah pakaian. apabila siap, dia membawanya ke pasar untuk dijual kepada tukang jahit.

"aku akan bayar engkau 10 genih untuk baju ini" , kata tukang jahit.

"mana boleh. aku bersusah-payah , berusaha keras menghasilkan baju ini.
sepatutnya harganya lebih mahal dari ini!"

"cuba kau lihat, di sini jahitannya compang-camping.
potongannya tidak selari. bahunya jatuh di sebelah kanan.
tangan kirinya senteng. bagaimana aku hendak membayar lebih?

tiba-tiba lelaki soleh itu menangis.

"jangan menangis. baiklah! aku akan berikan berapa harga yang kau inginkan!"

"aku menangis bukan kerana mahukan duit. aku menangis kerana mengenangkan nasibku. aku sudah berhempas-pulas menyiapkan baju ini. belajar cara membuatnya.buatnya dengan teliti.
sehingga aku merasakan baju ini sudah cukup sempurna...
namun, bila engkau yang pakar dalam hal ini melihat baju rekaanku,
ternyata terlalu banyak keaiban padanya.

bagaimanakah nantinya aku ingin menghadap Allah sedangkan begitu banyak keaiban yang ada pada diriku?

bagaimana mungkin aku sanggup menghadap-NYA , sedangkan DIA yang paling tahu keaiban dan kekurangan pada diriku?


berfikirlah tentang apa yang terjadi di sekelilingmu.
berfikirlah tentang apa yang Allah tetapkan menimpamu.
berfikirlah tentang, bagaimana kamu ingin menghadap DIA nanti.

semoga buah fikiran kita, menundukkan keegoan hati kita,
semoga buah fikiran kita, menitiskan air mata kerana takutkan DIA,
semoga buah fikiran kita, membantu meninggikan semula martabat agamaNYA,
semoga buah fikiran kita, mahal harganya di sisi Allah ta'ala.

What did you SEE?

ada seorang pakcik dan anaknya di dalam kereta api. pakcik itu kelihatan termenung jauh, membiarkan anaknya bermain-main dan berbuat bising. bising yang amat! malah mengganggu ketenteraman orang lain.

semua orang fed up dengan pakcik tu dan anaknya!!!
dalam hati, "hoii, tak pandai jaga anak ker?!!"

lalu datang seorang lelaki muda ke arah pakcik,
"pakcik. pakcik ni kenapa? anak pakcik gi kacau semua orang tapi pakcik tak marah or tegur de pon! annoying la pakcik!"

pakcik itu tersentak!.

"maaf nak, pakcik dan anak baru balik dari hospital. isteri pakcik baru meninggal dunia disebabkan kemalangan taxi yang dia naik. patutnya pakcik yang ambik dia, bukan naik taxi. maafkan pakcik ye nak. "

"ahmad, meh dekat abah. jangan kacau-kacau orang."
lalu si anak kecil tersengih-sengih kecomelan, dia masih kecil untuk mengetahui ibunya telah pergi meninggalkannya selamanya.

lelaki itu terdiam.
perasaan jengkelnya berubah sayu.
marahnya berubah simpati.
geramnya bertukar bersalah.

=)

berapa kali dalam hidup kita, kita tersalah sangka pada manusia?
kaca mata apa yang kita letakkan di hadapan mata untuk melihat dunia?
kaca mata penuh kebaikan atau penuh buruk sangka?

*******************************************************************
suka-suka.
apa ibrah yang kamu dapat dari setiap gambar ni?

[homework kursus photography - syari' qasr el-ainy]

saya suka gambar ini kerana pencahayaannya.
cahaya waktu dhuha yang menenangkan. =)

teringat betapa lembutnya Allah memujuk nabi muhammad s.a.w yang kesedihan.
betapa penuh kasih sayangnya Allah,
bersumpah dengan waktu setenang ini untuk memujuk rasul-NYA.
indah!
(surah ad-dhuha)

dan melihat gambar ini,
saya melihat seorang bapa yang gigih bekerja bermula awal pagi demi mencari rezeki.
sukakan pagi kerana pagi itu simbol kecerdasan dan kesegaran.


[ homework kursus photography- hayyu 'asyir ]

kaligraphy arab di dinding belakang yang menjadi keunikan + modelnya.
(kalau dapat model bersenapang lagi seronok kot, sesuai dengan kata-kata di belakangnya.

"Jagalah (agama) Allah, Allah akan menjagamu"
=)

sebenarnya, gambar ini dicetuskan hasil pemikiran 3 orang. cik em hoho, cik aisyah dan saya.

[outing kursus photography - perpustakaan iskandariah]

kata pakcik,lebih sesuai modelnya berada di hujung laluan.

kata saya :
gambar ini bagi saya melambangkan keistimewaan dan keterpeliharaan seorang muslimah yang bebas di era moden.
dan disebalik hijabnya, dia seorang yang luas pemikirannya , baik akhlaknya dan kukuh personalitinya.
bukan perempuan yang jumud atau lemah, mudah dipermainkan dan diperkotak-katikkan.
(sebagaimana wanita zaman jahiliyyah dahulu)

[jalan-jalan : ismailiyyah ]

saya lebih sukakan gambar candid, dari jauh sebagai seorang stalker. =)
teringin nak letak caption tapi takde idea.

ketenangan laut dan sekumpulan pemuda yang setiap apa dilakukan ikhlas dan ihsan.

[outing kursus photography : iskandariah]

pakcik kata pakcik suka gambar ni sebab dia main pencahayaan, dan framing.
(antara teori-teori yang kami pelajari dan dapat saya hadam).
sebenarnya di dalam gambar tu, pakcik sedang mengajar peserta lelaki dan peserta perempuan dikehendaki berjalan-jalan menghasilkan karya.

kata saya : saya terbayang satu kumpulan yang diberi hidayah oleh Allah. yang berkumpul dan berpisahnya kerana Allah. (mungkin faktor cahaya)
dan saya suka berbicara dengan alam semesta. =)

[jalan-jalan : Jordan ]

ma'raqah yarmouk.
khalid al-walid.
abu ubdaidah al-jarrah.
tahapan ukhuwah tertinggi, itsar.
ayyash..
(huhu~ isi-isi penting. bacalah kisah perang yarmouk)


tetamu jemputan istimewa dari turkiye
=) korang memang cool (=

[bowling : kaherah ]

=)


tangkapan budak kecik yang masih banyak perlu belajar, tentang photography, tentang medic, tentang islamnya,
tentang kehidupan. dunia dan akhirat .

^.^

Surat Peninggalannya...


Adikku..

Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.. dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang.

Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita. Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa lama nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari "kepuasan rohani" yang dapat kita rasakan !

Kenyataan seperti inilah yang disebut "realiti" dan "hakikat", bukan Imaginasinya kaum realistis materialistis itu. Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan.

Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain. Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain, maka berlipat gandalah perasaan terhadap kehidupan kita sendiri, dus bererti kehidupan ini dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya !

Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.