Umrah + II - Medical Student @ Egypt

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

Bertemu dengan akhawat yang ingin membuat umrah beberapa hari lagi sangat membuatkan "kejelesan" memuncak dalam hati.

*teringat satu ketika dahulu, seorang budak takjub dan terpegun ketika pertama kali melihat ka'abah yang tersegam indah itu.

*budak yang mengejar abangnya yang sedang berlari-lari anak ketika sa'ie.

*budak yang kehilangan seliparnya di masjidil haram.dan kehilangan kasutnya di airport.

*budak yang seronok menikmati kebab dan berjalan-jalan di waktu malam di pasar bersama abahnya.

*budak yang sibuk memerhatikan orang lain di masjid nabawi lantaran tidak mengerti khutbah yang sedang disampaikan.

*budak yang kehairanan melihat peniaga-peniaga dan pemandu-pemandu yang terus bergegas ke masjdi apabila azan berkumandang.

alangkah sedihnya, budak itu terlalu kecil untuk memahami dan menghayati erti umrah~
+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

Kini, Rindu pada tanah itu.

Tanah di mana dibesarkan seorang kekasih agung, selawat dan salam ke atas baginda rasul.

Tanah yang menyaksikan penderitaan dan penyeksaan manusia-manusia yang thabat dengan keislaman mereka.

Tanah tempat tumpahnya darah, kelahiran manusia-manusia agung yang nama mereka hidup sehingga saat ini. dari sekecil-kecil hamba sehingga ke tahap pemimpinnya, nama mereka harum mewangikan sejarah dunia.

Ingin kembali melawat tanah berlakunya perang Badar!
-di mana diajarya erti tawakal dan pengharapan menggunung.

Tanah berlakunya perang Uhud
-di mana kecuaian mendengar titah pemimpin itu membawa kepada kekalahan yang besar.

Gua Hira'
- penguzlahan dan pemeliharaan diri dari masyarakat dunia yang menyesakkan.
-detik diberikan tanggungjawab dan amanah yang bakal dipikul nabi dan mereka yang menggelarkan diri salah seorang dari ummatnya.

tinggikanlah semula kalimah La Ilaha Illa Allah di atas muka bumi ini.

kajilah sejarah-sejarah itu.
ambillah pengajaran-pengajaran itu.
sedutlah sehabisnya semangat-semangat itu.
agar umrah antunna / antum akan melahirkan ruh-ruh baru yang diperlukan generasi manusia tika ini.

selamat pergi dan kembali..insyaAllah doa kami mengiringi pemergian dan kepulangan semua.

**********************************************************************************

Medical Student @ Egypt

di taman belakang bangunan uni, tempat student2 makan, buat study group.


di taman "oxford", ni juga port student2 duduk2.

ni cairo university punya conference center.


ni pakcik tukang kebun yang berjaya dipujuk untuk menjadi model. terbaiklah pakcik!


Subjek-subjek tahun 1?

tasyrih = anatomy
subjek yang agak killer tapi seronok. kat sini lah skill melukis dan mewarna akan digunakan.
subjek ni memang menguji daya ingatan la.

Histology
subjek ni agak sempoi. banyak cerita tentang cell (untuk tahun 1)
banyak deal dengan microscope + color pencil!! bawak LUNA tau!

Physiology
killer subject. dia sebenarnya nak kita FAHAM system badan kita.
sila fahamkan dahulu subjek ni sebelum hafal ye!
Biochemistry
Hurm.. ala-ala kimia sikit.
banyak cerita pasal chemical structures and composition dalam badan.
experiment quite fun. main boiling2 + tukar2 color.

to be continued...

I - Medical student @ cairo university, egypt

sudah 3 tahun di sini.
Subhanallah..Maha Suci Allah..
Dulu-dulu, jika ditanya mahu ambil medik tak, jawapannya, TAK NAK!
Dulu-dulu, jika ditanya mahu sambung belajar di mana, jawapannya, UK, US atau NZ.
Dan keputusan SPM juga melayakkan saya di sana.
tapi perancangan Allah lebih baik dari itu. tidak menyesal belajar medic di mesir.
(walaupun kadang-kadang merungut kerna susah dan letih..astaghfirullah..)

kali ini, hanya ingin mengajak antum / kamu sekalian untuk cuci mata melihat pemandangan sekitar kasr el- ainy, cawangan perubatan bagi cairo university.


Ini Lecture Hall bagi pelajar Arab. Student Malaysia kadang-kadang akan berkuliah di sini juga.

di tepi-tepi dewan lecture. kerusi-kerusi yang agak dhaif akan menjadi tempat "borak + lepak + makan + study" sementara tunggu pensyarah sampai.


Lecture Hall. kebiasaannya student malaysia di tempatkan di kawasan Department.
kadang-kadang saja kita belajar di sini.


Opsss!! university sekarang sedang dalam proses islah (baikpulih). ini kawasan physiology.

pakcik buku favourite budak-budak malaysia. =)
jangan lupa minta discount ye! =P

deretan-deretan kedai buku international di kawasan university.
adik-adik yangbaru ingin fly, anda tidak perlu memberatkan beg anda dengan buku-buku international yang tebal-tebal itu. sila save kg anda untuk barang-barang lain.

huhu~
seronok duduk di mesir. banyak sangat pengajaran yang boleh diambil.
nanti kita sambung bercerita ya? =)

lihat sini juga...
aku dan mesir by chep.



dan ini!!



feel free to ask me about anything~
my_digimon@yahoo.com

photojournalism#02 - the meaning of photography

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

saya tertarik dengan kata-kata ketika sesi pendahuluan atau set kompas pada hari pertama.

Barat digambarkan dengan gambaran yang cukup-cukup cantik.
islam bagaimana? siapa yang ada untuk menggambarkan islam dengan gambaran yang berkualiti?
zahirkanlah islam itu dengan gambar-gambar berkualiti,

cikgu zainal cakap, photography adalah perkataan latin bermaksud
"paint with the light"
( photoshop sudah terkeluar dari kategori photography.
hanya boleh crop dan buat levelling sahaja menggunakan photoshop.)

dan dalam kerja cikgu, gambar tidak boleh diedit sesuka hati, kerana
"we are the eyes of people."

Photographer adalah mata bagi manusia untuk melihat kebenaran yang berlaku di dunia, jadi mereka sangat ihsan dan cekap serta telus dalam memberikan gambaran yang terbaik dalam membuktikan kebenaran.

Bukankah kita juga begitu? Kita, muslim, adalah hasil yang "hidup" dari didikan islam. jika buruk perangai kita, maka buruklah perspektif manusia terhadap islam. malangnya, itulah yang terjadi kini. sehingga keluar kata-kata yang sering kita sesali datang dari mereka yang memeluk islam,

"Aku bersyukur kerana mengenali islam sebelum mengenali orang islam"

let's introspective. let's muhasabah.
tiada siapa akan rugi dengan muhasabah diri. kan? =)

*ok..let's tengok gambar and try to learn something from it*

playing with bookeh (Depth of Focus)
-kadang2 kita terkabur benda besar kan bila terlampau fokus pada benda kecil?-

-trying to see the world from different angle-


alexandria-outing (suka pic ni)
-macam satu kumpulan manusia yang mendapat pencerahan dari langit-


photojournalism01# the beginning..

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful

30 hb
*menandakan habisnya tempoh penyeksaan yang panjang,
*sibuk-sibuk kemas rumah dan terima tetamu yang ingin sama menghantar housemate balik.
*terkelam-kabut untuk ke bengkel photojournalism. Hamdallah a'la kulli hal, semua bilkheir.

2-6hb
*banyak kerja separa gila berlaku di sini.
*entah bagaimana boleh keluar usul outing ke alex untuk capture sunset. (tapi being budaknakal, tentulah seronok buat kerja-kerja begini =P )
*pukul 3 pagi, 2 insan naif terpinga-pinga di ramses apabila menyedari metro buka pukul 6 pagi.
(kesilapan yang tidak disengajakan. maaf buat mereka yang risau terutamanya pakcik.)

6hb.
-alex-sayyeda-hayyu asyir-hayyu sabie'-hussien dan jalan kaki balik selama 40 minit kerana jalan tutup meraikan maulud sayyeda zainab-

7hb.
berakhirnya sesuatu event. bermula event yang baru.event boleh bermula dan berakhir.
tetapi proses pembinaan diri itu suatu proseskan? yang takkan pernah berakhir selagi produk itu belum siap. dan produk itu takkan pernah siap.


saya suka gambar ini. thanx to aisyah dan emhoho yang sama-sama "outing hayyu asyir"

malam itu...


malam tadi..
cadangnya ingin bermain-main bola di nadi nil.
tetapi perancangan kami tidak selari dengan perancangan Allah untuk kami.
lalu kata sepakat diambil untuk menaiki boat di sungai nil.
bersama tetamu-tetamu istimewa yang sangat dekat di hati. ;)

ice breaking serta sesi "ijlis bina nukmin sa'ah" bermula.
ditemani kelembutan desiran angin malam nil.
sangat-sangat mendamaikan dan meresap ke kalbu.

nil yang dahulu merajuk. sering kontang, tidak mahu menunaikan baktinya pada manusia.
kini, melimpah tanpa pernah surut.

"Nil, jika engkau mengalir kerana Allah, maka teruslah mengalir."
itu tazkirah sang khalifah Umar kepada sungai nil.

maka sejak itu, nil mengalir tidak henti-henti.
jika perbuatan itu kerna Allah, maka dilakukannya bersungguh-sungguh!
bukan sekadar termampu, tetapi sehabis mampu!
ihsannya nil dengan Tuhannya...

aku mahu jadi seihsan sungai nil...malah lebih ihsan lagi.

jazakumullah atas tazkirah antunna., secara direct atau tidak.
iylia, malam terakhir kamu di cairo sungguh special bukan? =)

keluarlah dan berjalan, melihat bumi yang telah dihamparkan Allah untukmu..