Tanpa pertemuan

It's amazing, subhanallah.

Bagaimana Allah boleh buka hati seseorang untuk lebih hampir kepada Dia, dengan kehadiran seseorang sebagai trigger.

Sama ada gurunya, rakannya, saudaranya, naqibahnya, ahli usrahnya, atau hanya seseorang yang ditemuinya seminit cuma.

Dan ada yang lebih mengagumkan.

Tanpa pertemuan, masih lagi Allah berupaya membawa hati manusia itu dekat pada Dia berasbabkan manusia yang lain.

Berbelit sungguh bahasa. :P

Of course. Sudah pasti contoh paling baik adalah apabila seseorang kembali pada Allah setelah menyelusuri jalan perjuangan baginda rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Namun terkadang, ada cerita-cerita manusia biasa yang menyentuh hati.

------------------------

Mendengar cerita tentang dia yang suka berjalan, sambil tadabbur alam dan menyumbat telinga dengan pelbagai recording, teringat kenangan-kenangan di Mesir.

Peristiwa akhawat tergelak seorang diri ketika berjalan atau makan itu perkara biasa. Manakan tidak, jika si penyampai suka buat lawak. Kadang-kadang terangguk-angguk mengiakan kata-kata penyampai.

Tanpa mp3, perjalanan ke liqa' terasa hambar dan membuang masa. Apatah lagi bila jadualnya sendat dan padat dengan pelbagai perkara yang perlu dicapai.

Kenapa kenangan hanya perlu jadi kenangan? si dia tersenyum.
Maka ditakdirkanlah wujudnya seorang manusia yang leka dengan recording sambil berjalan-jalan di bandaraya. Kejap tergelak, kejap tersentak.

----------------------

Kesimpulan?

Bukalah hati sentiasa. Cari gali hikmahnya.
Jadilah pemilik jiwa yang besar.
Ambil kebaikan dari sesiapa. Setua atau semuda mana pun dia.

dan aku?
Moga aku juga menjadi asbab / penyebab , sampainya hidayah Allah kepada makhluk ciptaanNya.

Posted via DraftCraft app

No comments: