Cerita mereka

Kujumpai dia,
Ramah menyapa,
memberi senyuman terbaik,
lalu dia memulakan penceritaannya

Lihatlah adik, perhatikanlah,
Ambil masamu, dan berkenalanlah,

Lalu pilihlah adik, pilihlah,
Yang mana berkenan di hatimu,
InsyaAllah, di manapun kamu berada,
Kita punya perjuangan yang sama.

Akak selesa di sini,
Lalu akan bermujahadah di sini.

Jujur kata-katanya,
Moga terus engkau kuat di situ,
Meminjam kekuatan Ilahi, lalu ditebarkan ke bumi,
Jadilah engkau srikandi Bulan sabit itu.

----------------------------

Kududuk di situ,
Menunggu ketibaan seorang ibu,
Juga seorang isteri,
Yang terkenal di seluruh Malaysia,
Dengan kesabaran dan kekentalannya.

Sambil itu, kuberbual dengan seorang isteri,
Dan juga seorang ibu,
Yang kini berjauhan dengan keluarganya,
Atas dasar, dirinya sudah diinfakkan untuk Allah dan perjuangan.

Tenang mukanya, lembut senyumannya,
Berhikmah kata-katanya,
Mana mungkin tidak,
Dia sudah lama mengutip pengalaman di bumi ini.

Buat pilihanmu dik,
Jangan terlalu cepat,
Kau akan patah di tengah jalan.

Beransur-ansurlah,
Perlahan-lahanlah.

Lalu si ibu bercerita tentang perjalanan hidupnya,
Dari seorang mahasiswi, kepada suri rumah yang aktif dengan perjuangannya,
Dari belum berkahwin, sehingga beranak 3,
Diceritakan hikmah-hikmah kehidupannya.

Jangan lupa istikharah.....
Jangan pertikai rezeki Allah...
Jangan biarkan dunia membuatmu lelah....

tenang dia,
Bersahaja....

Moga ibu sentiasa melangkah laju,
Membina muslimat-muslimat berperibadi mulia,
Nisa' yang terbaik di alam fana',
Bidadari-bidadari dunia.

--------------------

Malam itu,
Kulawan kemalasan.
Melangkah ke surau.
Mendengar penceritaan sang pekerja.

Seorang guru,
Yang tidak tahan dengan gejala sosial yang berleluasa,
Memilih untuk bekerja sepenuh masa,
Menjadi pendakwah dan pembela mangsa,

Satu persatu diambilnya,
Dibelainya, diselamatkan dari pemangsa-pemangsa.

Dijual ayah yang berjudi,
Didera keluarga kerana kembali kepada islam,
Penagih seks yang ingin bertaubat.

Adik, sehari akak terima 9 panggilan,
Kisah mengandung anak luar nikah.

Di situ dengan dadahnya,
Di sini dengan seks liarnya.

Ku terdiam mendengar.

---------------------

Lalu aku,
Apa cerita yang boleh kukongsikan?

Posted via DraftCraft app

No comments: