Sebelum balik malaysia, dah plan.
Susun jadual baca buku.
Kat malaysia sebulan, tapi 2 minggu je jalan, yang lain kena study.
Sampai malaysia......... Tet....tet.....tet.....
Sungguh godaan itu datang dari pelbagai arah.
Bak kata ayu,
" basuh kura-kura pun lagi seronok daripada baca buku."
lagi-lagi bila ada adorable kids around yang boleh je nak gi main dengan mereka bila-bila masa.( adakah semua perempuan memang suka budak-budak, atau aku memang terlebih sikit perangai suka main? Hmmm. )
Dan cuti sebulan, tiba-tiba ditakdirkan jadi 2 bulan.
T_________T haruuuu.....
-----------
Berkaratnya masa sampai sini,
Memang tak payah cakapla.
Booster terbaik waktu tuh adalah pergi kelas Dr HK yang last. Bila tengok badr, abdurrahman etc jawab soalan macam sebut nama sendiri, dan kita terkulat-kulat kat situ seperti hari pertama sekolah. Hati banjir, bertakung air mata.
-------------
Plan disusun. Ini tak boleh jadi.
Rasa lemah tuh memang memuncaklah kan.
Sempat ke tinggal lebih kurang 2 bulan je nak cover semua.
Dan di ketika itu, aku membayangkan hari exam.
1- Aku tak mahu pergi exam berdebar tahap maut.
2- Aku tak mahu jadi orang terakhir masuk dewan exam.
3- Aku nak senyum, jumpa dan greet orang di hari exam.
4- Aku nak jadikan hari exam, hari yang dinanti-nantikan dan saat membahagiakan..
Dan aku kena kerja keras, sebab hari exam tuh confirm akan datang. Nak putus asa sekarang dan menyesal nanti,
Atau nak usaha dari sekarang, dan percaya kuasa Allah memberi.
-----------
Googled cara boleh belajar lama tanpa berasap. Antara yang diamalkan.
1- baca 25 minit, rehat 5 minit. Pomodoro style.
2- penat, blank. Rehat / mandi /lepak baca alquran
3- nap tengah hari. 17 minit pon cukup da.
4- control makan, jangan banyak sangat. Nanti ngantuk.
5- buang benda-benda yang addicted. Ada 3 games yang terpaksa dibuang. (Sungguh pelik. Aku bukan peminat games tapi boleh addict lak masa exam.)
6- Mind- mapping / stick notes / buat cerita / bayang situasi sebenar.
7- sediakan collage gambar-gambar family / sumber inspirasi , time 5 minit rehat tuh tatap balik.bayangkan kegembiraan dan suka duka bersama mereka.
8- set target harian, sama ada jam / berapa puluh helai sehari. Susun jadual harian.
9- be myself / accept my strength and weaknesses.
10- doa tuh of course la kan. Kita bukan tuhan.
-----------
Memang doa dan tawakal itu sangat superb.
" kalau Allah nak jadikan neuron bercambah dengan laju, dan kekal selamanya, Allah boleh buat. "
" kalau Allah nak jadikan neurotransmitters tak pernah depleted, Allah boleh buat. "
" kalau Allah nak hilangkan sekelip mata pun, takde halla ( na'uzu billahi min zalik ) "
Senang cerita, apa yang kau dan aku rasa mustahil, semua kacang je Allah nak buat. Dan Allah sendiri berfirman mafhumnya,
"Aku adalah pada sangkaan hamba-Ku "
Fullstop.
-------------------
Permainan emosi memang permainan semua orang kot time exam.
Air mata itu kawan.
Ada yang stress exam.
Ada yang stress sebab benda lain, exaggerated by stress exam.
Yerla, semua orang masuk gua lah kan? Macam-macamla fikirnya.
=)
Air mata bukan tanda lemah.
Aku masuk gua ke? Tak. Rasa maca tumbuhan lak, susah nak hidup kalau tak dapat angin segar, cahaya matahari. :D
-----------
Maka saat - saat berbahagia itu datang dan berlalu, diselangi dengan kebahagiaan-kebahagiaan lain.
----------
Rasanya pasni kena buat camtu juga.
1- Aku nak mati dalam keadaan bersedia, redha dan diredhai.
2- Aku nak bina family dalam keadaan bersedia, redha dan bahagia
3- Aku nak kerja ( whatever job it might be. Doctor ke, pensyarah ke, buka nursery ke, housewife ke, full-timer buat kerja DnT ke ) dalam keadaan bersedia, bahagia, redha dan diredhai.
Hakikatnya, kita memang boleh plan dan usaha (termasuk tawakal, doa etc) sebaik mungkin je. Apa Allah nak beri, itu hak Allah sebagai pemilik kita.
--------------
Bahagia itu bukan ketika kaya, dan bukan juga ketika miskin.
Bahagia itu bukan ketika sudah berkahwin, dan bukan juga ketika masih bujang.
Bahagia itu bukan ketika sesudah exam, atau sebelum exam.
Bahagia itu bukan ketika tiada masalah, atau ketika penuh masalah.
Bahagia itu perasaan yang tak perlu dikaitkan dengan apa-apa. Anugerah Allah.
Dan kesedihan juga anugerah Allah.
-----------
The grass is always greener on the other side.
Memang kita selalu nampak orang lain lagi fortunate dari kita.
Senyum.
-----------
Eh, exam tinggal 10 hari je lagi? .....
=)
No comments:
Post a Comment