Perkenalan
Satu ketika dahulu,
Allah jumpakan kita.
Saling bersua-muka,
berkenalan, bertukar nama,
Berkongsi cerita.
Belajar sedikit demi sedikit tentang ilmu Tuhan,
makan bersama, main bersama,
Membina tautan hati sesama kita,
Sambil memperteguhkan ikatan hati pada Dia.
Pernah,
Kau menangis,
Dengan soalan-soalan yang kau pendam jauh di dasar hati,
Sedih, pilu, sesalan dan kesalan kau lontarkan.
Dalam tangisan,
Kau sentiasa cuba berlapang dada,
Mencari hikmah, Dan sentiasa mencari hikmah.
Dan aku,
Cuba menjadi pendamping walaupun bukan yang terbaik,
Penyalur semangat dan kekuatan yang sumbernya dari Tuhan,
Meyakinkan, bahawa kau seorang manusia hebat,
Kau berhati kental, bukan budak picisan.
Dan pernah juga,
Aku yang menangis hiba,
Ketika takdirnya kita memilih jalan yang berbeza.
Mungkin, ada khilafnya aku di sana.
Kau lebih selesa di sana,
Dan aku, kasihku tumpah di sini.
Tiada apa yang berbeza,
Cuma kita jarang punya masa bersama.
Warkahmu,
Kubaca berkali,
Namun tanganku kaku untuk membalasnya,
Walau kutahu, kau sentiasa dalam penantian.
Adik, terima kasih beri peluang aku menyentuh hatimu,
Dan terima kasih kerana telah menyentuh hatiku.
Walaupun Air matamu mudah tumpah ke bumi,
Ku yakin, hatimu punya kekuatan sekental besi.
Teruskanlah perjuanganmu di bumi sendiri,
InsyaAllah, dengan takdirnya, kita bersua muka kembali.
-setiap yang pernah bertapak di hati,
pasti akan meninggalkan jejak dan kenangan abadi-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment