pasca bidadari 2013

p/s : ini buah fikiran yang dituliskan, boleh diterima atau ditolak sesuka hati. jika tidak bermanfaat, sila tinggalkan secepat mungkin.


fuuuuuuhhhh....Alhamdulillah~

habis sudah konvensyen bidadari.
beberapa bulan sebelum, sangat-sangat teruja,
beberapa minggu sebelum, sangat menanti-nanti,
beberapa hari sebelum, dah rasa malas pula nak pergi,

beberapa jam semasa, rasa sungguh benarlah banyak yang perlu diperbaiki,
beberapa jam selepas, Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

---------------------------------------------------------------------------------

ada banyak benda yang saya serabut sebelum pergi,
dan Alhamdulillah, Allah datangkan ketenangan seiring dengan pertambahan ilmu di konvensyen tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------

bukanlah menyertai konvensyen bermaksud kita sudah layak menjadi bidadari,
tetapi, penyertaan itu bertujuan, membuka mata kita, mereset minda kita, memuhasabah diri kita,

benarkah kita bercita-cita menjadi bidadari syurga ?
berapa jauh lagikah kita dari menjadi bidadari syurga ?
dan manakah lompong-lompong yang perlu kita tengok dalam diri kita untuk jadi bidadari syurga ?

bidadari syurga,
bagiku,  ertinya seorang muslimah yang ingin menjadikan cinta terbesarnya hanya Allah dan Rasul,
dan dunia hanya singgahannya sebelum dia kembali kepada jannnah sebagai tempat kediaman idamannya.

----------------------------------------------------------------------------------

waktu di konvensyen, kulihat kiri dan kanan,
cantiknya semua...memang seperti bidadari penampilannya,
namun, hati kecil tak mampu menahan diri dari berbisik,

"bukan penampilan semata yang Allah pandang, jika penampilan yang cantik itu jadi ukuran,
maka menjadi bidadari itu terlalu mudah,
terutamanya bagi mereka yang dikurniakan wajah yang cantik,
dan duit yang banyak untuk membeli pakaian dan aksesori yang mahal.

anisah, penampilan itu hanya satu aspek,
anisah, semua orang dalam dewan ini cantik-cantik,

namun hanya Allah yang tahu,
siapa yang benar-benar berperanan sebagai muslimah di rumahnya,
siapa yang sebelum datang ke konvensyen, sudah siap bertahajud, solat subuh berjemaah, menyelesaikan kerja rumah, membaca alquran, lalu datang ke konvensyen,

dan siapa yang bangunnya lewat, solatnya tanpa tenang dan kecintaan, rumahnya berserabut, hanya dirinya yang kelihatan menawan untuk ke konvensyen tersebut.

siapa yang hatinya benar-benar ikhlas untuk mencari ilmu,
siapa yang benar-benar ikhlas memperbaiki diri,
dan siapa yang hanya datang untuk nama dan reputasi.

hanya Allah yang benar-benar tahu,
dan di mata manusia , sesiapapun mungkin kelihatan hebat,
namun pandangan manusia itu, tiada saham secebis pun untuk menjamin tinggi nilainya kita di sisi Allah.

maka anisah, betullah kita perlu memperbaiki penampilan, namun lebih penting cari gali semua cinta Allah yang sudah pudar di hatimu. baiki dirimu dalam dan luar.

hanya Allah yang tahu, siapa yang benar-benar mencari cinta-NYA.
------------------------------------------------------------------------

kebanyakan peserta adalah mereka yang masih belum berkahwin,
dan sangat menginginkan sebuah perkahwinan dengan lelaki yang soleh dan musleh,

terkadang sampai niat kita terpesong,
ingin menjadi baik hanya kerana inginkan pasangan yang baik,
kerana kita benar-benar beriman,"lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik."

astaghfirullah...terpukul seketika. terdiam seketika.
rupanya aku juga begitu.
terkadang berusaha menjadi baik hanya kerana inginkan pasangan yang baik.

tak salah....tak cakap pun salah...
tapi bila teringat hadith pertama imam nawawi,
aku jadi malu sendiri.

SETIAP AMALAN BERGANTUNG PADA NIAT-NYA.
maka siapa yang berhijrah, berusaha menjadi baik kerana Allah dan Rasul,
maka itulah yang yang diperolehinya,
kalau semata-mata kerana tujuan keduniaan, maka itulah yang diperoleh
kalau hanya kerana lelaki, dia akan dapatlah kahwini lelaki itu..

tak sedih ke, jika berubah hanya kerana inginkan seorang lelaki yang soleh,
sedangkan alangkah indahnya, kalau perubahan itu benar-benar didasari kecintaan dan kerinduaan pada Allah dan Rasul.

---------------------------------------------------------------------

Gaza!

muslimah dari negara itulah yang banyak membuka mataku, dan menjadikan aku memandang wanita dari satu sudut aspek yang jauh berbeza, benarlah gurauan abah,

"orang nak cari ketenangan pergi mekah, madinah, anisah pergi gaza pula. balik lagi banyak masalah la ek?"

huuuu~
balik beserta ketenangan dicampur dengan keserabutan yang baru.
kerana wanita tidak pernah kelihatan lebih menakjubkan sebelum aku mengenali wanita Gaza.

dan keserabutan itu, akhirnya mendorong aku lebih mencari, di mana letaknya seorang wanita. peranan seorang wanita. hak dan tanggungjawab seorang wanita.

masih terkenang malam terindah, ketika berkongsi cerita dengan makcik-makcik dan nenek-nenek di sana, walaupun bahasaku agak rojak dan tunggang terbalik.

itu kenangan terindah!

----------------------------------------------------------------------

sambung.......insyaAllah.

lagu yang dikongsikan ustazah norhafizah musa,



sedap, walaupun terasa macam....
sopannya dia....

aku??......tersedak.


No comments: